PENGUNJUNG SETIA

03 September 2008

AHMAD LEPAS KUOTA LAWAN TIMBALAN KETUA

Johor: Ahmad lepas kuota lawan Timbalan Ketua


MUAR: Timbalan Ketua Umno Cawangan Kesang Laut, Datuk Ahmad Md Yassin, 49, disahkan layak bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu, bulan depan.

Beliau yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan itu atas permintaan ahli peringkat akar umbi, menerima 45 pencalonan, sekali gus melepasi syarat kuota pencalonan 15 peratus, selepas 126 cawangan Umno bahagian itu selesai mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing, minggu lalu.

Ahmad berkata, pencalonan diterimanya itu menterjemahkan hasrat ahli parti peringkat bawahan yang mahukan perubahan bagi memantapkan lagi perpaduan Umno di bahagian itu.


"Selepas memenuhi syarat kuota ditetapkan iaitu 15 peratus daripada jumlah cawangan dalam bahagian itu, saya mengambil keputusan bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang dalam mesyuarat perwakilan bahagian nanti.

“Pertandingan itu juga selaras dengan amalan demokrasi sihat dalam setiap kali pemilihan jawatan di semua peringkat sama ada Pemuda, Wanita dan bahagian," katanya, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pemilihan perwakilan Umno bahagian itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara beliau dan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, yang mempertahankan jawatan berkenaan selepas menerima 81 pencalonan.

Ahmad, anak jati Kampung Kesang Laut, memiliki Ijazah Kejuruteraan Awam dari universiti di Amerika Syarikat pada 1986, pernah menjawat jawatan penting dalam sektor awam selama 10 tahun, sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada 1997.

Sumber: Berita Harian, 3 September 2008

Tiada ulasan: