TONTON ASTRO AWANI

DAPATKAN DVD TUTORIAL PHOTOSHOP DALAM BAHASA MELAYU

KHABAR ORANG JOHOR

KHABAR ORANG JOHOR

BISNES CETAKAN T-SHIRT & CENDERAHATI DENGAN MODAL RENDAH

MesinCetak.my

PENGUNJUNG SETIA

ALBUM iNFOLEDANG

Loading...

10 April 2013

PKR AKUI CALONNYA SUKAR MENANG KERUSI PARLIMEN MUAR

LEDANG 9 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Muar, Nor Hizwan Ahmad, 30, mengakui hanya mempunyai peluang 45 peratus untuk memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Ketua PKR Cabang Muar itu berkata, ini kerana Muar merupakan kubu tradisi Barisan Nasional (BN), selain disandang oleh Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

"Saya tidak boleh letak keyakinan terlalu tinggi untuk menang, nanti dikatakan angkuh. Setakat ini keyakinan saya hanya 45 peratus, ini sebelum hari penamaan calon. Kita belum kempen lagi, harap-harap peluang besar, menang 100 undi pun cukup.

"Kita ada strategi dekati pengundi iaitu dengan turun ke akar umbi, pergi ke setiap rumah, ketuk pintu rumah dan bertemu mereka. Respons setakat ini alhamdulillah, orang Cina tidak ada masalah dan Melayu pun khususnya anak muda (juga tunjuk respons)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon PKR di tujuh kerusi Parlimen di negeri ini dalam satu ceramah di sebuah rumah di pekan Tangkak di sini malam tadi.

Nor Hizwan berkata, antara masalah yang akan diperjuangkannya ialah ketiadaan pekerjaan dalam kalangan orang muda sehingga terpaksa berhijrah dari daerah ini, selain pekerja asing yang menimbulkan masalah sosial.

"Saya lawan (bertanding) bukan untuk menang tetapi atas dasar prinsip kebenaran. Apa yang cuba saya bawa ialah kempen untuk sedarkan rakyat bagaimana bentuk politik baharu, tiada fitnah dan uar-uarkan manifesto kita," katanya.

Sementara itu, Razali mengalu-alukan pencalonan Nor Hizwan, selain mengucapkan tahniah kerana dipilih bertanding di kerusi Parlimen Muar.

Beliau berharap, walau sesiapa pun yang bertanding nanti, proses demokrasi dalam pilihan raya umum kali ini akan dijunjung oleh semua pihak, selain memastikan berlangsung lancar dan sihat atas semangat kekeluargaan secara demokratik.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 10 APRIL 2013

Tiada ulasan: