Oleh Junita Mat Rasid
Pemilik mahu pertahan kediaman dibina pada 1930-an yang kaya dengan seni ukiran tradisional
MUAR: Masyarakat Melayu memang terkenal dengan keindahan dan keunikan pelbagai seni yang melambangkan kekayaan serta kehalusan seni warisan zaman- berzaman menjadikannya tidak lapuk dek hujang dan tidak lekang dek panas.
Konsep dan pembinaan rumah adalah antara seni yang diwarisi sejak nenek moyang mampu memikat hati sesiapa saja melalui ukiran kayu dengan corak unik, selain pembinaannya turut mengambil kira faktor alam sekitar melalui penggunaan tiang serta kedudukan rumah berkenaan.
Bagaimanapun, kini memang sukar mencari rumah kayu yang masih mengekalkan ciri tradisional kerana ramai membina rumah batu atau separuh batu, malah rumah tradisional di kawasan kampung pedalaman juga semakin terhakis, sama ada diroboh dan diganti dengan rumah batu atau terbiar begitu saja.
Rumah batu dikatakan lebih digemari berikutan pembinaannya lebih cepat, selain bahan batu atau simen lebih mudah diperoleh dan harganya lebih murah berbanding membuat rumah kayu yang harganya lebih mahal terutama jika menggunakan kayu jenis baik iaitu cengal, nyatuh atau meranti, sekali gus perkembangan itu menimbulkan kebimbangan akan hilangnya identiti dan warisan rumah tradisional Melayu.
Orang ramai yang melalui Jalan Muar-Tangkak berhampiran Bukit Kangkar, pastinya terpegun melihat keunikan rumah tradisional yang kini didiami pesara guru, Zaaba Abdul Hamid, 76, bersama isteri, Saadah Hamzah, 62.

Rumah lama tersergam indah itu yang dibina pada 1935 mengekalkan ciri asal rumah Melayu dan walaupun melalui beberapa perubahan termasuk menukar tangganya, namun ia tidak menjejaskan ciri dan bentuk asalnya.
Zaaba ketika ditemui berkata, pembinaan rumah itu hanya menggunakan sebatang kayu balak yang diambil di hutan Segamat dan dibina arwah bapa mentuanya bersama empat lagi rakannya yang juga tukang rumah.
Katanya, rumah itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan sehingga kini selepas lebih 70 tahun, rumah itu masih tetap kukuh, malah kekuatan tiangnya juga menjadikannya mampu bertahan dan terselamat daripada ancaman banjir.
"Saya sayangkan rumah lama yang mempunyai seni warisan Melayu ini dan saya mahu rumah itu diwarisi kepada anak cucu saya dan saya mahu ia dikekalkan tanpa mengubah ciri asalnya," katanya.
Katanya, beliau tidak mengalami kesukaran untuk menjaga rumah lama itu kecuali perlu membuat pemeriksaan berkala, bagi mengelak kayu dimakan anai-anak dan perlu mengambil langkah mengatasinya, selain setiap kira-kira lima tahun sekali rumah itu pernah disapu minyak bagi mengekalkan warnanya.
Beliau berkata, jika sayangkan rumah lama, alasan sukar untuk menjaganya tidak akan menjadi bebanan kerana apa yang penting ia adalah warisan kini dan pada masa yang sama rumah itu cantik serta mengekalkan ciri rumah tradisional Melayu.
Seorang lagi pemilik rumah lama, Khamis Juned, 70, dari Parit Sakai, dekat sini, berkata, rumah yang didudukinya dibina pada 1930 oleh arwah bapanya dan ia masih bertahan sehingga kini, malah tidak menunjukkan tanda bahawa rumah lama itu akan roboh atau rosak.
Katanya, rumah yang dibuat daripada kayu jenis seraya bunga itu juga tidak pernah dimakan anai-anai kerana jenis kayu terbabit yang tidak terlalu keras tidak digemari oleh makhluk perosak berkenaan dan walaupun rumah itu melalui beberapa perubahan, ia mengubah bentuk asalnya.
"Rumah kayu juga tidak terlalu sukar untuk dijaga kerana kayu asal rumah itu tidak pernah ditukar kecuali saya sudah dua kali menukar catnya, berbanding rumah asal mengekalkan warna kayu kini dicat kepada hijau dan putih," katanya.
Khamis yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, berkata ciri utama rumah tradisional Melayu ialah mempunyai dua ruang utama iaitu ruang utama yang dipanggil rumah ibu serta rumah dapur, selain mempunyai anjung atau serambi dan tangga.
Katanya, pada masa ini sukar untuk menemui rumah tradisional yang benar-benar asli kerana ada yang sudah diubah suai dengan penggunaan batu atau ada yang sudah diroboh untuk dibina rumah batu berikutan generasi baru lebih selesa dengan rumah batu, berbanding rumah kayu.
"Saya sedih kerana banyak rumah lama di Muar sudah dirobohkan atau ditinggalkan begitu saja menyebabkan kini sukar untuk mencari rumah lama di daerah ini yang masih mengekalkan ciri asal dan kehalusan seni bina.
Katanya, sebenarnya pembinaan rumah lama mempunyai tujuan sendiri iaitu dibina dengan menggunakan tiang tinggi bagi mengelak kejadian banjir atau gangguan binatang, selain menggunakan banyak tingkap bagi memberi ruang angin bagi mengelak cuaca panas.
Beliau berharap, ciri rumah tradisional tetap dipulihara dan masih ada masyarakat yang tetap mempertahankan kewujudan rumah itu sebagai warisan turun temurun untuk tatapan generasi akan datang.

Sumber: Berita Harian Johor, 3 Jun 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan