PENGUNJUNG SETIA

05 November 2008

PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SABTU INI

MUAR 4 Nov. – Komuniti Bestari Daerah Ledang dengan kerjasama Jabatan Penerangan daerah itu akan menganjurkan Pertandingan Memancing Udang Galah Sungai Muar di Jeti Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir dekat sini Sabtu ini.

Pegawai Penerangan daerah, Zaid Md. Amin berkata, pertandingan memancing udang galah itu bermula pukul 8 pagi bagi merebut Piala Datuk Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau mempelawa orang ramai yang berminat menyertai pertandingan tersebut supaya mendaftar diri sebelum hari pertandingan.

“Yuran penyertaan yang dikenakan cuma RM10 dan Jabatan Penerangan mengalu-alukan penyertaan masyarakat daerah Muar dan Ledang dalam pertandingan yang akan dirasmikan sendiri oleh Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Morad,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat mengenai pertandingan itu boleh menghubungi urus setia pertandingan iaitu Angsor Jais di talian 019-6668337, Zamri Md. Raya (012-2841794) atau Sapawi Osman (013-7762151).

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 5 NOVEMBER 2008

Tiada ulasan: