TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

08 April 2013

WUJUDKAN LEBIH BANYAK PASAR TANI BANTU PENIAGA KECIL

LEDANG 7 April - Lebih banyak pasar tani kekal perlu diwujudkan di negeri ini dalam usaha membantu peniaga kecil meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil pertanian mereka. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, mereka perlu ditempatkan di bawah satu bumbung dengan konsep pasar tani runcit setiap minggu bagi memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini, pasar tani sedemikian dengan bangunan kekal hanya terdapat di Bandar Bukit Gambir dekat sini, yang beroperasi setiap hari untuk keperluan penduduk setempat dan pengunjung luar.

“Di pasar tani seperti ini, peniaga tidak perlu berurusan dengan pemborong. Konsep seperti ini amat menguntungkan berbanding berurusan dengan orang tengah yang biasanya mengaut keuntungan lebih. 

“Cara ini dapat membangunkan sistem pemasaran yang cekap dan telus," katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Pasar Tani Kekal FAMA Bukit Gambir di Bangunan Pasar Tani Borong Bukit Gambir, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir berkata, kejayaan pasar tani di Bukit Gambir itu kini terserlah selepas bangunan dengan kos RM8 juta yang dibina pada 2008 kini menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu.

Tambahnya, kewujudan pasar tani harian di sebuah bangunan kekal tidak akan merugikan atau berdepan risiko pasaran kerana sayur, daging dan bahan makanan yang dijual merupakan keperluan seharian.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 APRIL 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawasan ni banyak hasil buah2 kayu setiap musiam buah; durian,manggis,rambutan,duku,langsat macam2 lagi la.

tapi YB ni tak celik sangat, dah lama patut ada satu pusat niaga orang kampung menjual hasil buah kayu ni. senang kalau ada pusat setempat. tapi sampai la ni tak ada org nak hirau ,baik Yb ke ,menteri Besar ke,agensi kerajaan ke...memang membazir je dia orangni nak buat projek yg besar2 je. projek utk bantu orang kampung ,ketepikan dulu...macam,na nak maju..sampai la masanya berubah...