Yang Dipertua PIBG SKPK, Padil Md Amin sedang menyampaikan piala pusingan kepada ketua kumpulan bagi perkhemahan terbaik sambil diperhatikan Khudhairi Jais (kanan) ~(Foto: Adisabariman)
LEDANG: SEKOLAH Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) telah mengadakan program perkhemahan badan beruniform sekolah itu mulai 31 Oktober hingga 2 November lalu.
Program perkhemahan yang diadakan setiap tahun itu disertai murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang menganggotai pasukan pengakap dan Puteri Islam.
Guru Besar SKPK, Hajah Munah Abd Majid berkata, melalui program perkhemahan itu dapat menguji ketabahan dan kesabaran para peserta di mana mereka terpaksa melakukan segala aktiviti sendiri tanpa bantuan ibu bapa.
"Kita mahu para peserta melakukan aktiviti seperti memasak tanpa bantuan ibu bapa di samping meningkatkan disiplin diri melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak urusetia perkhemahan," katanya berucap pada majlis penutupan rasmi program perkhemahan dan sambutan Hari Kanak-kanak sekolah di padang SKPK, di sini.
Perasmian penutup telah dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Padil Md Amin dan turut dihadiri Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar dan Guru Penolong Kanan (Ko-kurikulum) , Khudhairi Jais.
Sepanjang program perkhemahan itu, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti antaranya program motivasi, kuliah Subuh, sukaneka, pertandingan memasak dan kawad kaki, persembahan kebudayaan dan merentas desa.
Manakala dalam sambutan Hari Kanak-kanak pula, murid-murid sekolah itu telah menyertai pertandingan mewarna dan sukaneka. ~iNFO LEDANG.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan