PENGUNJUNG SETIA

21 November 2008

DIHANTUK PENYAMUN

Warga emas diacukan senjata tajam, anak diugut potong telinga jika buat bising

TANGKAK: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kepalanya dihantukkan ke dinding bilik tidur berikutan terkejut dan cuba mengelak selepas sekumpulan penyamun mengacukan senjata tajam ke lehernya dalam kejadian samun di Parit Kassan, Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa, Saadiah Bachik, 56 dan suaminya, A Samad Buang, 56, diikat tangan dan kaki manakala mulut ditutp sebelum tiga anak mereka dibawa berkumpul di dalam satu bilik dan diancam akan dipotong telinga sekiranya membuat bising.

Kumpulan empat penyamun dipercayai warga Indonesia itu melarikan barangan kemas, wang tunai dan sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan kerugian RM34,000.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 NOVEMBER 2008

Tiada ulasan: