TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

04 April 2013

JANGAN TERPEDAYA SLOGAN POLITIK PAKATAN PEMBANGKANG

LEDANG 3 April - Rakyat perlu berwaspada dan tidak terpedaya dengan slogan 'ubah' dicanangkan pakatan pembangkang sebaliknya menyokong program transformasi dibawakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang hari ini genap empat tahun sebagai Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, M. Asojan berkata, program transformasi dilakukan Perdana Menteri adalah lebih bersifat menyeluruh dan mencakupi semua bidang berbanding perkataan ubah yang dilaung-laungkan pembangkang.

"Ubah maksudnya ubah sana sikit, sini sikit supaya lebih baik tetapi transformasi maksudnya lebih daripada ubah, ia berlaku dalam semua aspek dan tidak ada yang tertinggal.

"Transformasi juga berlaku apabila satu perkara yang tidak ada sebelum ini diadakan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Rumah PMR Peringkat Negeri 2013 di Kampung Termil, Sagil, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin.

Asojan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, antara perkara dilakukan menerusi transformasi ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Khas Awal Persekolahan.

Katanya, ia juga termasuk bantuan tayar kepada pemandu teksi dan terbaru dalam bentuk geran bernilai RM5,000 bagi mereka yang membeli Proton Exora selain bantuan dalam bentuk produk 1Malaysia yang kini berjumlah 126 kesemuanya untuk kesejahteraan hidup rakyat.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 04 APRIL 2013

Tiada ulasan: