PENGUNJUNG SETIA

04 April 2013

JANGAN TERPEDAYA SLOGAN 'UBAH'


Ledang: Rakyat Johor perlu berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan janji kosong menerusi slogan `Ubah' diketengahkan pembangkang menerusi ceramah mereka ketika ini.

Rakyat sebaliknya perlu menyokong transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana sudah terbukti ia membawa keuntungan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Johor, M Asojan, berkata transformasi itu menyeluruh mencakupi semua bidang berbanding perkataan `Ubah', yang sering dilaunglaungkan pembangkang.

Transformasi lebih baik

"Tahu tak apa dimaksudkan ubah? Ubah maksudnya ubah sana sikit, sini sikit bagi baik tetapi kalau transformasi maksudnya lebih daripada ubah, ia berlaku dalam semua aspek dan tidak ada yang tertinggal.

"Transformasi juga berlaku apabila satu perkara yang tidak ada sebelum ini diadakan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Rumah Projek Mesra Rakyat (PMR) Peringkat Negeri 2013 di Kampung Termil, Sagil, dekat sini, kelmarin.

Pada majlis berkenaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang kirakira RM20,000 untuk membaiki sebuah rumah penduduk yang uzur di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Pengurus Besar TNB Johor, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Asojan berkata, antara perkara dilakukan menerusi transformasi ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Awal Persekolahan.

Selain itu, bantuan tayar untuk pemandu teksi dan terbaru dalam bentuk geran bernilai RM5,000 untuk mereka membeli Proton Exora serta bantuan produk 1Malaysia, yang kini berjumlah 126 bertujuan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

SUMBER: BH 04 APRIL 2013

Tiada ulasan: