TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

21 April 2013

TARIK DIRI TAK DAPAT RESTU IBU

 
Calon Bebas, Mohd Zan Abu (dua dari kanan) sebelum menyerahkan borang pencalonan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

Ledang: Seorang calon Bebas membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen Ledang selepas tidak mendapat restu ibunya untuk berbuat demikian.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Mohd Zan Abu, 48, mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Ledang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasrat bertanding kerusi Parlimen apabila ibunya, Umiyati Barzaki, 66, tidak merestui perbuatan itu ketika dihubunginya sebelum menyerahkan borang penamaan calon.

Enggan benarkan

"Sejak semalam (kelmarin) saya cuba meminta restunya bertanding kerusi itu dan sekali lagi pagi ini saya menghubunginya bagi mendapatkan restu namun dia enggan membenarkannya.

"Tetapi hasrat saya bertanding kerusi DUN Gambir tidak mendapat halangan ibu, jadi saya menyerahkan borang pencalonan jam 9.12 pagi ini," katanya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

Kerusi Parlimen Ledang disandang Hamim Samuri, mankala DUN Gambir disandang M Asojan sejak dua penggal lepas.

Mohd Zan yang bertanding menggunakan simbol pokok, mendakwa menawarkan diri kerana pemimpin BN gagal mendengar aspirasi rakyat khususnya peringkat akar umbi.
 
SUMBER: BH AHAD, 21 APRIL 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga mendpt hidayah la mat Zan .AKu DOA kn Kau masuk pas aje. .Drpda kWn mu sekampung. ..takbir, !