LEDANG: PARA peminat dan kaki pancing dipelawa menyertai pertandingan memancing udang galah Sungai Muar pada 8 November ini.
Jurucakap urusetia pertandingan memberitahu iNFO LEDANG, pertandingan anjuran Komuniti Bestari Daerah Ledang dan Jabatan Penerangan Ledang itu akan bermula jam 8 pagi di Jeti Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini.
Menurutnya, pertandingan itu bertujuan untuk menyatukan masyarakat Malaysia tidak mengira bangsa melalui penyertaan dalam pertandingan ini selain untuk mempromosikan Sungai Muar sebagai lokasi udang galah terkenal di kalangan kaki pancing.
Perasmian program itu dijangka dilakukan oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Haji Abdullah Morad.
Katanya lagi, para peminat memancing udang galah yang ingin menyertai pertandingan ini dengan bayaran penyertaan RM10 boleh menghubungi urusetia pertandingan Angsor Jais (019-6668337), Zamri Md Raya (012-2841794) atau Sapawi Osman (013-7762151).
-iNFOLEDANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan