PENGUNJUNG SETIA

23 Februari 2009

CEDERA LANGGAR LEMBU

MUAR: Lima beranak bernasib baik apabila hanya cedera selepas Perodua Kancil dinaiki mereka melanggar seekor lembu dalam kemalangan di Baru 15, Jalan Muar-Tangkak di sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Muar untuk melawat kenalan di Tangkak.

Sumber berkata, ibu bapa dan seorang anak lelaki berusia empat tahun diberikan rawatan di Hospital Tangkak manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun diberikan rawatan lanjut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hanya menerima rawatan pesakit luar.

Katanya, akibat pelanggaran itu, bahagian depan kereta itu remuk dan cermin pecah sebaik melanggar lembu yang dipercayai melintas jalan raya menyebabkan ternakan itu akhirnya mati.

“Mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Muar melawat kenalan di Tangkak dan semua mangsa dihantar orang awam ke Hospital Tangkak.

“Kawasan kejadian memang gelap dan pemandu kereta berkenaan tidak menyangka kemunculan lembu di tengah jalan raya menyebabkannya gagal mengelak, sebaliknya merempuh haiwan itu,” katanya.

Menurutnya, lokasi kejadian berhampiran kawasan perindustrian dan sekumpulan pekerja warga Indonesia membantu menarik dan mengalihkan lembu yang tumbang di tengah jalan raya bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

SUMBER: HARIAN METRO, 23 FEBRUARI 2009

1 ulasan:

BLOG GENERASI FELDA berkata...

Assalamualaikum,
Blog ini telah disenaraikan di blog generasi felda, oleh itu adalah diharapkan agar INFO LEDANG dapat memberikan pandangan yg berguna kpd generasi felda umumnya diseluruh negara .
sekian terima kasih .