PENGUNJUNG SETIA

17 April 2013

20 IKRAR BN JOHOR MENERUSI MANIFESTO PRU-13, MENSEJAHTERAKAN RAKYAT

1. MENINGKATKAN PENYEDIAAN PERUMAHAN DAN RUMAH MAMPU MILIK UNTUK RAKYAT

- Menyelesaikan baki penempatan 3,800 keluarga setinggan yang sudah dikenal pasti di Johor Bahru.

- Menyelesaikan baki 14 projek perumahan terbengkalai.

- Membina lebih 5,000 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk penempatan setinggan dan golongan berpendapatan rendah.

- Membina sekurang-kurangnya 1,700 unit rumah di bawah Perumahan Komuniti Johor berharga RM42,000 hingga RM80,000 seunit.

- Membina lebih 6,000 unit Rumah Mampu Milik Johor berkeluasan 1,000 hingga 1,200 kaki persegi dengan harga antara RM120,000 hingga RM220,000 sekitar Iskandar Malaysia.

- Menyediakan 25,000 unit rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Iskandar Malaysia.

- Menyediakan skim perumahan pekerja ladang menerusi syarikatsyarikat berkepentingan kerajaan.

- Meneruskan Program Bantuan Rumah dengan membina rumah baru dan membaik pulih lebih 2,000 unit lagi rumah berdasarkan keperluan dalam sistem E-Kasih. Terbukti sebanyak 1,800 rumah sudah dibina dan 1,000 rumah dibaik pulih sejak 2008.

2. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN

- Rebat bil air kepada golongan miskin tegar diteruskan dan air percuma diteruskan, masingmasing 10 dan 20 meter padu pertama penggunaan seisi rumah.

- Memperluas Program Bantuan Makanan membabitkan lebih 300 golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM400,000.

- Membangunkan pasar komuniti dan hab pemasaran untuk pasaran petani, penternak, nelayan dan usahawan tani.

- Menggalak dan membimbing petani dan nelayan menceburi bidang industri hiliran yang berkaitan.

- Mengupaya kemampuan berdikari golongan berpendapatan rendah terutama ibu tunggal dan orang kelainan upaya melalui program peningkatan sosioekonomi.

- Melaksanakan program pembangunan sosioekonomi secara inklusif bagi masyarakat Orang Asli melalui pembabitan secara aktif dalam pembangunan yang direncanakan.

- Membina lebih banyak ruang niaga untuk peniaga kecil dan penjaja di Iskandar Malaysia serta pusat pertumbuhan di seluruh negeri.

3. MEMPERKASA USAHA MEMBENTUK MASYARAKAT BERILMU,MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

- Meneruskan agenda bagi menyediakan lebih banyak peluang pendidikan sepanjang hayat.

- Menjadikan Johor sebagai sebagai hab pengajian tinggi utama menerusi bandar pendidikan di Nusajaya, Pagoh dan Pasir Gudang dengan menarik lebih banyak kemasukan institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa yang berkualiti.

- Menaikkan taraf kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), termasuk Kolej Komuniti bagi menampung keperluan sektor ekonomi yang dibangunkan di negeri Johor.

- Memperbanyakkan sekolah aliran kemahiran atau vokasional.

- Meluaskan Program Tuisyen kepada golongan sasaran sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.

- Meluaskan capaian internet jalur lebar kepada lebih 1,000 sekolah.

4. MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KEJIRANAN

- Meluaskan lagi Program Bandar Selamat melalui pemasangan 2,000 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dikawal secara berpusat.

- Menambah bilangan anggota keselamatan di kawasan strategik.

- Meningkatkan kekerapan rondaan menerusi Unit Peronda Bergerak dan Skuad Bermotor.

- Meluaskan pelaksanaan Program Polis Komuniti dan Community Alerts.

- Menggalakkan Skim Rondaan Sukarela bersama polis di kawasan kejiranan.

- Mewujudkan sistem pentadbiran kejiranan di bandar.

5. MEMPERKUKUH DAN MENGEMBANGKAN SYIAR ISLAM

Menerus dan memperkasakan lagi Program Membudayakan al-Quran.

- Membangunkan lagi pusat pengajian al-Quran.

- Memastikan pembinaan masjid seiring dengan keperluan pertambahan penduduk Islam.

- Menyiapkan 121 sekolah agama Johor demi keselesaan lebih 200,000 pelajar.

- Melaksanakan kenaikan pangkat guru agama secara time base

6. MEMBINA DAN MENAIK TARAF JALAN UTAMA DAN JALAN KAMPUNG

Membina dan menaik taraf rangkaian jalan utama termasuk di Jalan Segamat-Tangkak dan Jalan Pesisir Pantai Kota Tinggi-Mersing.

- Meneruskan usaha menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang sebagai tambahan, daripada peruntukan RM150 juta yang sudah dilulus dan sedang dilaksanakan.

- Menaik taraf lebih 1,000 kilometer jalan kampung dengan kos RM150 juta dalam tempoh tiga tahun.

- Menyelenggara lebih 5,000 kilometer jalan kampung dengan kos lebih RM36 juta.

- Pemasangan lebih 18,000 lampu jalan kampung secara berperingkat.

7. MENGURNIAKAN HAK MILIK TANAH KEPADA RAKYAT
- Mengurniakan hak milik tanah kepada baki 8,000 peneroka di 11 rancangan FELDA di Johor.

Hak milik tanah kepada 17,948 peneroka di 42 tanah rancangan sudah dikurniakan.

- Menyelesaikan pengurniaan hak milik baki 838 plot tanah di kampung-kampung baru.

- Sebanyak 21,432 plot tanah iaitu lebih 95 peratus sudah diselesaikan.

8. MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI YANG TINGGI DAN MAPAN

- Menjadikan seluruh Johor destinasi pelaburan yang berterusan dan bersaiz besar untuk terus menjamin pertumbuhan ekonomi pada paras tinggi.

- Membangunkan Pengerang sebagai hab petrokimia terbesar di Asia Pasifik pada 2017.

- Merealisasikan Iskandar Malaysia wilayah ekonomi terpesat di rantau ini.

9. MEWUJUDKAN LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN

- Mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, industri kreatif, kesihatan, logistik, pembuatan, makanan, peruncitan, pelancongan dan kewangan di Iskandar Malaysia menjelang 2018.

- Menyediakan lebih 40,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang melalui pembangunan projek hab petrokimia di Pengerang.

- Memberi latihan kemahiran kepada anak tempatan di Pengerang dan Iskandar Malaysia dalam bidang berkaitan di keduadua kawasan pertumbuhan.

- Memastikan peluang lebih luas kepada kontraktor tempatan untuk mengambil bahagian di kedua-dua kawasan kegiatan ekonomi.

10. MENGGALAKKAN LAGI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

- Mempergiatkan peranan dan keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana supaya lebih berdaya saing. Sektor ekonomi yang dikenal pasti adalah sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan kreatif serta sektor pembuatan seperti industri elektrik, elektronik dan petrokimia.

- Selain itu, pembangunan sektor pembuatan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) di luar daerah Johor Bahru akan terus dijalankan, termasuk industri perabot di utara Johor.

11. MEMPELBAGAIKAN STRUKTUR EKONOMI DALAM BIDANG BARU
- Meneroka dan memperluaskan kegiatan ekonomi dalam bidang seperti industri kreatif, perkhidmatan, pendidikan, kesihatan pelancongan dan pengangkutan.

- Meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran makanan dengan membangunkan kawasan tanaman kontan dan ternakan di Mersing dan Kota Tinggi.

- Membangunkan Tanjung Leman dan Desaru serta kepulauan di Mersing sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa sekaligus mempertingkatkan sosioekonomi rakyat.

12. MENAIK TARAF SISTEM TEBATAN BANJIR

- Menaik taraf sistem pengairan dan saliran di tempat strategik bagi mengurangkan masalah bencana banjir di Johor Bahru, Muar, Segamat, Mersing, Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang.

- Mengurangkan risiko banjir kilat dengan menyelenggara sistem perparitan.

13. MEMBANGUNKAN PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR DAN PEKAN

- Menyediakan pengangkutan awam bersepadu, mesra rakyat dan cekap di bandar seperti sistem komuter dan Bus Rapid Transit (BRT).

- Menaik taraf infrastruktur di Muar, Batu Bahat dan Nusajaya yang terbabit secara langsung dengan pembangunan perkhidmatan High Speed Rail (HSR) Singapura-Kuala Lumpur.

- Meningkatkan kecekapan perkhidmatan kereta api menerusi pembinaan projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru.

14. MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DI BANDAR

- Menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya bertaraf antarabangsa, tanpa mengenepikan keunikan identiti, jati diri dan keharmonian masyarakat berbilang kaum melalui pelaksanaan Program Transformasi Johor Bahru 2015.

- Memastikan pembangunan yang terancang dengan kemudahan prasarana lengkap serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di bandar utama di Johor.

15. MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

- Meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Kerajaan Tempatan 2018.

- Meningkatkan penyelenggaraan sistem perparitan di kawasan komersil dan perumahan.

- Meninggikan kualiti jalan dalam kawasan perumahan

- Memantapkan pengurusan sisa pepejal, kebersihan dan keindahan.

16. MEMULIHARA ALAM SEKITAR

- Memastikan pemeliharaan lebih 500,000 hektar kawasan hutan di Johor.

- Mengekalkan kesalinghubungan biodiversiti di Central Forest Spine (CFS) iaitu tulang belakang kawasan hutan demi kemudahan pergerakan haiwan di Hutan Simpan Kekal Endau Rompin.

- Meningkatkan pemeliharaan tapak-tapak RAMSAR di seluruh negeri dan mengekalkan kawasan rizab hutan.

- Menjamin alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam sentiasa terpelihara menerusi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan di bawahnya, dalam pembangunan hab petrokimia di Pengerang seperti mana EIA terperinci yang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar.

- Memperkemaskan lagi langkah pemulihan ekologi di kawasan kepulauan di Mersing dan pencegahan hakisan di pantai daerah Pontian khususnya Tanjung Piai dan Pulau Kukup.

- Meningkatkan kualiti air sungai utama di Johor Bahru melalui pelaksanaan kerja pembersihan dan menaik taraf sungai disertai dengan program kemasyarakatan yang komprehensif dan inklusif.

- Meningkatkan kualiti air di loji pembersihan sebagai jaminan bekalan air bersih.

- Mewujudkan lebih banyak hutan Bandar di kawasan pesat membangun di Kulaijaya, Nusajaya dan bandaraya Johor Bahru menerusi kerjasama dengan pihak pemaju.

17. MENINGKATKAN KERJASAMA KERAJAAN DENGAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
- Membantu kegiatan NGO dalam pelbagai bidang, termasuk agama, sukan, alam sekitar, kesihatan dan lain-lain.

- Meluaskan kerjasama kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi melaksanakan kerja komuniti dengan cekap dan berkesan.

- Mensyaratkan pemaju perumahan menyediakan tapak rumah ibadat (kuil, tokong, gereja dan sebagainya).

18. MENYEMARAKKAN KEGIATAN BUDAYA
- Menyemarakkan budaya Johor menerusi penubuhan kumpulan kebudayaan yang mencakupi semua masyarakat berbilang bangsa.

19. MENGUPAYA PERGERAKAN BELIA, MENYEMARAK KEGIATAN SUKAN

- Membangunkan infrastruktur sukan secara menyeluruh di daerah untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat.

- Mempertingkatkan penganjuran kegiatan sukan peringkat mukim dan daerah.

- Membangunkan kemudahan sukan sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2018.

- Menyegarkan kegiatan belia mengikut bidang kegemaran.

- Melahirkan atlet berprestasi tinggi.

- Menyegarkan kegiatan belia mengikut bidang kegemaran.

- Menyediakan peluang latihan kemahiran bagi membolehkan belia meningkatkan nilainya di pasaran kerjaya.

20. MEMASTIKAN PERKHIDMATAN KERAJAAN YANG CEKAP,EFISIEN DAN BERKESAN
- Menambah baik proses kerja dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara meluas.

- Memperkukuh sistem integriti kerajaan menerusi usaha mempertingkat dan memperbaiki proses kerja bagi menutup ruang berlakunya rasuah dan penyelewengan.

- Menarik minat pelbagai kaum menyertai sektor awam.

SUMBER: BH JOHOR, 17 APRIL 2013

Tiada ulasan: