PENGUNJUNG SETIA

28 Jun 2008

PARTNER JAYA KEMPEN DERMA DARAH

Partner jaya kempen derma darah

Sebahagian peserta yang menyertai kempen derma darah anjuran Persatuan Permotoran Tangkak (Partner) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

LEDANG 27 Jun: Seramai 40 ahli Persatuan Permotoran Tangkak (Partner) menyertai Kempen Derma Darah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak di sini baru-baru ini.Program yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan Partner dengan kerjasama Majlis Daerah Ledang, Hospital Tangkak dan Jabatan Patologi Hospital Melaka.

Pengerusi Partner, Mohd. Khairul Nizam Ab. Rashid berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti yang termasuk dalam kalendar kegiatan kelab bagi tahun ini.

"Selain disertai ahli Partner, beberapa persatuan lain turut menyertai kempen ini iaitu Faceless Motor Club (FMC), Yakuza Club, Muar Bikers Club dan Ledang Bikers Club.

"Kempen seperti ini merupakan satu khidmat sosial kelab dalam membantu masyarakat khususnya yang memerlukan bekalan darah selain pihak hospital khususnya Jabatan Patologi Hospital Melaka," katanya di sini semalam.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Md. Zan Abu.

Mohd. Khairul berkata, pihaknya berterima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini khususnya para penderma darah sama ada yang pernah menderma atau pun yang baru pertama kali menderma darah.

"Kesanggupan mereka mendermakan darah dapat menambah bekalan dalam tabung darah dan dapat membantu para pesakit yang amat memerlukan bekalan tersebut," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 28 Jun 2008

Tiada ulasan: