MUAR 20 Jun - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan di sini, kecewa dan malu dengan tindakan wakil rakyat DAP yang tidak mematuhi etika pakaian rasmi sehingga dihalau keluar dari istiadat perasmian sidang DUN Johor, semalam.
Menurut mereka, tindakan tidak matang Gwee Tong Hiang dari parti DAP itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati peraturan dan sengaja mencari publisiti murahan hingga mengetepikan kepentingan rakyat.
Seorang pengundi di DUN terbabit, Junita Mohd. Ali, 39, berkata, tindakan wakil rakyat itu menunjukkan seolah-olah beliau cuba bersikap biadap dan mengecewakan semua pengundi di kawasannya itu.
"Sebagai penduduk di DUN Bentayan, saya kecewa dengan tindakan wakil rakyat itu kerana dia sekurang-kurangnya perlu menunjukkan rasa hormat ketika menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar semalam.
"Bukannya bermakna dia diwajibkan mematuhi etika berpakaian termasuk bersongkok, bermakna dia masuk Islam," kata suri rumah yang menetap di Taman Seri Bakariah di sini ketika ditemui Utusan Malaysia, hari ini.
Semalam, Tong Hiang, 42, yang menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lee Ching Yong pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac lalu, dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan DUN itu kerana tidak mematuhi etika pakaian.
Beliau yang hanya memakai kot telah diarah meninggalkan dewan oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor.
Tong Hiang mendakwa, beliau tidak memakai pakaian lengkap sut berwarna putih seperti yang dipakai barisan Ahli Dewan Undangan negeri lain kerana berpegang pada prinsipnya.
Menurut Junita, dia hairan kerana beberapa wakil rakyat lain daripada parti pembangkang boleh mematuhi etika pakaian yang ditetapkan.
Seorang lagi pengundi di DUN Bentayan, Roshidi Yahya, 27, berkata, tindakan wakil rakyat itu jelas memalukan seluruh pengundi kawasan DUN tersebut.
"Saya selaku penduduk di kawasan DUN ini malu kerana wakil rakyat yang dipilih mewakili kawasan ini mencatatkan sejarah tersendiri dihalau dari persidangan DUN," katanya yang tinggal di Jalan Ismail di sini.
Seorang peniaga, Zainon Abdul Rahman, 47, pula berkata, prinsip yang ditegakkan oleh wakil rakyat itu jelas tidak masuk akal dan sukar diterima oleh rakyat negeri ini.
"Untuk apa dia hendak tegakkan prinsipnya sedangkan dia hanya perlu mematuhi etika berpakaian itu untuk beberapa jam," katanya yang tinggal di Taman Beting, Jalan Bakariah.
Pendapatnya itu disokong oleh Faridah Hassan, 41, yang berkata, Tong Hiang selaku wakil rakyat yang memenangi kawasan itu sepatutnya tidak bertindak sedemikian.
"Walaupun dia bukan dari parti kerajaan, dia sepatutnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Sultan dalam mana-mana majlis rasmi lain,'' ujarnya.
Katanya, kelihatan wakil rakyat DAP itu mengamalkan prinsip yang berbaur perkauman dan sikapnya dalam persidangan DUN itu semalam menunjukkan belangnya.
Sumber: Utusan Malaysia, 21 JUN 2008

Tiada ulasan:
Catat Ulasan