TONTON ASTRO AWANI

DAPATKAN DVD TUTORIAL PHOTOSHOP DALAM BAHASA MELAYU

KHABAR ORANG JOHOR

KHABAR ORANG JOHOR

BISNES CETAKAN T-SHIRT & CENDERAHATI DENGAN MODAL RENDAH

MesinCetak.my

PENGUNJUNG SETIA

ALBUM iNFOLEDANG

Loading...

11 April 2013

BUKIT GAMBIR JADI BANDAR MODEN

M. ASOJAN (kanan) menyertai program gotong-royong mengecat dan membersihkan Pasar Tani Bukit Gambir di Ledang, Johor, baru-baru ini.
 
LEDANG 10 April - Ternyata kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan deretan kedai papan di pekan Bukit Gambir hampir 20 tahun lalu mempunyai hikmah besar apabila ia mengubah wajah asalnya menjadi bandar yang kini pesat membangun.

Tiada siapa sangka di atas tapak yang mengubah deretan kedai papan menjadi debu itu, dirancangkan satu pelan pembangunan jangka panjang bagi Bukit Gambir bangkit selepas mengalami peristiwa hitam tersebut.

Langkah transformasi terhadap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir itu bermula pada 2000 dengan pembinaan semula bangunan kedai disusuli dengan taman perumahan, pasar raya dan bank-bank.

Apabila pekan itu ditukar statusnya sebagai Bandar Baharu Bukit Gambir pada 2003, kepesatan pembangunan terus berlaku sehingga kini dan dikenali sebagai pusat komersial baharu dengan kedudukannya tidak jauh dari bandar Muar atau Tangkak.

Bandar Baharu Bukit Gambir ketika ini mempunyai mercu tanda sendiri, antaranya Bangunan Pasar Tani Bukit Gambir, bangunan-bangunan komersial yang baharu, Balai Bomba Bukit Gambir dan terbaharu, Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways Bhd. (Plus).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, M. Asojan berkata, plaza tol berkenaan yang kini sudah 70 peratus siap dan dijadual siap keseluruhannya pada September ini dengan kos RM80 juta, bakal menjadi pemacu pembangunan yang lebih rancak terutama di bandar ini.

"Plaza tol ini bukan sahaja dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya yang kini semakin bertambah, malah sebagai pemangkin pembangunan di bandar ini kerana mengambil masa tidak sampai lima minit dari tol ke bandar Bukit Gambir.

"Projek tol ini yang dibina pada 2011 akan menjadi laluan alternatif kerana Tol Tangkak dan Tol Pagoh pada masa sekarang sesak dan selepas ini pengguna mempunyai pilihan lain.

"Secara tidak langsung juga bandar Bukit Gambir kini mula menyaingi kemajuan bandar Tangkak yang terletak kira-kira 23 kilometer atau bandar Muar yang jaraknya tidak sampai 30 kilometer dari sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, bandar tersebut sememangnya menjadi tumpuan penduduk setempat atau pengunjung luar kerana mempunyai Bangunan Pasar Tani yang memasarkan pelbagai produk pertanian segar.

Setiap hujung minggu terutama pada waktu pagi, tempat meletak kereta di pekarangan bangunan itu penuh sesak dengan pengunjung kerana sayur-sayuran dan ayam atau daging yang dijual adalah segar dari kampung.

"Ini juga menjadi keistimewaan bandar ini, bukan sahaja pengunjung dari Bukit Gambir tetapi juga dari Segamat, Labis, Muar dan Ledang sanggup datang ke pasar tani di sini kerana menawarkan harga yang murah dan banyak pilihan," katanya.

Asojan memberitahu, penduduk Bukit Gambir yang kini berjumlah 40,000 dijangka meningkat dalam masa beberapa tahun lagi, terutama selepas pembukaan plaza tol baharu itu serta rancangan membina Bukit Gambir Sentral yang menempatkan perhentian bas dan teksi serta sebuah pasar raya besar yang dirancang berhampiran pasar awam tidak lama lagi.

Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) dan Majlis Daerah Tangkak akan bekerjasama melaksanakan projek itu, manakala kerajaan negeri pula telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk projek tersebut. 

Pada masa sama, jalan raya di bandar tersebut turut dilebarkan menjadi empat lorong bagi melancarkan aliran trafik berikutan pertambahan drastik jumlah kenderaan dan pengguna jalan raya.

Tambahnya, kepesatan pembangunan turut memberi kesan kepada pasaran hartanah di daerah itu yang menyebabkan harganya melonjak kerana banyak perumahan baharu dibuka iaitu rumah kos rendah sehingga rumah mewah.

Walaupun sibuk dengan tugasnya selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, beliau tidak pernah mengabaikan keperluan penduduk di DUN Bukit Gambir yang diwakilinya.

Mengenai pembangunan di kawasan tersebut, Asojan berpuas hati kerana dapat berkhidmat di DUN yang diwakilinya dengan majoriti penduduk di kawasan ini adalah kaum Melayu, namun mendapat kerjasama baik daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Beliau berkata, semua masalah berbangkit berjaya diselesaikan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, misalnya banjir kilat di Taman Seri Jaya diatasi dengan menaik taraf sistem perparitan membabitkan kos RM1 juta.

"Kerja-kerja itu dilakukan mengikut dua peringkat pada 2009 dan 2010. Satu lagi kawasan Pusat Perniagaan Taman Jingga berhampiran persimpangan Jalan Sengkang juga dinaik taraf dengan meminta pihak pemaju membina sistem perparitan mengalir ke sungai berhampiran bagi mengelakkan banjir kilat," jelasnya.

Selain itu, kerja menaik taraf dan melebarkan empat buah jambatan sempit di sepanjang laluan Sengkang-Bukit Gambir yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk akan dilebarkan pada tahun ini dengan kos RM9 juta.

Dalam pada itu, sebanyak RM150 juta lagi diperuntukan untuk tempoh tiga tahun bermula tahun lalu bagi menaik taraf jalan-jalan kampung di seluruh kawasan DUN Gambir secara berperingkat-peringkat.

"Boleh dikatakan hampir keseluruhan jalan-jalan kampung di Bukit Gambir dan Sagil sudah diturap serta mempunyai jalan-jalan kampung yang baik. Terbaharu, kita naik taraf Jalan Seng Heng, di Sengkang, sepanjang 12 kilometer dengan kos RM1.3 juta," katanya.

Melihat kemajuan dan pembangunan sedia ada, Asojan berkata, penduduk di DUN Gambir amat menghargai segala yang dilakukan kerajaan tetapi keadaan itu tidak membuatkan pihaknya selesa atau leka.

Beliau yakin, masyarakat terutama 20,740 pengundi di DUN ini tidak akan melupakan segala jasa kerajaan dalam membela nasib mereka dan terus kekal menyokong calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 11 APRIL 2013

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CINA yang dapat meraih keuntungan walau si lndia ini jadi ADUN. Melayu dan lndia hanya makan komisyen Cina. Cina terus undi DAP....

Tanpa Nama berkata...

padan la orang kampung, siapa pilih si asojan ni jadi wakil...suruh la dia jaga estet je...tak payah nak jadi adun, adun bn pulak tu...memang padan muka umno. patut kawasan ni bagi la wakil umno atau mca...siapa salah...bukan senang nak dapat balik kerusi ni dari mic