TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

10 April 2013

ANWAR TAK PERNAH BANTU ORANG INDIA

Ledang: MIC Johor membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempengaruhi masyarakat India di negeri ini kononnya akan membantu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jika pembangkang memerintah.

Apa yang disuarakan itu dikatakan berbeza ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran dan tidak pernah ma-hu membantu SJKT.

Setiausaha MIC Johor, M Asojan, berkata Penasihat PKR itu hanya mahu memancing undi dan meraih sokongan kaum India pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelirukan rakyat

Katanya, tindakan itu cubaan mengelirukan masyarakat India kononnya mereka tidak terbela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Anwar kata kalau berkuasa akan jadikan semua 530 SJKT di Johor sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sekarang ini, memang kerajaan beri bantuan penuh kepada 130 SJKT dan selebihnya tidak dapat atas beberapa sebab.

"Ini kerana ada SJKT didirikan di kawasan tanah persendirian atau di ladang tetapi kerajaan tetap tidak abaikan mereka dan beri perhatian dalam banyak perkara," katanya selepas merasmikan program Gotong-Royong Perdana Peringkat Pasar Tani Kekal FAMA di Bukit Gambir, di sini.

Asojan berkata, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar juga tidak pernah berbuat apa-apa untuk SJKT.

"Begitu juga ketika menjadi Menteri Pertanian, Ketua Pembangkang itu tidak pernah menyewa atau memberi tanah kepada orang India untuk melaksanakan projek pertanian bagi membantu mereka dalam bidang berkenaan," katanya.

SUMBER: BH JOHOR, 10 APRIL 2013

Tiada ulasan: