PENGUNJUNG SETIA

02 September 2008

60 KONTINGEN SERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

60 KONTINGEN SERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PATRIOTISME...Hoo (empat dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

TANGKAK: Kira-kira 60 kontingen menyertai perarakan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Daerah Ledang di Dataran Ledang, di sini, Ahad lalu.

Kontingen disertai beberapa jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pelajar sekolah menengah, badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota pasukan berpakaian seragam di daerah Ledang.

Majlis sambutan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang, selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Hadir sama, Pegawai Daerah Ledang, Hj Asmail Abd Kadir; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee dan Adun Bukit Serampang, Tahir Md Taat.

Acara dimulakan dengan perarakan peserta kontingen bermula dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tangkak ke Dataran Ledang bermula jam 8 pagi.

Selepas menerima tabik hormat daripada peserta kontingen, Hoo membacakan amanat Menteri Besar diikuti beberapa persembahan termasuk membaca sajak, koir, seni silat sendeng dan pancaragam.

Sempena majlis itu, Hoo melepaskan 51 burung merpati dan 51 belon sebagai tanda simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tahun sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
SUMBER: HARIAN METRO, 2 SEPTEMBER 2008

Tiada ulasan: