TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

22 April 2013

PRU13: 4 AHLI UMNO JADI CALON BEBAS DI JOHOR DIKENAKAN TINDAKAN - GHANI

ABDUL GHANI Othman bersalaman dengan murid-murid SJKT di majlis Anugerah Cemerlang SJKT Kangkar Pulai di SJKC Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor Bahru semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
 
JOHOR BAHRU 21 April - Empat ahli UMNO negeri ini yang bertindak menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini akan berdepan tindakan disiplin serta-merta.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pihaknya sedang meneliti masalah di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit dan akan menyerahkan laporan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kadar segera.

"Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli parti yang mengambil keputusan bertanding (sebagai calon) Bebas, ini satu fenomena baru di negeri Johor walaupun berlaku banyak negeri lain (pada pilihan raya) kali ini. 

"Ada yang boleh saya kata meragam hingga mengambil keputusan untuk bertanding Bebas, rata-rata jelas bahawa ahli parti masih lagi kukuh kesetiaan mereka kepada parti.

"Ada yang mengambil keputusan resign dan ada yang akan diambil tindakan disiplin serta-merta, mereka akan dirujuk dalam masa terdekat kerana kita akan hantar kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang kita maklum juga membuat pemantauan," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang dan Konsert SJKT Kangkar Pulai dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang keputusan empat anggota BN negeri yang bertanding sebagai Bebas, antaranya Timbalan Ketua UMNO cawangan Felda Adela, Azaman Johari yang menentang penyandang Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tiga lagi yang telibat adalah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Mohd. Zan Abu dan Ketua UMNO cawangan Kampung Parit Rabu, Yunus Mustakim di DUN Gambir serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun.

Sementara itu, Abdul Ghani yang bertanding di Parlimen Gelang Patah turut menyentuh tentang masalah calon Bebas di DUN Mengkibol yang dihadapi DAP dan percakaran antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang saling bersaing di DUN Panti.

"Saya tidak dapat mengesan kes (pembangkang) di Panti, tetapi di Mengkibol mungkin disebabkan Ng Lam Hua tidak puas hati lalu mengambil keputusan sedemikian.

“Satu antaranya (punca) adalah perbalahan dalam pakatan itu sendiri kerana ada agihan kerusi yang mungkin tidak disenangi parti dalam pakatan (pembangkang)," katanya. - UTUSAN ONLINE

SUMBER: UTUSAN ONLINE, 22 APRIL 2013

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu la, kalau tamak dan haloba...orang tu mesti sokong bn sebelum ni ,apa salah dia jadi calun kali ni...mesti dia tak setuju dgn calon mic tu....memang tervbang la kerusi ni kali ni

Tanpa Nama berkata...

BLOG INI TIDAK MENARIK ALA BLOG PEJABAT PENERANGAN.....TIDAK ADA MENGGUNAKAN PEMIKIRAN...LEBIH BAIK BACA WARTA JOHOR...SEBAB ITU PEMBACA TAK RAMAI....

::BLOGMASTER:: berkata...

Tak menarik tak apa...tak ramai pun tak apa...sekurang-kurangnya warga ledang dapat membaca dan mendapat sedikit info mengenai peristiwa yang berlaku di ledang. Blog ini diwujudkan pun bukan untuk dijadikan ruangan berdebat atau mengata. Anda yang sepatutnya berfikir dan memahami tag line blog ini 'Sumber Berita Warga Ledang'.