PENGUNJUNG SETIA

30 September 2008

RAI AIDILFITRI SEBAGAI IBADAT, BUKAN ADAT

Rai Aidilfitri sebagai ibadat, bukan adat

Oleh Lokman Ismail

Islam larang sambut 1 Syawal berlebih-lebihan dengan niat untuk menunjuk

UMAT Islam akan meraikan Aidilfitri iaitu hari kebesaran penuh kemuliaan yang dihadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW atas kejayaan berpuasa Ramadan selama sebulan.

Islam menganjurkan Aidilfitri disambut penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai hari yang mulia, sambutan Aidilfitri perlu mengikut tuntutan syariat.

Meraikan Aidilfitri adalah satu ibadat. Oleh itu, ia berbeza dengan Aidilfitri yang disambut lebih sebagai adat. Setiap ibadat mengikut apa disyariatkan, sedangkan adat mengikut kebiasaan diamalkan sejak turun temurun dalam masyarakat.

Sambutan Aidilfitri bermula sebaik berakhir ibadat puasa Ramadan apabila kelihatan anak bulan Syawal. Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda bermula sambutan Aidilfitri ialah melaungkan gema takbir membesarkan Allah membuktikan ketaatan dan tunduk kepada-Nya dengan penuh ikhlas.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan bertakbir dari satu rumah ke satu rumah, selain di masjid seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik. Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk. Ketika itu juga terbuka peluang untuk menghulurkan tangan bermaafan dan membantu mana yang perlu.

Amalan itu perlu dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu juga. Ada yang menyertai kumpulan takbir sekadar suka-suka dan berpeluang mengintai anak gadis.

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud sebuah hadis menjelaskan bahawa sesiapa beribadat pada dua malam hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.

Banyak orang yang menyertainya sembahyang sunat tasbih, taubat dan hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang amat baik untuk menghidupkan malam Aidilfitri. Malang sekali banyak yang turut serta tanpa memahaminya.

Dikatakan ibadat itu hanya tertentu pada malam Aidilfitri, sedangkan ia boleh dilakukan sepanjang tahun. Individu yang tidak turut serta dipandang serong kerana dianggap tidak melakukan sesuatu yang 'wajib' pada malam hari raya.

Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti amalan Rasulullah. Kemudian sunat menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki serta mengenakan wangian.

Maksud pakaian terbaik bukan semesti baru dibeli atau dijahit. Tetapi di kalangan masyarakat kita berpegang kepada maksud itu memaksa semua orang berpakaian baru dengan alasan itu tuntutan agama. Mereka bukan membuat sepasang baju baru untuk dipakai pada pagi hari raya, tetapi hingga empat atau lima pasang.

Sebelum turun rumah menuju ke masjid atau tempat lapang untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan tanda tidak lagi berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah. Pada hari Aidilfitri diharamkan berpuasa.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: "Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

Rasulullah SAW ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah.

Sembahyang sunat Aidilfitri perlu dilambatkan sedikit, sedangkan solat Hari Raya Korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa yang belum mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ditunaikan sebelum solat Aidilfitri.

Sebenarnya sambutan hari raya hanya pada 1 Syawal sementara pada 2 Syawal dan hari seterusnya dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Di kebanyakan negara Arab, Aidilfitri hanya disambut sehari atau kalaupun sambutan masih diteruskan hanya untuk dua atau tiga hari.

Bagaimanapun, tidak dilarang untuk terus melakukan sambutan Aidilfitri selagi apa yang dilakukan tidak bertentangan syariat. Semangat kunjung mengunjung wajar diperbanyakkan. Jika hanya sehari tentu tidak banyak rumah yang dapat dilawati. Apa lagi jika membabitkan jarak perjalanan yang jauh.

Namun apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat kita beraya sakan sepanjang Syawal. Ada yang mengaitkan sebagai tuntutan agama. Jika berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka dikatakan sepanjang Syawal pula untuk berhari raya.

Perlu ditegaskan, beraya sepanjang Syawal bukan dianjurkan Islam. Ia adalah adat, tetapi tidak salah untuk diamalkan. Apa yang penting kefahaman kita mengenainya dan bagaimana sambutan dilakukan.

Mengadakan rumah terbuka dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalak bagi merapatkan hubungan yang renggang akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Ketika menghadiri rumah terbuka perlu ikhlas, bukan mengharapkan tuan rumah akan 'membalas' dengan datang ke rumah kita pula. Tuan rumah perlu melayan tetamu dengan perasaan ikhlas dan tidak bertujuan menunjuk-nunjuk hidangan disediakan.

Begitu juga dengan amalan menziarah tanah perkuburan ketika hari raya. Sebenarnya masa untuk melawat tanah perkuburan tidak hanya pada hari raya. Sepatutnya, pada hari raya kita mengutamakan melawat orang yang masih hidup dan bukan orang sudah mati.

Jika benar kita ingin melakukan perkara baik berkaitan melawat kubur ahli keluarga elok dilakukan pada waktu lain, ketika tidak sibuk dengan urusan lain. Bacaan Yasin, tahlil dan doa untuk si mati boleh dilakukan di mana saja dan tidak terhad di kubur.

Sambut Aidilfitri ini dengan sederhana. Islam melarang perbuatan melampau dan membazir. Bergembira keterlaluan mudah mengundang kelalaian. Lebih baik kita tumpukan perhatian kepada tugas seharian yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua.

Kebanyakan amalan yang dilakukan dalam masyarakat kita adalah adat. Sebab itu penting kita memperbetulkan niat dan mengetahui perkara sebenar supaya apa yang dilakukan termasuk dalam ibadat dan bukan sekadar melaksanakan adat. Setiap amalan bergantung kepada niatnya.

Menyambut Aidilfitri dengan amalan mulia lebih bermakna dan mendatangkan keberkatan. Jangan jadikan ia sekadar adat dan bertujuan untuk bergembira semata-mata. Takut nanti falsafah hari raya sekadar sia-sia dan hanya mendapat kepuasan nafsu semata-mata.

INFO: Cara rai Aidilfitri

  • Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda sambutan Aidilfitri ialah melaungkan takbir membesarkan Allah membuktikan ketaatan kepada-Nya dengan ikhlas.

  • Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti amalan Rasulullah. Kemudian sunat menghiasi diri dengan pakaian terbaik serta mengenakan wangian.

  • Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan tanda tidak lagi berpuasa dan bersyukur dengan nikmat Allah.

  • Mengadakan rumah terbuka dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalak bagi merapatkan hubungan yang renggang akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.

  • Melawat tanah perkuburan tidak hanya pada hari raya, sepatutnya pada hari raya kita mengutamakan melawat orang yang masih hidup.

  • Sambut Aidilfitri dengan sederhana kerana Islam melarang perbuatan melampau, membazir dan bergembira keterlaluan akan mengundang kelalaian.

  • SUMBER: BERITA HARIAN, 29 SEPTEMBER 2008

    AIDILFITRI DISAMBUT ESOK

    Aidilfitri disambut esok

    KUALA LUMPUR: Tarikh hari raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

    "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober 2008," katanya.

    Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. - Bernama

    HIDUPKAN MALAM RAYA

    Hidupkan malam Raya

    HARI Raya Aidilfitri adalah antara hari yang paling ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar umat Islam. Ini kerana semasa hari lebaran inilah golongan perantau berpeluang pulang bertemu ibu bapa dan sanak saudara masing-masing.

    Sebab itulah, perjalanan jauh walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas tidak dihirau. Ibarat lirik lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, "perjalanan jauh tak ku rasa, kerana hati ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata".

    Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri, insya-Allah. Hari kemenangan yang memang patut diraikan selepas kejayaan mengekang hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa Ramadan.

    Hari Raya atau eid bermakna kembali. Jadi, Aidilfitri bermaksud kita kembali kepada fitrah iaitu boleh makan dan minum pada siang hari. Sebabnya, umat Islam hanya wajib puasa sepanjang Ramadan. Baki 11 bulan yang lain kita kembali kepada asal atau keadaan sebenar iaitu bebas makan dan minum pada waktu siang.

    Dalam keseronokan berhari raya, jangan kita lupa bahawa sambutan Aidilfitri juga adalah ibadat. Justeru, beberapa amalan sunat perlu diutamakan di sebalik kesibukan menukar langsir baru atau memenuhkan meja makan dengan pelbagai juadah.

    Bertakbir

    Pada malam hari raya, hendaknya ia diisi dengan amalan bertakbir. Bukannya melekat di depan televisyen menonton pelbagai acara hiburan yang disaji. Biar tangan sibuk bekerja merebus ketupat dan masak rendang tetapi lidah kita sentiasa basah dengan lafaz takbir. Takbir bagi menyatakan kesyukuran kepada Allah.

    Aidilfitri bermula apabila terbenam matahari hari terakhir Ramadan (mulai waktu Maghrib) sehingga mula solat sunat hari raya.

    Galakan bertakbir disebut secara jelas menerusi firman Allah yang bermaksud: ...hendaklah kamu mencukupi bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada mu, semoga kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185).

    Malangnya, amalan ini kurang popular terutama di kalangan generasi muda. Ramai daripada golongan ini memilih untuk berkumpul di tepi-tepi jalan, menghisap rokok dan menunggang motosikal. Malah, ada juga yang merempit pada malam hari raya.

    Selain bertakbir, kita juga disunat menghidupkan malam raya dengan ibadat lain seperti tilawah al-Quran, solat, tasbih dan istighfar. Pastikan masjid dan surau tidak lengang persis warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung.

    Ingatlah sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menghidupkan malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati. "(Riwayat Ibn Majah).

    Bersalaman dan bermaafan

    Sudah menjadi amalan masyarakat kita untuk mengambil kesempatan Aidilfitri bagi memohon maaf antara satu sama lain. Tidak ada salahnya berbuat demikian, cuma kita bimbang umat Islam hanya menunggu hari lebaran baru mahu bermaaf- maafan. Sepatutnya amalan tersebut bermula sejak kita menyambut Ramadan lagi.

    Ingatlah kisah Baginda SAW dan isterinya, saidatina Aisyah sewaktu Rasulullah pergi berdakwah kepada masyarakat jin. Sebelum keluar rumah, Aisyah berjanji akan menunggu kepulangan Baginda walaupun dilarang oleh Rasulullah.

    Dipendekkan cerita, disebabkan terlalu banyak pertanyaan oleh para jin, maka Rasulullah SAW terlewat pulang ke rumahnya.

    Setibanya di rumah, Baginda memberi salam tetapi tiada jawapan. Selepas beberapa kali berbuat demikian, maka Baginda pun memutuskan untuk tidur di hadapan pintu rumah kerana menjangkakan isterinya sudah tidur.

    Tidak lama kemudian, Aisyah yang terjaga daripada tidur bergegas berlari membuka pintu. Akibat tergesa-gesa, nyaris Aisyah terpijak pipi Rasulullah yang tertidur tadi menyebabkan Baginda terjaga.

    Namun, sesuai dengan firman Allah bahawa Rasulullah itu adalah contoh teladan terbaik, kisah itu berakhir dengan kedua-dua pihak memohon kemaafan. Aisyah terlebih dahulu mohon maaf kerana tertidur menyebabkan Baginda terpaksa tidur di luar. Baginda SAW juga turut minta maaf kerana pulang lewat.

    Amalan

    Begitulah indahnya Islam yang mengajar umatnya sentiasa mengakui kesilapan dan segera memohon maaf. Bukannya menunggu masa atau tarikh-tarikh tertentu berbuat demikian.

    Satu lagi kebiasaan masyarakat Melayu ialah amalan bersalam-salaman semasa hari raya.

    Ia adalah sifat mulia sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, "tidaklah dua orang Islam bertemu saling bersalaman dan berjabat tangan melainkan diampunkan dosa mereka sebelum mereka berpisah. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

    Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan 'matlamat menghalalkan cara'. Amalan ini perlu ada batasnya yang perlu menjaga adab-adab Islam seperti tidak bersalaman dengan golongan yang bukan mahram.

    Menunaikan zakat

    Satu lagi kefarduan yang mesti ditunaikan adalah membayar zakat fitrah. Jangan menunggu sehingga saat akhir pada pagi sebelum solat hari raya baru terhegeh-hegeh hendak membayarnya. Tunaikan seawal mungkin supaya rukun Islam keempat itu dijelaskan.

    Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang- orang miskin". (Riwayat Abu Daud).

    Kelewatan menunaikan zakat menyebabkan ia tidak diterima dan hanya dianggap sedekah yang perlu diqada pada tahun berikutnya.

    Solat sunat Hari Raya

    Dalam banyak amalan solat, mungkin solat Hari Raya paling digemari oleh semua Muslim. Sebabnya walaupun ada di kalangan umat Islam yang tidak cukup solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat pun hanya sekali-sekali, namun solat Hari Raya tidak pernah ditinggalkan.

    Solat Aidilfitri hukumnya sunat muakkad yang amat dituntut oleh Baginda SAW supaya dilaksanakan oleh orang-orang Islam. Ia disyariatkan oleh Allah pada tahun pertama hijrah. Ia digalakkan kepada pelbagai peringkat umur dan lapisan umat Islam meliputi kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, muda, gadis mahupun janda.

    Dalam menunaikan solat ini, kita disunatkan memakai pakaian tercantik dan bersih. Baginda SAW turut makan sedikit sebelum keluar solat Aidilfitri. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah SAW: Adalah Nabi SAW tidak beredar pada Hari Raya Aidilfitri hinggalah Baginda makan beberapa biji tamar. (Riwayat Bukhari)

    Dalam kesempatan Aidilfitri, serikanlah ia dengan amalan ziarah menziarahi. Rasulullah pernah bersabda, "Wajib kasih sayangku kepada orang-orang yang ziarah menziarahi keranaku". (Riwayat Ahmad).

    Pada hari raya, hendaklah kita mengamalkan kesederhanaan termasuklah dalam bab makan-minum. Jangan pula kita amalkan, 'pantang jumpa' habis dimakan semuanya.

    Sebab itu diriwayatkan seorang tabib Arab berkata, perut adalah rumah penyakit dan berpantang adalah kepala segala ubat.

    Akhir kalam, semoga sambutan Aidilfitri kali ini disambut dengan takbir dan tahmid bukannya hanya dipenuhi dengan menyaksikan pelbagai rancangan hiburan semata-mata.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 30 SEPTEMBER 2008

    29 September 2008

    AIDILFITRI IMPIAN TEMPA IMAN MAKIN HEBAT

    Aidilfitri impian tempa iman makin hebat

    Tajdid Iman bersama Dr Juanda Jaya

    DR Yusuf al-Qaradhawi dalam khutbah hari rayanya pernah berkata: “Barang siapa yang menyembah Ramadan, sesungguhnya Ramadan sudah pergi dan barang siapa yang menyembah Allah, maka Dia sentiasa hidup, tidak pernah mati.”

    Selepas menganalisis kecenderungan umat Islam saat ini, iaitu mereka yang tidak memahami matlamat sebenar puasa, maka kita melihat tidak sedikit orang Islam sudah pun membuka ikatan yang tersimpul antara dirinya dengan Allah pada Ramadan kemudian mengikat kembali diri mereka dengan tali kelalaian dan hawa nafsu semula.

    Masjid kembali sunyi selepas Aidilfitri, bacaan al-Quran tidak lagi kedengaran di rumah mereka, malam dilalui dengan berjaga sambil berhibur memanjakan nafsu. Di manakah orang yang memanggil Allah, merintih dan memohon cahaya terang dalam kegelapan?

    Seolah-olah mereka hanya mengenal Allah pada Ramadan, selepas puasanya tamat maka tamatlah juga hubungan dengan Allah. Pada hal yang menjadi tanda diterima puasanya seseorang ialah dia masih mengekalkan hubungan mesra dengan Allah pada setiap masa tanpa syarat.

    Seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.” (Surah Muhammad, ayat 17)

    Pada pagi Syawal yang mulia, umat Islam disyariatkan supaya bertakbir tanda gembira kerana sudah memenangi perlawanan yang sungguh mencabar. Kalimah itu amat bermakna dalam diri setiap mukmin.

    Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Satu pengiktirafan mengenai siapakah yang paling hebat, antara kehebatan yang bertakhta di atas dunia ini? Kalimah itu meluluhkan hati para raja dan pemimpin yang beriman, bahawa akan berakhirlah kekuasaan mereka atau mungkin Allah akan memelihara mereka jika Dia Yang Maha Akbar menghendaki. Maka, hati-hati itu menjadi lembut kerana ingatkan kekuatan Allah, kebesaran dan keagungan-Nya.

    Kalimah itu juga memberi ingatan kepada rakyat supaya teguh di bawah bayang-bayang penguasa yang diredai Allah dan sama sekali menolak kesetiaan kepada sesiapapun yang membelakangi Allah.

    Mereka berkumpul bersama semangat kasih sayang dan persaudaraan semata-mata kerana kalimah yang menggoncangkan hati, membangkitkan semangat iman yang baru, seterusnya merangka strategi saling bahu membahu dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar.

    Sesuai dengan ajakan al-Quran kepada umat Islam yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

    Begitulah impian masyarakat baru dengan jiwa baru dan iman yang semakin hebat ditempa pada Ramadan yang mulia. Allahu Akbar!

    Menjadi sunnah Rasulullah SAW semua berkumpul di tanah lapang untuk melakukan sembahyang sunat Aidilfitri sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran kepada Allah. Sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

    Bentuk kesyukuran kepada Allah tidak semestinya ditandai dengan menjemput makan seperti amalan dilakukan sesetengah masyarakat kita, bahkan mungkin amalan itu boleh mendekati pembaziran jika tidak diurus dengan betul, hajat hati nak bersyukur apa daya jadi kawan syaitan.

    Pembaziran masih menjadi isu yang sentiasa diperdengarkan, berlebih-lebihan menjamu selera juga akan mematikan hati dan akhirnya tiada tenaga untuk beribadat.

    Bersyukurlah seperti diajarkan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Makanan dua orang cukup untuk tiga orang dan makanan tiga orang cukup untuk empat orang.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Walaupun tidak dinafikan bahawa memakan hidangan bersama boleh mengikat kemesraan tetapi perlu diamalkan disiplin yang baik supaya tidak terjadi pembaziran. Kemesraan dan kasih sayang yang harum mewangi ketika mereka meraikan hari raya, pernah disentuh Dr Hamka dalam teks khutbah hari raya beliau: “Sembahyang raya inilah suatu demonstrasi untuk menunjukkan rasa cinta bukan demonstrasi menabur rasa benci.”

    Saat dilaungkan takbir hendaklah lahir benih-benih cinta dan kasih sayang di jiwa orang beriman. Takbirlah yang menyatukan mereka di bawah panji Allah dan Rasul-Nya. Seolah-olah mereka berperang dalam satu barisan yang kukuh tanpa virus dengki, tamak haloba dan dendam yang boleh merosakkan kekuatan umat Islam.

    Doa orang beriman seperti dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hasyr, ayat 10)

    Dalam menyambut kedatangan Syawal, alangkah eloknya kita melihat kehebatan seorang nabi yang mengatasi kedudukan seorang negarawan paling ulung yang berhasil menyatukan seluruh kaum dengan keadilannya. Dia bersumpah atas nama Allah akan memotong tangan anak perempuannya sendiri jika dia mencuri dan meletakkan keadilan seadil-adilnya kepada golongan bukan Muslim.

    Dialah Rasulullah SAW, pemimpin pertama dalam pemerintahan Islam yang diasuh oleh bimbingan wahyu dalam pendekatan politiknya yang terbukti cemerlang pada pandangan kawan mahupun lawan. Sesungguhnya Baginda menjadikan dua hari raya sebagai momentum terbaik untuk membangkitkan semangat ukhuwah dan menyegarkan iman umat Islam.

    Diwajibkan padanya zakat fitrah untuk memastikan kasih sayang itu mekar antara yang kaya dengan miskin, supaya dilabuhkan keadilan dalam pembahagian antara mereka. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Elakkan mereka yang miskin daripada berpusing-pusing meminta sedekah pada hari ini.” (Hadis riwayat Ibnu ‘Adi dan al-Dar al-Qutni daripada Ibnu Umar)

    Rasulullah SAW memberi pengajaran bahawa kestabilan dan kesejahteraan suatu bangsa hanya dapat ditegakkan dengan menghapuskan jurang antara yang kaya dengan miskin, kuat dengan lemah dan bergantung kepada kasih pemimpin ke atas rakyatnya.

    Rasulullah SAW mengharapkan kebaikan ke atas pemimpin yang amanah melalui doa Baginda yang pernah didengar Ummul Mukminin Aisyah yang bermaksud: “Ya Allah sesiapa saja yang diberi kekuasaan mengurus umatku kemudian mempersulit mereka maka susahkanlah ia, dan sesiapa yang diberi kuasa kemudian mempermudahkan mereka maka mudahkanlah ia.” (Hadis riwayat Muslim)

    Beruntunglah pemimpin yang mengasihi rakyat kerana mereka mendapat doa yang dikhaskan, bahkan Baginda SAW pernah menjanjikan lebih baik daripada itu melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang diperbuat dari cahaya. Mereka itu adalah orang yang adil dalam memberi hukuman kepada keluarga sendiri dan rakyat jelata.” (Hadis riwayat Muslim)

    Imam al-Bukhari dan Muslim juga melaporkan hadis yang bermaksud: “Tujuh golongan dinaungi Allah pada hari kiamat yang tiada naungan selain naungan-Nya, (salah satu dari mereka) pemimpin yang adil.”

    Namun demikian rakyat juga harus menunjukkan ketaatan supaya tidaklah kasih sayang pemimpin itu bertepuk sebelah tangan. Apabila hubungan kedua-duanya terjalin dengan mesra maka usaha merealisasikan kestabilan umat akan lebih mudah dan telus.

    Bahkan Rasulullah SAW menegaskan kepada umatnya mengenai kedudukan rakyat yang salih dalam hadis yang bermaksud: “Seorang Muslim wajib mendengarkan dan mentaati pemerintah, yang disukainya mahupun yang tidak disukai. Kecuali bila ia diperintah mengerjakan maksiat maka ia tidak boleh mendengar dan mentaati.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Begitulah semangat Syawal yang semestinya ditiupkan ke dalam jiwa umat Islam. Yang pertama memperingatkan kita perlunya tali Allah disimpulkan pada setiap masa bukan pada Ramadan saja kemudian bentuk kesyukuran yang mesti ditonjolkan dan dibuktikan melalui amalan dan akhirnya rahsia laungan takbir yang boleh menyatukan umat dan menumbuhkan benih kasih sayang. Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

    Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my

    SUMBER: BERITA HARIAN, 29 SEPTEMBER 2008

    ROH RAMADAN WAJAR BANGKIT KESEDERHANAAN AIDILFITRI

    Roh Ramadan wajar bangkit kesederhanaan Aidilfitri

    Perspektif Ikim oleh Norkumala Awang

    RAMADAN hampir melabuhkan tirainya. Fajar Syawal akan menyingsing menandakan bermulanya detik dinantikan semua Muslimin selepas berpuasa sebulan. Namun, benarkah jihad berpuasa itu terkesan dalam sanubari setiap insan atau sekadar momokan yang sering diperkatakan namun ia tidak seperti dilaksanakan.

    Ramadan adalah tarbiah untuk setiap Muslim yang melaluinya kerana natijah terakhir daripada Ramadan ialah takwa seperti difirmankan Allah dalam al-Quran.

    Renungkanlah kembali sama ada Ramadan kali ini membuahkan hasil yang baik atau sebaliknya. Muhasabah supaya dapat mencari di mana kekurangan kita sebagai hamba-Nya yang lemah.

    Andai kata Ramadan mendidik kita menjadi seorang penyabar, berjimat cermat, beradab baik dan pelbagai sifat mahmudah lain, fikir dan soroti kembali dengan kehidupan nyata yang dilalui selama sebulan ini.

    Bukankah di sana sini berlaku pembaziran yang tidak diingini dalam masa kita semua menghadapi kekangan ekonomi? Cuba lihat di pasar Ramadan, seolah-olah pesta makanan bermula apabila berlangsungnya Ramadan dan ia berterusan sehingga penghujung bulan.

    Pelbagai juadah dan aneka kuih muih terhidang kadangkala tidak sehebat sebelum Ramadan tetapi melonjak kehebatannya pada Aidilfitri. Sedar atau tidak, bahawa itu semua adalah kunci kepada pembaziran dan pelbagai masalah buruk lain.

    Jika kita lihat, bukan setakat Ramadan saja seperti pesta makanan tetapi apabila menjelang Syawal seolah-olah menjadi puncak pesta makanan kerana pelbagai juadah dihidangkan membangkitkan selera dan cita rasa setiap orang.

    Seolah-olah roh Ramadan itu tidak cukup mengesankan hati supaya bersederhana dalam apa juga tindakan dan amalan. Kita tidak mampu mengekalkan tarbiah yang diterapkan pada Ramadan untuk bulan seterusnya. Malah, terus diganggu gugat oleh hawa nafsu dan Aidilfitri dijadikan medan membalas dendam kerana selama sebulan berlapar dan dahaga.

    Di segenap rumah pasti tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan. Amalan ini mampu mengeratkan ukhuwah sesama Muslim kerana masing-masing sibuk dengan urusan seharian.

    Amalan rumah terbuka boleh mengeratkan kembali tali persaudaraan yang terungkai. Namun, satu perkara yang mungkin masyarakat kita terlepas pandang ialah penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan sering kali diabaikan tatkala masyarakat terlalu sibuk dengan persiapan hari raya termasuk memenuhi undangan rumah terbuka.

    Ada kala kita seolah-olah melupakan isi kandungan pengajaran yang boleh diambil daripada Ramadan untuk mengawal nafsu termasuk dalam hal berkaitan makanan dan minuman. Malah, sesetengah kita menjadikan juadah terhidang di depan mata sebagai santapan untuk memenuhkan hawa nafsu yang dikekang selama sebulan dengan mengambil semua jenis makanan terhidang.

    Kita lupa penjagaan kesihatan penting untuk kehidupan yang baik. Adakah ini semangat Syawal yang kita tuai selepas disemai sepanjang Ramadan yang mulia?

    Seharusnya, kita boleh jadikan Ramadan sebagai satu langkah permulaan pengekalan kesihatan berterusan. Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, pelbagai persiapan disediakan namun janganlah sesekali kita mengabaikan soal kepentingan keselamatan makanan.

    Walaupun ramai beranggapan hari raya ibarat pesta makanan, namun ia bukanlah puncak segala-galanya jika selepas menikmati pelbagai juadah ramai yang terpaksa dimasukkan hospital dan menanggung ketidakselesaan kerana timbul gejala cirit-birit, sakit perut atau keracunan makanan.

    Jika hal ini berlaku, ia akan menjejaskan kemeriahan menyambut hari raya. Oleh itu, seharusnya kita bersyukur dengan didikan Ramadan yang mengajar kita supaya bersederhana dalam semua perkara termasuk hal makan dan minum.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kenyang."

    Justeru, semangat Ramadan yang kita harungi selama sebulan perlu diteruskan sehingga Syawal dan bulan seterusnya supaya menjadi penjana untuk kesihatan jasmani dan rohani. Semoga Syawal yang kita akan lalui membawa pengertian mendalam ke atas jiwa setiap insan yang berjaya menamatkan ujian Ramadan.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 29 SEPTEMBER 2008

    26 September 2008

    MONKEY ON ROOFTOP ROMP

    Monkey on rooftop romp

    Chong Chee Seong

    A FIVE-year-old monkey, trained to pluck coconuts, turned unfriendly when the rope on its neck came loose on Saturday in Muar.

    NO MONKEY BUSINESS: Wildlife and National Parks Department officers on the rooftop  of a house  to capture the monkey. (Inset) Noraqilah Farhana Azhar showing the wounds on her head after being attacked by the monkey.
    NO MONKEY BUSINESS: Wildlife and National Parks Department officers on the rooftop of a house to capture the monkey. (Inset) Noraqilah Farhana Azhar showing the wounds on her head after being attacked by the monkey.

    The animal injured the head and arm of an 8-year-old girl, Noraqilah Farhana Azhar, at the Tanjung Agas housing estate.

    The girl's angry father, Azhar Mohamed, 40, had chased it away, but the monkey went on a rampage for several hours, scampering from roof to roof and damaging television antennas.

    A five-man team from the Muar Fire and Rescue Department arrived and tried to scare it away.

    Operations officer Ismail Mahmood said the monkey hid under the roofs of the houses and refused to budge.

    He said firemen later had to contact the Wildlife and National Parks Department to help capture the monkey. It was finally caught at 7pm.


    The monkey's owner, who did not want to be identified, said the monkey had been with him for three years.

    He said the animal had been trained to pluck coconuts and was usually tied near its cage after his daily routine.

    "When I went to feed it in the afternoon, it was gone. I am sorry for the mischief it caused and hurt it caused."

    It is learnt that the monkey is still with the Wildlife and National Parks Department.

    SOURCE: NEW STRAITS TIMES, 26 SEPTEMBER 2008

    24 September 2008

    MASJID, SURAU BUKAN GELANGGANG POLITIK

    Johor: Masjid, surau bukan gelanggang politik

    Oleh Jamaludin Husin
    bhnews@bharian.com.my

    LEDANG: Jemaah masjid dan surau khususnya dalam kawasan Parlimen Ledang diingatkan supaya tidak menjadikan pusat ibadat itu sebagai tempat perbincangan hal politik semasa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan.

    Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, berkata mereka seharusnya meningkatkan amal ibadat selaras dengan ibadat berpuasa sekali gus mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

    Beliau berkata, masjid dan surau perlu dikekalkan sebagai institusi keagamaan untuk mengembangkan syiar Islam di kalangan masyarakat setempat dan tidak seharusnya dijadikan sebagai gelanggang berpolitik.

    "Langkah itu bukan saja dapat mengelak daripada berlaku perpecahan di kalangan ummah, malah mampu menjalin semangat bermuafakat dengan melakukan kegiatan berfaedah sebagai persediaan menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    "Ibadat puasa memerlukan penghayatan sepenuhnya dengan melupakan segala perselisihan pendapat serta memberi tumpuan untuk beribadat, termasuk menunaikan solat tarawih dan bertadarus," katanya.

    Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis kenduri khatam al-Quran di Masjid Jamek Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, malam kelmarin.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 24 SEPTEMBER 2008

    23 September 2008

    'KUCING PUN DIA TAKUT'

    ‘Kucing pun dia takut’

    MUAR: “Anak saya trauma, tengok kucingpun dia takut dan lari dekat ibunya,” kata Azhar Mohamed, 33, bapa kepada Noraqilah Farhana, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera di kepala dan tangan selepas digigit beruk ketika bersama adik lelaki dan beberapa rakan di taman permainan Taman Sri Tanjung Indah, petang Sabtu lalu.

    Katanya, selepas kejadian itu, Noraqilah takut walaupun hanya melihat kucing dan akan terus memeluk ibunya.

    Menurutnya, bagi mengelakkan kejadian sama berlaku terhadap anaknya, dia sekeluarga membuat keputusan untuk menyaman pemilik beruk jantan dipanggil ‘Roy’ yang tinggal bersebelahan taman perumahan itu.

    “Saya pelik bagaimana pemilik haiwan itu boleh membelanya walaupun sedar rumahnya berdekatan kawasan perumahan dan ramai kanak-kanak di situ,” katanya.

    SUMBER: HARIAN METRO, 23 SEPTEMBER 2008

    22 September 2008

    MB MAHU UMAT ISLAM PERKUKUH PERPADUAN AGAR TIDAK DIPERGUNAKAN

    MB Mahu Umat Islam Perkukuh Perpaduan Agar Tidak Dipergunakan

    Ditulis Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh
    Monday, 22 September 2008

    Penghulu Kesang, Ishak Abu Bakar menerima sumbangan untuk diagihkan kepada fakir miskin dikawasannya.
    Penghulu Kesang, Ishak Abu Bakar menerima sumbangan untuk diagihkan kepada fakir miskin dikawasannya.
    LEDANG: Umat Islam perlu memperkukuhkan perpaduan mereka agar tidak menjadi mangsa pihak yang mahu mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.

    Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, perpaduan dan kekuatan masyarakat Islam kini sedang diuji menyebabkan mereka berada pada keadaan yang sedikit goyah.
    Katanya pihak yang hanya memikirkan kepentingan peribadi itu sedang berusaha mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

    “Mereka sedang mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap perpecahan ini.

    “Pada mereka, ini adalah satu-satunya kesempatan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka,” katanya.

    Abdul Ghani berkata demikian pada majlis penyampaian bungkusan hari raya kepada anak-anak yatim dan miskin dalam kawasan Parlimen Ledang.

    Isteri beliau, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin dan Pegawai Daerah Ledang, Asmail Abdul Kadir turut hadir.

    Abdul Ghani berkata masyarakat Islam tidak harus membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu ini yang nyata mempunyai agenda peribadi.

    SUMBER: WWW.MEDKOM.MY (media.komunikasi.rakyat)

    MURID TAHUN DUA TERBUNUH

    Murid tahun dua terbunuh

    MUAR: Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat sini, terbunuh, manakala bapa dan saudaranya parah, apabila Proton Saga yang mereka naiki dirempuh Proton Wira dalam kejadian di persimpangan Parit Rabu di Bukit Gambir, di sini, tengah malam, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Nur Fikri Paiman, lapan tahun, dari Kampung Melayu Raya, dekat sini, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) akibat kecederaan organ dalaman.

    Bapa, Paiman Kijan, 54, kakitangan Klinik Kesihatan Sagil, dan sepupunya, Adam Misman, 19, pelajar kolej swasta, cedera parah di tangan dan kaki dan dimasukkan ke wad hospital yang sama, manakala ibu Nur Fikri, Rosnah Daso, 50, hanya cedera ringan.

    Pemandu Proton Wira itu yang tidak dikenali turut cedera ringan di muka dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

    Abang mangsa, Fairuz, 26, berkata, kemalangan berlaku ketika bapanya dalam perjalanan ke bandar untuk menyertainya makan di sebuah gerai selepas beliau mengambil isterinya yang bekerja di sebuah kilang.

    "Kami sudah berjanji untuk keluar makan sekeluarga selepas saya mengambil isteri dan sepatutnya, kira-kira jam 11.30 malam kami sudah berada di gerai makan tetapi apabila bapa tidak muncul, saya cuba menghubunginya telefonnya beberapa kali tetapi tiada jawapan menyebabkan saya mula bimbang.

    "Saya hanya mengetahui kemalangan yang menimpa keluarga apabila dihubungi seorang rakan sebelum terus bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HPSF, di sini, semalam.

    Katanya, sudah menjadi kebiasaan, beliau bersama isteri akan makan lewat malam bersama-sama di bandar dan disertai ibu bapanya dengan ditemani adik bongsu daripada enam beradik itu.

    Beliau berkata, adiknya sentiasa mengikut ibu bapa keluar makan kerana masih bersekolah, manakala semua adik beradiknya yang lain sudah bekerja dan berkeluarga.

    Fairuz tidak menyangka kemalangan itu menyebabkan adik bongsunya daripada enam beradik dan paling manja dengan anggota keluarga lain, meninggal dunia beberapa hari sebelum menyambut hari raya.

    Beliau berkata, semua persiapan hari raya juga sudah disiapkan, malah pada tahun ini mereka sekeluarga akan memakai baju sedondon iaitu warna oren samar.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 22 SEPTEMBER 2008

    HAJAT PAKAI BAJU SEDONDON BERAKHIR DI TENGAH JALAN

    Hajat pakai baju sedondon berakhir di tengah jalan

    MUAR: Mengikut perancangan, mereka sekeluarga sepatutnya berpakaian sedondon warna jingga pada Aidilfitri pertama.

    Namun, takdir Tuhan mengatasi segalanya apabila seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat sini, terbunuh, manakala bapa dan saudaranya parah, apabila Proton Saga yang mereka naiki dirempuh Proton Wira dalam kejadian di persimpangan Parit Rabu di Bukit Gambir di sini, tengah malam, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Nur Fikri Paiman, 8, dari Kampung Melayu Raya, dekat sini, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) akibat kecederaan organ dalaman.

    Bapanya, Paiman Kijan, 54, kakitangan Klinik Kesihatan Sagil, dan sepupunya, Adam Misman, 19, pelajar kolej swasta, cedera parah di tangan dan kaki dan dimasukkan ke wad hospital sama, manakala ibu Nur Fikri, Rosnah Daso, 50, hanya cedera ringan.

    Pemandu Proton Wira itu yang tidak dikenali turut cedera ringan di muka dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

    Abang mangsa, Fairuz, 26, berkata, dia tidak menyangka kemalangan itu menyebabkan adik bongsu daripada enam beradik dan paling manja dengan anggota keluarga lain, meninggal dunia beberapa hari sebelum menyambut hari raya.

    “Semua persiapan hari raya sudah disiapkan, malah pada tahun ini kami sekeluarga akan memakai baju sedondon iaitu warna oren samar,” katanya.

    Menurut Fairuz, kemalangan berlaku ketika bapanya dalam perjalanan ke bandar untuk menyertainya makan di sebuah gerai selepas mengambil isterinya yang bekerja di sebuah kilang.

    “Kami berjanji keluar makan sekeluarga selepas saya mengambil isteri dan sepatutnya jam 11.30 malam kami sudah berada di gerai makan, tetapi apabila bapa tidak muncul, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya beberapa kali, tetapi tiada jawapan.

    “Saya hanya mengetahui kemalangan yang menimpa keluarga apabila dihubungi seorang rakan sebelum ke tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HPSF di sini, semalam.

    Katanya, sudah menjadi kebiasaan, dia bersama isteri akan makan lewat malam bersama-sama di bandar dan disertai ibu bapanya dengan ditemani adik bongsu daripada enam beradik itu.

    Dia berkata, adiknya sentiasa mengikut ibu bapa keluar makan kerana masih bersekolah, manakala semua adik beradiknya yang lain sudah bekerja dan berkeluarga.

    SUMBER: HARIAN METRO, 22 SEPTEMBER 2008

    'BERUK GIGIT KEPALA SAYA'

    ‘Beruk gigit kepala saya’

    Oleh Junita Mat Rasid
    am@hmetro.com.my


    MUAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun cedera di kepala dan tangan akibat digigit seekor beruk yang menyerangnya ketika bersama adik lelaki dan beberapa rakan di taman permainan Taman Sri Tanjung Indah, petang kelmarin.

    Beruk jantan itu yang dipanggil ‘Roy’ oleh pemiliknya yang tinggal bersebelahan taman perumahan itu dikatakan terlepas sebelum menyerang mangsa kira-kira jam 3 petang.

    Noraqilah Farhana Azhar, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Parit Bunga, terpaksa mendapat rawatan di sebuah klinik swasta sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

    Beruk berkenaan yang melarikan diri ke bumbung rumah penduduk taman itu turut merosakkan antena televisyen dan bumbung sebelum ditembak kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), jam 7.30 malam.

    Noraqilah ketika ditemui, berkata dia bersama adiknya Mohd Adib Salihin, 7, dan beberapa rakan dikejar beruk itu yang muncul dari kawasan permainan gelongsor.

    “Kami berlari tapi saya terjatuh menyebabkan beruk itu terus menerkam sebelum menggigit kepala dan tangan. Saya menjerit kesakitan sambil menutup muka dengan tangan. Binatang itu hanya melepaskan saya apabila seorang penduduk menghalaunya,” katanya.

    Beruk itu mengejar adik dan beberapa rakannya pula tetapi mereka dapat melarikan diri.

    Haiwan itu kemudian memanjat bumbung rumah penduduk.

    Sementara itu, bapa Noraqilah, Azhar Mohamed, 33, kakitangan swasta, berkata seorang wanita menghantar anaknya ke rumah dengan kepala dan baju berlumuran darah sambil menangis kesakitan.

    “Saya tak menyangka anak saya diserang beruk sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

    Azhar tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik beruk itu yang menambatnya di tepi pokok bersebelahan taman permainan.

    “Saya diberitahu beruk itu sudah dipelihara sejak tiga tahun lalu. Pemiliknya turut memelihara seekor lagi beruk dan saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas,” katanya.

    SUMBER: HARIAN METRO, 22 SEPTEMBER 2008

    21 September 2008

    TUJUH IBADAH TERBAIK DIAMALKAN AKHIR 10 RAMADAN

    Persoalan Agama: Tujuh ibadah terbaik diamalkan akhir 10 Ramadan

    Bersama Jakim

    Apakah amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

    Abdul Rahim Bakri
    Muar, Johor


    Antara amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ialah:

  • Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.

  • Memperbanyakkan berdoa seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku".

  • Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: "Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran"

  • Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai."(Al- A'raf :205).

  • Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.

  • Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata "Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya."

  • Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud "Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan "sembahyang Tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji." (al- Isra': 79)

  • SUMBER: BERITA MINGGU, 21 SEPTEMBER 2008

    JOHOR SEEKS MORE YOUNG QURANIC EXPERTS

    TANGKAK: The state government wants more young Quranic teachers so that they can be posted to each constituency in the state.

    Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said these Quranic experts would play a vital role in teaching and promoting the Quran and its contents among youths.

    He said those who mastered the Quran would be sent to higher learning institutions, either in the country or overseas, to further their knowledge.

    “The state government has been promoting Quran recital among the people for the past 12 years and we want to produce more Quranic teachers.

    “We hope after they complete their studies in four or five year’s time, we can send them to the districts and to every state constituency,” he said before presenting Hari Raya aid to orphans, poor people and special children in Serom near here on Friday.

    A time for giving: Datin Paduka Jamilah (right) presenting Hari Raya aid to special children in Serom on Friday

    Abdul Ghani, who is Serom assemblyman, said the state also wanted to promote greater un- derstanding of the Quran and its contents besides content translation.

    He said this would also encourage people to learn and understand the Arabic language.

    He added that many could read the Quran but did not understand the language.

    Earlier, Abdul Ghani and wife Datin Paduka Prof Jamilah Arifin presented Hari Raya aid to some 200 orphans, hardcore poor and special children in Ledang.

    SOURCE: THE STAR, Sunday September 21, 2008

    JOHOR SEEKS MORE YOUNG QURANIC EXPERTS

    TANGKAK: The state government wants more young Quranic teachers so that they can be posted to each constituency in the state.

    Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said these Quranic experts would play a vital role in teaching and promoting the Quran and its contents among youths.

    He said those who mastered the Quran would be sent to higher learning institutions, either in the country or overseas, to further their knowledge.

    “The state government has been promoting Quran recital among the people for the past 12 years and we want to produce more Quranic teachers.

    “We hope after they complete their studies in four or five year’s time, we can send them to the districts and to every state constituency,” he said before presenting Hari Raya aid to orphans, poor people and special children in Serom near here on Friday.

    A time for giving: Datin Paduka Jamilah (right) presenting Hari Raya aid to special children in Serom on Friday

    Abdul Ghani, who is Serom assemblyman, said the state also wanted to promote greater un- derstanding of the Quran and its contents besides content translation.

    He said this would also encourage people to learn and understand the Arabic language.

    He added that many could read the Quran but did not understand the language.

    Earlier, Abdul Ghani and wife Datin Paduka Prof Jamilah Arifin presented Hari Raya aid to some 200 orphans, hardcore poor and special children in Ledang.

    SOURCE: THE STAR, Sunday September 21, 2008

    PENDUDUK MOHON JAMBATAN KONKRIT

    PENDUDUK MOHON JAMBATAN KONKRIT

    Jambatan kayu ini terletak di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang merintangi Ulu Sungai Belemang dari Sungai Sagil.

    Jambatan ini merupakan nadi perhubungan penduduk kampung untuk ke kebun mereka bagi mencari nafkah harian.

    Keadaan jambatan ini agak uzur dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja. Permohonan telah diajukan kepada Wakil Rakyat dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk meminta peruntukan menggantikan jambatan kayu ini kepada jambatan konkrit.

    Permohonan demi permohonan diajukan, pertanyaan demi pertanyaan diluahkan, luahan juga disalurkan kepada media, namun hingga kini masih di takuk lama juga sedangkan jambatan kayu di kampung-kampung berhampiran telah diganti dengan jambatan konkrit malah yang tiada jambatan juga telah tersergam untuk digunakan.

    Adalah dipohon kepada pihak yang berkenaan agar memberikan perhatian kepada permasalahan ini, jangan sudah roboh dan berlaku tragedi baru hendak diberi perhatian.

    Luahan isi hati ini datangnya daripada seluruh penduduk kampung ini.

    LAHIRKAN RAMAI PAKAR TAFSIR AL-QURAN-MB

    Lahirkan ramai pakar tafsir al-Quran - MB


    ABDUL Ghani Othman bertanyakan sesuatu kepada salah seorang anak yatim yang menerima bantuan pada majlis penyampaian sumbangan sempena Hari Raya di Masjid Jamek Serom 3 di Muar, semalam.

    MUAR 20 Sept. - Kerajaan Johor sedang berusaha melahirkan lebih ramai pakar tafsir al-Quran di kalangan generasi muda di negeri ini untuk ditempatkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daerah.

    Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pakar-pakar tafsir itu akan berperanan mengajar dan melatih masyarakat di kawasan mereka supaya dapat memahami isi ayat-ayat suci al-Quran dengan tepat.

    Menurutnya, mereka yang berkelayakan dalam bidang al-Quran termasuk hafiz akan dihantar ke institusi pengajian tinggi terbaik sama ada di dalam atau luar negara bagi mendalami bidang itu.

    Katanya, kerajaan negeri berharap selepas mereka mendalami bidang berkenaan dalam tempoh empat hingga lima tahun, mereka akan dihantar ke setiap mukim, daerah atau DUN untuk mengajar penduduk di kawasan berkenaan.

    "Kerajaan Johor telah mula mengamalkan budaya membaca al-Quran di kalangan generasi muda sejak 12 tahun lalu, dan langkah melahirkan lebih ramai ahli tafsir al-Quran di negeri ini adalah kesinambungan daripada usaha memartabatkan kandungan kitab suci tersebut," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya kepada lebih 200 fakir miskin serta anak-anak yatim di Masjid Jamek Serom 3, Ledang dekat sini petang semalam.

    Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri dan Pegawai Daerah Ledang, Asmail Abdul Kadir.

    Pada majlis itu, Abdul Ghani turut merasmikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (Pekayil) yang bertujuan memberi perlindungan serta mengumpul dana bagi memelihara anak-anak yatim di daerah tersebut.

    Menurutnya, langkah melahirkan ramai pakar tafsir al-Quran itu adalah usaha kerajaan negeri bagi memahirkan tahap penguasaan kitab suci itu dari sudut bacaan, terjemahan dan tafsirnya.

    Katanya, ia juga merupakan satu langkah menyahut seruan Rasulullah S.A.W supaya umat Islam berpegang teguh kepada kitab suci al-Quran dan Sunnah baginda.

    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 SEPTEMBER 2008

    19 September 2008

    'MORDEN HOSPITAL NEEDED'

    'Modern hospital needed'

    TANGKAK is urgently in need of a modern hospital. Tangkak assemblyman Goh Tee Tee said the old Tangkak hospital, which was built in 1912, could not meet the needs of the people.

    He said seriously injured patients had to be referred to Sultanah Fatimah Specialist Hospital in Muar which is about an hour's drive away.

    "The hour-long journey could result in more harm and pain to the victims.

    "Many patients seek treatment at private hospitals in Malacca and Kuala Lumpur as the facilities in Tangkak hospital are inadequate.

    We need a modern hospital that can provide healthcare and treatment for patients in Kundang Ulu, Sagil, Grisik, Bukit Gambir, Serom and other rural villages in the district."

    He said the new hospital should be equipped with advanced equipment and technology.

    SOURCE: NEWS STRAITS TIMES, JOHOR BUZZ, 19 SEPTEMBER 2008

    18 September 2008

    MAJLIS PENYAMPAIAN BUNGKUSAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAERAH LEDANG

    Majlis Penyampaian Bungkusan Hari Raya kepada Anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan bagi Daerah Ledang di Masjid Jamek Serom 3, Ledang pada 18 September 2008.



















    SUMBER: MEDKOM JOHOR

    PESERTA FELCRA KUNDANG ULU TERIMA DIVIDEN RAYA

    Johor: Peserta Felcra Kundang Ulu terima dividen raya

    Oleh Junita Mat Rasid
    junita@bharian.com.my


    Pembayaran RM2,000 tahun ini meningkat sekali ganda

    MUAR: Seramai 290 peserta Felcra Projek Kundang Ulu, dekat sini, menerima dividen hari raya RM2,200 setiap orang, mencatatkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu sebanyak RM1,000.

    Selain itu, mulai bulan ini setiap peserta juga menerima dividen sebanyak RM1,500 sebulan berbanding permulaan hanya RM150 ketika Felcra kawasan itu dibuka pada 1974.

    Felcra Kundang Ulu yang terbabit dengan tanaman sawit seluas 1,071.86 hektar dibuka pada Julai 1974 dengan peserta mendapat hak milik tanah pada 22 Jun 2006 dan diuruskan oleh Syarikat Peserta Perladangan Kundang Sdn Bhd sejak 1 Mac 2007.

    Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyempurnakan majlis penyerahan dividen itu, semalam, berkata beliau kagum dengan pengurusan ladang Felcra berkenaan yang dijalankan secara tersusun dan produktif sehingga mampu memberikan hasil lumayan kepada setiap peserta Felcra itu, selain mendapat dividen khas untuk persiapan menyambut hari raya.

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua peserta supaya tidak menjual saham mereka dalam syarikat berkenaan kerana ia memberi jaminan pendapatan yang boleh diwarisi kepada anak cucu mereka.

    "Setiap tahun syarikat mampu memberikan dividen yang tinggi kepada peserta dan dijalankan secara berterusan. Saya juga bangga apabila dimaklumkan menjelang akhir tahun ini syarikat itu mampu memberikan pendapatan antara RM23,000 hingga RM26,000 kepada setiap peserta dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM27,000 pada tahun depan," katanya.

    Sementara itu, beberapa peserta Felcra Kundang Ulu yang ditemui, berterima kasih kepada pihak pengurusan dan kerajaan kerana memberikan dividen untuk meringankan mereka menyediakan persiapan menyambut hari raya tidak lama lagi.

    Ismail Hashim, 56, berkata beliau berbangga apabila dividen yang dicapai oleh syarikat meningkat berkali ganda berbanding tahun lalu dan ia sekali gus memberi rezeki yang lebih kepada setiap peserta.

    Beliau berkata, selain digunakan untuk persiapan menyambut hari raya, wang dividen itu juga boleh digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anaknya.

    "Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat yang memberikan dividen hari raya yang boleh membantu peserta tambahan lagi ketika harga barang keperluan yang semakin meningkat," katanya yang mempunyai lapan anak, termasuk dua yang masih belajar.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 18 SEPTEMBER 2008

    DAPAT DIVIDEN HARI RAYA

    Dapat dividen hari raya


    PESERTA Felcra Kundang Ulu diketuai Md. Rasip Rabikun (tiga dari kanan) bangga melihat replika cek bayaran dividen bulan Ogos dan sempena hari raya yang diterima mereka di Kundang Ulu, dekat


    MUAR 17 Sept. – Seramai 290 peserta Felcra Kundang Ulu dekat sini bersyukur kerana memperoleh dividen RM2,200 setiap keluarga, kelmarin.

    Kesemua mereka adalah pengusaha tanaman kelapa sawit seluas 1,071 hektar melalui sebuah syarikat Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd. sejak 1974.

    Dividen itu disampaikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Penyerahan Dividen Hari Raya di Dewan Serbaguna Felcra Kundang Ulu, dekat sini.

    Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan replika cek berjumlah RM1,073,000 kepada ketua peserta Felcra itu, Md. Rasip Rabikun.

    Ini merupakan dividen tertinggi diterima peserta Felcra berkenaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    Tahun lalu, setiap keluarga menerima dividen berjumlah RM1,000 dan kali ini, jumlah itu bertambah berdasarkan peningkatan keuntungan yang diperoleh syarikat Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd.

    Md. Rasip berkata, setiap peserta menerima wang tunai berjumlah RM500 seorang pada majlis penyampaian semalam dan bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun bank.

    “Selain dividen yang diterima sempena Hari Raya Aidilfitri, syarikat juga memberikan dividen bulanan mengikut nilai keuntungan syarikat dan untuk bulan Ogos, para peserta menerima sejumlah RM1,500.

    “Kami bersyukur kerana penubuhan koperasi syarikat Felcra ini banyak membantu para peserta meraih pendapatan tetap dan sebagai simpanan kami pada masa depan,” katanya.

    Ketika ini, syarikat koperasi peserta Felcra itu mengusahakan tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu bagi memperoleh keuntungan yang akan dikongsi bersama para peserta.

    Sementara itu, seorang peserta, Sulaiman Abdullah, 54, memberitahu, dividen itu akan digunakannya sebagai persiapan menyambut hari raya tidak lama lagi.

    “Saya berterima kasih kepada Felcra dan kerajaan kerana menubuhkan koperasi yang cekap bagi mengaut keuntungan yang mampu kami kongsi bersama,” katanya yang mempunyai enam orang anak.

    Bagi generasi kedua peserta Felcra, Jamhairi Md. Damin, 40, pula, ini merupakan kali kedua dia memperoleh dividen sempena hari raya selepas kematian bapanya.

    Sambil tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya, dia yang bekerja sendiri akan menggunakan dividen itu untuk keperluan hari raya dan simpanan.

    Bariah Sujak, 67, seorang usahawan produk industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Hujung Tambak turut bersyukur dengan pemberian dividen itu.

    “Bantuan ini dapat saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan cucu saya yang masih bersekolah,” katanya.

    Uminatin Jupani, 62, yang merupakan ibu tunggal pula menyifatkan bantuan dividen itu merupakan rezeki yang tidak ternilai bagi dirinya dan keluarga.

    Dia yang kehilangan suami sejak lebih 20 tahun lalu mempunyai empat orang anak akan menggunakan wang dividen itu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

    PESERTA DIINGAT JANGAN JUAL TANAH

    Peserta diingat jangan jual tanah


    Peserta Felcra (kiri) mendaftar nama bagi mendapatkan bayaran dividen hari raya di Kundang Ulu, dekat Muar, semalam.

    MUAR 17 Sept. - Peserta Felcra Kundang Ulu dekat sini yang menerima dividen sempena Hari Raya Aidilfitri, dinasihatkan tidak menjual tanah mereka semata-mata untuk mendapatkan keuntungan segera.

    Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, tanah di kawasan itu yang ditanam dengan pokok kelapa sawit mempunyai nilai yang tinggi dan berpotensi untuk dimajukan pada masa depan.

    Selain itu, katanya, langkah syarikat perbadanan koperasi di tanah tersebut yang mengusahakan ternakan lembu secara bersepadu menyebabkan pendapatan para peserta tidak akan terjejas.

    "Saya menggesa para peserta Felcra tidak mengambil tindakan terburu-buru untuk menjual tanah tersebut kerana ia mempunyai nilai yang tinggi beberapa tahun akan datang.

    "Sesiapapun tidak boleh menjangka bahawa kali ini peserta menerima dividen berjumlah RM2,200. Tidak mustahil, pada masa yang akan datang, nilai dividen yang diterima menjadi berlipat kali ganda," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dividen Hari Raya di Dewan Serbaguna Felcra Kundang Ulu, dekat sini semalam.

    Seramai 290 peserta Felcra menerima dividen berjumlah RM2,200 setiap keluarga daripada syarikat Perladangan Peserta Kundang Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak 1974.

    Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat, dan Pengurus Ladang Felcra Kundang Ulu, Mohd. Shariff Abdul Rahman.

    Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan replika cek dividen hari raya dan dividen untuk bulan Ogos berjumlah RM1,073,000 kepada ketua peserta Felcra itu, Md. Rasip Rabikun.

    Menurut Muhyiddin, semua peserta yang mewarisi tanah itu melalui generasi pertama mereka diharap dapat menjaga tanah kurniaan kerajaan itu sebaik mungkin kerana peluang untuk mendapat tanah pada masa depan adalah sukar.

    Katanya lagi, skim memajukan tanah pertanian menerusi Felcra telah berjaya membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat menerusi pemberian dividen sebelum tanah tersebut menjadi hak milik mereka.

    "Peserta perlu ingat bahawa tanah yang ada itu adalah bekalan untuk generasi masa depan mereka sebagaimana pengorbanan generasi mereka terdahulu yang menjaga tanah itu untuk kesenangan mereka sekarang," jelasnya.

    SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008

    17 September 2008

    TOMATO TERTERA KALIMAH ALLAH

    TOMATO TERTERA KALIMAH ALLAH

    Oleh Jamaludin Husin
    GANJIL...urat tomato menggambarkan kalimah Allah.

    MUAR: Seorang guru agama, Miskiah Mesral, 33, dari Kampung Parit Haji Idris, Bukit Gambir di sini, terkejut apabila mendapati urat isi buah tomato yang dibelahnya untuk memasak ikan asam pedas, menyerupai kalimah Allah.

    Dia membeli tomato itu dari sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya dan terkejut apabila mendapati sebelah saja urat buah itu menyerupai kalimah Allah, manakala sebelah lagi berkeadaan biasa.

    "Selepas terkejut dan kagum dengan keadaan isi tomato itu, saya menunjukkannya kepada ahli keluarga bagi menjelaskan gambaran kalimah itu tanda kebesaran Allah," katanya, kelmarin.

    Miskiah berkata, bagi meyakinkan penemuannya itu, dia membawa tomato berkenaan ke sekolah tempat dia bertugas iaitu di Sekolah Agama Sagil Kampung, di sini, supaya dapat disaksikan rakan setugas dan muridnya.

    Katanya, tindakan itu bertujuan bagi mendapatkan kepastian sama ada urat tomato yang dibelahnya itu benar-benar menggambarkan kalimah Allah.

    "Selepas menyaksikannya secara dekat, mereka mengakui urat buah itu menggambarkan kalimah Allah. Saya bersyukur dan kagum dengan kebesaran Ilahi yang menunjukkan keagungan-Nya dan kini menyimpan buah itu di dalam peti sejuk," katanya.

    SUMBER: HARIAN METRO, 19 APRIL 2008

    16 September 2008

    BAZAR BUKIT GAMBIR CATAT JUALAN RM30,000 SEHARI

    Johor: Bazar Bukit Gambir catat jualan RM30,000 sehari

    Oleh Junita Mat Rasid
    junita@bharian.com.my


    ABDUL RAHMAN (kiri) dan Pegawai Fama Muar, Abd Malek Ramli (dua kiri) melihat ayam percik Johor yang dijual di Bazar Ramadan Pasar Tani Fama Bukit Gambir.

    MUAR: Bazar Ramadan Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Bukit Gambir, dekat sini, berjaya mencatatkan purata jualan kira-kira RM30,000 dengan dikunjungi lebih 1,000 orang setiap hari.

    Pengarah Fama Johor, Abdul Rahaman Suleiman, berkata bazar yang menjadi tradisi Fama itu menyediakan kemudahan kepada peserta untuk menjual pelbagai makanan dan minuman sepanjang Ramadan.

    Katanya, pada tahun ini, seramai 53 peserta berniaga di gerai yang disediakan pihaknya di perkarangan pasar tani itu, selain turut menempatkan peniaga di dalam pasar berkenaan.

    "Setiap tahun, bazar itu mendapat sambutan menggalakkan dan tahun ini kita juga mencatatkan peningkatan hasil jualan apabila setiap hari nilai jualan yang diperoleh menjangkau RM30,000 dengan purata lebih 1,000 orang mengunjunginya sehari," katanya ketika ditemui selepas melawat bazar itu, di sini, semalam.

    Abdul Rahman berkata, kedudukan pasar itu di lokasi strategik juga menjadikannya tumpuan orang ramai, termasuk bukan Islam untuk membeli pelbagai juadah, termasuk pelbagai makanan dan minuman yang sukar diperoleh pada bulan lain.

    Selain itu, beliau berkata, pasar itu juga menyediakan kawasan yang selesa untuk orang ramai dengan turut dilengkapi surau, tandas dan tempat letak kereta, selain anggota Rela turut ditempatkan untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas.

    "Kami sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan peniaga menjaga kebersihan makanan dan pada masa yang sama menjual makanan berkualiti dengan harga yang berpatutan," katanya.

    Selain bazar di Bukit Gambir itu, Abdul Rahman berkata, dua lokasi pasar tani yang dijadikan pusat jualan bazar Ramadan yang turut mendapat sambutan menggalakkan adalah Pasar Tani Mega Larkin di Johor Bahru dan Pasar Tani Bukit Pasir di Muar.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 16 SEPTEMBER 2008

    15 September 2008

    TANAH DITEROKA TANPA PENGETAHUAN

    Johor: Tanah diteroka tanpa pengetahuan

    Oleh Jamaludin Husin


    TANAH kerajaan berdekatan kawasan Felcra Kundang Ulu yang diterokai penduduk tempatan kini berpindah milik kepada bukan peneroka asal sejak sebulan lalu.

    Penduduk dakwa pengurniaan langgar prosedur berikutan tiada pengumuman

    MUAR: Keputusan kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah kerajaan seluas kira-kira 80 hektar berdekatan kawasan tanah Felcra Kundang Ulu, dekat sini kepada 65 individu termasuk penduduk luar kawasan, bulan lalu, mengecewakan penduduk kampung sekitar Bukit Serampang dan Kundang Ulu yang tidak mempunyai tanah.

    Pengurniaan itu juga turut mengejutkan pemimpin akar umbi terutama ketua Umno cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang.

    Mereka mendakwa, pengurniaan itu melanggar prosedur pihak jabatan kerana tiada sebarang pengumuman dibuat Pejabat Tanah Daerah (PTD) bagi membolehkan penduduk tempatan yang tidak mempunyai tanah mengemukakan permohonan.

    Ketua cawangan Umno Kampung Parit Medan, Solihan Badri, mendakwa tanah itu diterokai penduduk kampung sekitar Bukit Serampang dan Kundang Ulu yang tidak mempunyai tanah sejak 1970 bagi menambah pendapatan.

    Bagaimanapun, katanya, peneroka terbabit terkejut apabila tanah yang mereka bangunkan dengan tanaman getah dan kelapa sawit itu, diagihkan kepada individu lain termasuk mereka yang tinggal di luar kawasan sejak sebulan lalu.

    Beliau berkata, pengagihan tanah itu juga tidak pernah dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Mohamad Taat,

    "Kami difahamkan mereka yang dikurniakan tanah itu mendapat agihan seluas 1.2 hektar tiap seorang dan sudah membayar premium melalui Borang 5A PTD, bulan lalu.

    "Keadaan itu mengejutkan peneroka yang mengusahakan tanah itu kerana mereka kini berputih mata apabila tanah yang dibangunkan itu diberikan kepada orang lain," katanya, di sini, kelmarin.

    Solihan berkata, pihak PTD seharusnya memaklumkan pengagihan tanah itu kepada Adun, kerana tanah itu sudah diusahakan penduduk dalam kawasan DUN berkenaan.

    Beliau berkata, ia kerana keluasan tanah itu yang melebihi 12 hektar itu memerlukan pengumuman PTD kepada penduduk yang layak membuat permohonan secara terbuka.

    "Tanah kosong yang diterokai penduduk tempatan itu adalah sebahagian tanah Felcra Kundang Ulu seluas kira-kira 1,000 hektar diusahakan penduduk sejak 1970," katanya

    Ketua cawangan Umno Kundang Ulu, Nasir Md Piah turut terkejut dengan perkembangan itu dan berharap pihak kerajaan dapat menyiasat pengurniaan tanah yang sudah diterokai penduduk tetapi diserahkan kepada pihak lain.

    Beliau mendakwa, pengurniaan tanah itu tidak telus dan mengelirukan orang ramai khususnya penduduk tempatan selaku peneroka asal tanah berkenaan.

    "Ia kerana mereka sebelum ini sudah memerah keringat dan mengeluarkan perbelanjaan bagi membangunkan tanah itu tetapi pihak lain yang menikmati hasilnya," katanya.

    Tinjauan mendapati kawasan yang diterokai itu ditanam dengan kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil dan kedudukannya di tepi jalan Kundang Ulu ke Bukit Serampang.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 15 SEPTEMBER 2008

    13 September 2008

    SANGGUP BERATUR LAMA BELI AIR SOYA

    Johor: Sanggup beratur lama beli air soya

    Oleh Junita Mat Rasid
    junita@bharian.com.my


    DAPAT SAMBUTAN: Orang ramai sanggup beratur seawal jam 4 petang untuk membeli air soya di Bazar Ramadan Tanjung Agas, Muar.

    Pengunjung bertumpu seawal jam 4 petang

    MUAR: Setiap kali Ramadan, gerai air soya milik Jamaluddin Abdul Wahab di Bazar Ramadan Tanjung Agas, sentiasa mendapat tempat penggemarnya apabila mereka sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli air soya itu.

    Setiap hari sepanjang Ramadan, Jamaluddin, 43, yang mula berniaga air soya sejak hampir 20 tahun, mampu menjual kira-kira lapan tong besar air soya dan lima tong taufu.

    Malah, berikutan keadaan orang ramai yang mengerumuni gerai itu seawal jam 4 petang menyebabkan gerai itu terpaksa diletakkan di laluan berhadapan pasar dan jauh dari gerai lain bagi mengelak ia menghalang gerai bersebelahan.

    Jamaluddin dengan bantuan dua pekerja biasanya menjual air soya seminggu sekali iaitu di pasar malam tetapi pada Ramadan beliau menjual setiap hari di pasar berkenaan.

    Selain itu, Jamaluddin turut mendapat tempahan dalam kuantiti yang banyak daripada orang ramai, termasuk jabatan kerajaan dan swasta.

    Ditanya keistimewaan air soya sehingga setiap hari gerainya dipenuhi pelanggan, Jamaluddin berkata, hanya mereka yang pernah merasai sendiri air soya itu tahu keenakan dan kelebihannya berbanding air soya lain.

    "Tanyalah pelanggan yang membeli air soya ini tetapi daripada maklum balas yang saya terima, rasanya yang lemak manis dan tidak mudah basi itu disukai orang ramai," katanya yang berahsia mengenai bahan yang digunakan.

    Sementara itu, orang ramai yang ditemui mengakui keenakan air soya itu tidak dapat ditandingi di tempat lain berikutan ia mempunyai rasa yang asli, pekat dan lemak manis, selain lambat basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.

    Ismail Abd Rahman, 43, berkata, hampir setiap hari beliau sekeluarga akan beratur untuk membeli tiga bungkus air soya yang dijual pada harga RM2.50 sebungkus, 50 sen lebih mahal berbanding tahun lalu.

    SUMBER: BERITA HARIAN, 12 SEPTEMBER 2008

    COWS ALLOWED TO GRAZE IN DANGER PLANTATION AGAIN

    Cows allowed to graze in danger plantation again

    MUAR: A herd of 600 cows that had to be moved out of a plantation near Grisek last week after plantation workers used weed killer to control undergrowth have returned to the plantation.

    Cattle owner Barnin Sawo said the plantation management called him several days ago and asked him to bring the cattle which he had moved to Felcra Kundang Ulu.

    He said the management assured him that plantation workers would not use weed killer again in the plantation, especially near where the cows were confined.

    “I am very grateful to the management.”

    The 600 cows, of Brahman stock, need at least 500ha of grassland to graze and the plantation has more than enough grassland, he said when releasing the animals in the plantation yesterday.

    Barnin said the Muar Veterinary Department deployed three trucks and sent several officers to assist him relocate the animals from Kundang Ulu to Grisek.

    He said although relocating the herd was tiring, and was dangerous for the cows, he had to do it as the animals needed a large roaming and grazing area.

    He said the cows, including about 300 heads belonging to the Muar Veterinary Department, are being reared under an integrated cattle farming project with the plantation.

    SOURCE: THE STAR, 13 SEPTEMBER 2008

    12 September 2008

    AMANAT TUNKU SEGAR DI INGATAN

    Amanat Tunku segar di ingatan

    Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

    ALIAS Abdul Ghani menunjukkan plak anugerah Tokoh Kemerdekaan dan dua buah kitab Sirah Salikin yang diterima kepada isterinya, Hasnah Yusof di rumah mereka di Serom 2, Muar, baru-baru ini.
    MUAR 11 Sept. - Mendengar amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika berkempen untuk memperoleh kemerdekaan adalah satu-satunya kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seorang guru agama, Alias Abdul Ghani.

    Warga emas berusia 83 tahun itu begitu bersemangat ketika ditemui di rumahnya di Serom 2, di sini bagi menceritakan pengalamannya menyertai ceramah Tunku Abdul Rahman di kampungnya itu, beberapa tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lalu.

    "Meskipun saya tidak ingat bila tarikh lawatan Tunku ke kampung ini, tetapi saya masih ingat antara inti pati ucapannya menyeru penduduk Tanah Melayu supaya bersatu menuntut kemerdekaan, selepas berjaya menentang Malayan Union.

    "Pertama kali saya melihat Tunku dari dekat, saya tertarik dengan penampilannya yang biasa, malah Tunku seorang yang mudah mesra dengan rakyat walaupun beliau adalah pemimpin berdarah raja," katanya.

    Alias yang merupakan bekas imam dan kini mengajar agama secara sukarela, menceritakan detik-detik kedatangan Tunku ke Serom yang disambut hampir 1,000 penduduk kawasan itu.

    Kedatangan Bapa Kemerdekaan negara itu adalah dalam rangka lawatannya ke seluruh tanah air bagi meniup semangat kemerdekaan kepada penduduk, khususnya bagi membebaskan diri daripada cengkaman British.

    Malah, Alias sendiri tidak dapat melupakan betapa bangganya penduduk di kampung itu menyambut kedatangan Tunku.

    Sebelum ini, katanya, Serom pernah menerima kunjungan pejuang tanah air, Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang datang untuk menarik sokongan penduduk bagi menentang Malayan Union pada tahun 1948.

    Baginya, Tunku adalah seorang pemimpin yang hebat kerana tidak mementingkan mutu pakaiannya meskipun beliau seorang pemimpin.

    "Saya ingat lagi, ketika itu, beliau memakai baju Melayu serta bersampin, tetapi pakaiannya, tidak mewah dan biasa malah ada lagi rakyat lain yang lebih mahal pakaiannya.

    "Tetapi semua itu bagi Tunku tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dan ciri-ciri inilah yang menarik minat saya untuk turut bersama dalam pertubuhan," jelasnya.

    Alias baru-baru ini menerima anugerah Tokoh Kemerdekaan peringkat Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom daripada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 negara peringkat DUN tersebut.

    Bergiat aktif dalam UMNO sebaik sahaja ditubuhkan pada tahun 1946, Alias merupakan antara generasi muda ketika itu yang menyertai perjuangan pemimpin kawasan Serom iaitu Allahyarham Ali Omar dan Allahyarham Long Gendut.

    "Sebut sahaja nama kedua-dua mereka, pasti penduduk sekitar Serom akan kenal mereka ini. Dengan ahli hanya seramai 200 orang, saya menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dengan tunjuk ajar kedua-dua pemimpin kawasan ini.

    "Sebagai penduduk Tanah Melayu ketika itu, kami sering berfikir, apakah nasib generasi masa depan sekiranya kita masih dijajah oleh pemerintah Barat," jelasnya.

    Untuk itu, kata Alias, dia dan rakan-rakan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kawasan itu dengan segala kudrat yang ada.

    Katanya, ketika UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, ramai di kalangan ahlinya berkeyakinan bahawa suatu hari kelak, Tanah Melayu mampu bebas daripada penjajah, namun ramai di antara mereka tidak tidak mengagak bahawa tempoh itu hanya 11 tahun selepas UMNO ditubuhkan.

    Selepas mengecap kemerdekaan, Alias berhijrah ke Brunei untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama selama 25 tahun di negara terbabit.

    Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Hasnah Yusof, 75, kembali ke tanah air pada tahun 1982 dan mempunyai seramai sembilan orang anak serta 55 orang cucu.

    Disebabkan beliau lama meninggalkan tanah air, banyak kenangan dan catatan penting Alias yang tidak lagi berada dalam simpanannya, namun sebahagian besar perjuangan itu masih terpahat dalam ingatan.

    "Sebagai generasi yang pernah merasai suasana sebelum merdeka, saya berharap agar anak-anak muda di negara ini dilengkapi dengan ilmu agama kerana ia dapat membantu mengukuhkan tahap keimanan dan kekuatan minda mereka agar kita tidak lagi dijajah," jelasnya.

    Sumber: Utusan Malaysia, 12 September 2008