Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
MUAR 2 Jun - Sabtu lalu, pasangan suami isteri Safian Ibrahim, 56, dan Hamidah Mokhtar, (gambar kecil) 57, selamat melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan sulung mereka di rumahnya di Kampung Sagil Parit 2, Tangkak, dekat sini dengan dihadiri ribuan tetamu.
Namun, dua hari selepas majlis itu mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran empat penyamun bersenjata parang dan pedang yang memecah masuk rumah keluarga itu dan melarikan wang berjumlah RM4,380.
Lebih menyedihkan, dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, set hantaran minyak wangi yang diberikan pihak pengantin lelaki serta pelbagai barangan kemas, tujuh telefon bimbit, dua utas jam tangan dan sebuah kamera digital turut dilarikan kumpulan penjenayah itu.
Malah pasangan pengantin iaitu Siti Rabiah Safian, 27, dan Mohd. Fariz Mohd. Noor, 27, turut diikat bersama keluarga itu di dalam sebuah bilik dalam kejadian samun tersebut.
Hamidah ketika ditemui berkata, dia sedang tidur di dalam sebuah bilik, manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam di sebuah kilang di Sagil sebelum dikejutkan oleh jeritan salah seorang anak lelakinya, Mohd. Fikri, 17.
"Fikri mahu ke tandas dan tiba-tiba dia diserang suatu lembaga yang masuk menerusi pintu belakang rumah kami.
"Dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki muncul dari belakang dengan memegang dua bilah parang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu, ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurut Hamidah, dia kemudian menjerit dan bertakbir beberapa kali sebelum keempat-empat lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang masuk ke dalam rumah dan mengarahkan semua ahli keluarganya berkumpul.
Katanya, penjenayah itu kemudian mengarahkan Hamidah dan tujuh anaknya yang berusia antara 12 hingga 27 tahun termasuk pasangan pengantin duduk di dalam sebuah bilik di bahagian tengah rumah itu.
Tambahnya, kumpulan perompak itu kemudian mengikat tangan dan kaki mereka dengan tali, wayar elektrik dan kain sebelum mengambil masa kira-kira sejam untuk menggeledah rumah itu.
"Saya bersyukur kerana kami semua tidak dicederakan dan ketika itulah mereka mengambil wang sumbangan majlis kenduri yang saya simpan dalam sebuah beg dan diletakkan di bawah bantal," katanya.
Sementara itu, menantunya, Mohd. Fariz berkata, dia dikejutkan dengan jeritan adik ipar dan ibu mertuanya sebelum keluar dan mendapati empat penjenayah itu mengarahkan supaya mereka diam.
Dia yang bekerja sebagai pembantu perhubungan pelanggan di Telekom Malaysia di ibu negara berkata, barangan kemas bernilai kira-kira RM5,000 termasuk cincin, rantai dan anting-anting, dua jam tangan serta tujuh telefon bimbit," katanya.
Mohd. Fariz berkata, dia dan keluarganya reda dengan kejadian itu walaupun masih terkejut apabila rumah mereka dipecah masuk dan diikat selama hampir sejam. Mereka telah membuat laporan di Balai Polis Sagil pagi ini.
Walaupun mengalami kejadian itu, namun majlis persandingan di pihaknya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur akan tetap diadakan pada Sabtu ini.

Sumber: Utusan Malaysia 3 Jun 2008 (www.utusan.com.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan