PENGUNJUNG SETIA

04 April 2013

PARIT KASSAN TIADA TANDINGAN

Pasukan Parit Kassan FC (jersi biru) bergambar bersama pasukan Universiti Malaysia Pahang FC sebelum perlawanan dimulakan.
 
Oleh Hai Rozzaman Jalal


Ledang: Pasukan Parit Kassan FC berjaya menumpaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) FC, 5-2 pada perlawanan persahabatan bolasepak sempena Program Kejuruteraan Komuniti Ledang 2013 (KKL2013), baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan itu anjuran Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (PERKASA) diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kasan, Bukit Gambir.

Pengarah program Khairull Azman Saleh berkata, perlawanan persahabatan itu bertujuan menjalin semangat kesukanan antara belia kampung itu dengan pelajar UMP yang menjalankan program khidmat masyarakat selama tiga hari.

Katanya, selain memupuk semangat bersukan ia turut menjalin hubungan persahabatan kedua-dua pihak.

Pada perlawanan itu, Parit Kassan FC selaku tuan rumah menyumbat dua gol pada babak pertama, manakala tiga gol lagi diperoleh dalam aksi separuh masa kedua.

Pada saat akhir permainan, pasukan UMP FC berjaya melepasi gawang lawan dengan menjaringkan dua gol.

Khairull Azman berkata, selain perlawanan persahabatan bolasepak, pelajar UMP turut mengadakan program sukaneka bersama murid SK Parit Kasan.

Sementara itu, Ketua pasukan Parit Kassan FC Mohamad Farhan Mohd Janis berkata, perlawanan persahabatan bola sepak itu dapat memberi maklumat berfaedah kepada golongan belia di kampungnya yang menjadikan aktiviti itu sebagai sukan riadah setiap petang.

SUMBER: HARIAN METRO, 04 APRIL 2013

Tiada ulasan: