PENGUNJUNG SETIA

31 Mei 2009

140 SERTAI PERTANDINGAN KEMBARA DUGA 3 DIVISYEN

LEDANG 30 Mei - Seramai 140 pegawai dan anggota tentera berdepan dengan ujian getir bagi melengkapkan Pertandingan Kembara Duga Peringkat 3 Divisyen Tentera Darat Malaysia yang julung kali diadakan di Muar dan Ledang.

Pertandingan yang berlangsung selama enam hari itu menuntut keazaman mental dan ketahanan fizikal yang tinggi para tentera dalam lima disiplin utama yang cukup mencabar.

Kelima-lima disiplin tersebut meliputi acara berdayung sejauh 45 kilometer (km), berjalan laju sejauh 29 km, berakit 38 km, pandu arah sejauh 35 km dan menembak.

Panglima 7 Briged Kem Mahkota Kluang, Brigedier Jeneral Datuk Abu Musa A. Rahman berkata, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada kesiapsiagaan pihaknya bagi memastikan pertahanan negara dalam peringkat terbaik.

"Secara ringkasnya, objektif yang telah digariskan bagi pertandingan Kembara Duga adalah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal dalam menempuh halangan dan cabaran semasa melaksanakan tugas walaupun dalam keadaan berisiko.

"Seterusnya, membina semangat juang yang kental dengan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi secara tidak langsung dapat memupuk semangat setiakawan, bertolak-ansur dan persefahaman dalam situasi yang tertekan," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian pertandingan tersebut di Parit Jarum Laut di sini kelmarin.

Hadir sama Komander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Rohisah Yahya, Timbalan Panglima 7 Briged, Kolonel Azlan Abd. Rahman dan Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Kolonel Zulkapri Rahamat.

Sebanyak lima pasukan daripada 3 Divisyen menyertai pertandingan tersebut dengan merangkumi 1 Briged Seremban, 4 Briged Kuantan, 7 Briged Kluang, Trup 3 Divisyen Melaka dan Divisyen Artileri Melaka.

Setiap pasukan berkenaan mempunyai seramai 28 anggota termasuk seorang pegawai dalam mengharungi cabaran yang ditetapkan.

Menurut Abu Musa, dalam pertandingan tersebut, pihaknya akan turut menilai tahap kualiti kepimpinan pasukan dengan menguji 'perintah dan kawalan' setiap anggota.

"Pertandingan ini seterusnya akan menentukan johan untuk dipilih mewakili 3 Divisyen ke pertandingan peringkat Medan Tentera Darat yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Julai depan di Sabah," katanya.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 31 MEI 2009

JOHOR KESAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

Kerajaan Negeri pastikan nasib pembeli dibela

LEDANG: Kerajaan negeri akan mengesan semua projek perumahan terbengkalai di negeri ini supaya masalah pengguna yang paling rumit untuk diatasi itu akan dapat diselesaikan bagi memastikan nasib pembeli, terbela.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata masalah projek perumahan terbengkalai antara isu yang paling rumit untuk diselesaikan berikutan ia membabitkan banyak pihak seperti pemaju, bank dan pembeli.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu projek perumahan terbengkalai dalam perhatian dan kerajaan serius membantu dalam menangani masalah berkenaan dengan mengesan semua projek bermasalah di negeri ini supaya nasib rakyat yang terjerat dalam kes itu dibela.

Katanya, jika masalah projek perumahan terbengkalai tidak diberikan perhatian, pembeli berdepan masalah kerana terpaksa menjelaskan pinjaman bulanan yang dibuat walaupun rumah yang dibeli tidak siap.

"Ada aduan diterima membabitkan projek perumahan terbengkalai yang berlaku di setiap daerah di negeri ini dengan kerajaan cuba membantu menyelesaikannya walaupun masalah itu rumit.

"Projek perumahan di pekan Sungai Mati adalah antara yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu yang diharap dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Sepatutnya masalah itu sudah diatasi lima tahun dulu... tetapi kerana ia membabitkan antara pemaju dan bank menyebabkannya tertangguh sehingga kini," katanya dalam ucapannya dalam Majlis Penutup Seminar Kesedaran Pengguna dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Pengguna Ledang, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir, M Asojan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil pelantikan ahli persatuan kepada Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Pengguna Ledang, Senator Ahmat Yusop.

Selain itu, katanya, penubuhan kali pertama persatuan itu diharap dapat membantu memberikan kesedaran mengenai isu kepenggunaan kepada masyarakat di sekitar daerah berkenaan.

"Kita harap dengan ada persatuan pengguna, masyarakat di daerah ini akan didedah dan diberikan kesedaran supaya lebih bijak dalam membuat pilihan bagi mengelak berlaku pembaziran," katanya.

SUMBER: BERITA MINGGU, 31 MEI 2009

30 Mei 2009

MAIJ BERI ZAKAT BANTU MANGSA RIBUT

TANGKAK: Majlis Agama Islam Johor (Maij) kelmarin menyampaikan zakat bernilai RM29,550 kepada 63 keluarga di lima kampung sekitar daerah Ledang yang terbabit dalam kejadian ribut, Sabtu lalu.

Jurucakap Bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf Maij, berkata setiap keluarga mangsa ribut itu menerima zakat antara RM300 hingga RM1,000 bagi membantu membaiki kerosakan rumah akibat kejadian ribut itu.

Mangsa ribut terbabit itu ialah di Kampung Serom 5, Serom 6, Serom 8, Kampung Parit Pulai dan Kampung Melayu Sagil.

"Sumbangan yang diberikan itu berdasarkan keadaan kerosakan yang dialami mangsa bagi membolehkan mereka membaiki rumah yang rosak akibat dilanda ribut, sekali gus membantu meringankan beban mangsa," katanya.

Katanya, sumbangan zakat disampaikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Agama Daerah Ledang, Sulaiman Maidin dalam Majlis Penyampaian yang diadakan di Masjid Jamek Parit Pulai.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, ribut yang berlaku selama kira-kira setengah jam menyebabkan puluhan rumah penduduk rosak, selain berpuluh pokok dan tiang elektrik tumbang sehingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik.

Kejadian itu menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dikerah ke tempat kejadian bagi membantu penduduk membersih dan membaiki kawasan yang terjejas.

SUMBER: BERITA HARIAN, 30 MEI 2009

29 Mei 2009

PENAPIS AIR TEMPURUNG KELAPA

JOHOR BAHRU 28 Mei - Percaya atau tidak, tempurung kelapa bukan sekadar boleh dijadikan bahan api malah ia kini mampu digunakan sebagai alat penapis air yang berkesan.

Bahkan sistem penapisan air berasaskan tempurung kelapa berupaya mengubah air paip biasa dan tercemar kepada air bersih berkualiti.

Pengarah Urusan Hijrah Toyyibah Network Sdn. Bhd. (HTNSB), Mohamad M. Said berkata, ia terbukti menerusi alat penapis air keluaran syarikatnya yang dikenali sebagai Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali.

Beliau berkata, kebersihan air yang ditapis menggunakan alat penapis tempurung kelapa itu mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa dan tempatan.

Bahkan katanya, air tersebut turut dijamin suci berbanding penggunaan tulang haiwan yang kerap diguna dalam penapis air.

''Penggunaan tempurung kelapa yang diimport dari Filipina itu adalah teknologi terkini.

''Sistem penapisan kami dapat menapis dan menyingkirkan lebih daripada 99 peratus pencemaran seperti klorin, bakteria, kulat dan logam berat merbahaya dalam air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad berkata, melalui teknologi inframerah dan batu mineral semula jadi sistem berkenaan dapat membekalkan tenaga, mineral semula jadi dan kalsium kepada air minuman.

Menurutnya, penapis air yang dihasilkan di Tangkak itu juga mampu memberi daya hidup kepada sel-sel darah, memperbaiki sistem pengaliran darah dan meningkatkan tahap kesihatan pengguna.

''Penapis air itu dijual pada harga RM1,523 seunit dengan tiga tahun jaminan kilang.

''Ia mengandungi enam penapis iaitu seramik berkualiti tinggi, tempurung kelapa, karbon perak berteknologi, nano, ion, bio beralkali dan penapis keenam juga daripada tempurung kelapa," jelasnya.

Mohamad berkata, bagi memudahkan orang ramai memiliki sistem tersebut, pihaknya telah memperkenalkan pembayaran secara ansuran.

Selama 23 bulan pengguna perlu membayar sebanyak RM65 sebulan dan RM28 pada bulan ke-24, dengan pembayaran menerusi akaun syarikat.

Bagi yang berminat untuk menjadi stokis, pihaknya menyediakan dua pakej.

''Untuk pakej A, stokis perlu membayar RM3,500 dan mereka akan mendapat bekalan 10 unit produk. Manakala pakej B, mereka diberi lima unit dengan bayaran RM1,750," katanya.

Untuk yang berminat menjadi stokis atau ingin memiliki produk tersebut boleh menghubungi talian 06-9791754 dan 06-9788384 atau melayari laman web www.hijrahwater. com.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 MEI 2009

28 Mei 2009

REMPAH SENAN BERIANI POPULAR


Kakitangan Hj. Senan Food Industries yang terdiri daripada saudara mara bersama produk yang dihasilkan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 27 Mei – Sebut saja rempah kari pasti kita terus ingat jenama Baba‘s atau Alagappa yang sememangnya sinonim dengan orang India sebagai pembekal pelbagai jenis rempah ratus.

Kini rempah yang digunakan untuk memasak kari juga telah dikeluarkan oleh orang Melayu dan mendapat tempat di kalangan pengguna.

Rempah ratus yang dihasilkan oleh bumiputera bergantung kepada kepelbagaian jenis masakan dan bukan untuk kari semata-mata.

Justeru itulah rempah ratus keluaran Hj. Senan Food Industri menerusi jenama Senan Beriani menjadi pilihan ramai di kalangan masyarakat Melayu.

Ini kerana selain menghasilkan rempah untuk masakan kari, kurma dan masak merah, syarikat yang sudah beroperasi sejak 25 tahun lalu turut mengeluarkan produk rempah beriani, soto, mi bandung serta perencah mi rebus.

Pengurus Operasi Hj. Senan Food Industries, Farahiyah Mohd. Puad, 26, berkata, rempah ratus yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan bermula daripada resipi datuknya, Haji Senan Abdul Samad.

‘‘Arwah datuk adalah seorang tukang masak untuk kenduri kahwin di Muar. Datuk selalu masak nasi beriani dan bermula dari situ, ada yang minta resipi.

‘‘Memandangkan ia adalah resipi keluarga, maka datuk dan bapa saya, mula membuat dan menjual rempah secara kecil-kecilan pada tahun 1974 kepada orang ramai yang berminat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, untuk permulaan rempah yang dijual tertumpu pada resipi yang sering dimasak oleh datuknya untuk majlis perkahwinan.

Bagaimanapun pada 1982, syarikat itu mula mengorak langkah menghasilkan produk seperti serbuk kunyit, soto dan sup.

Farahiyah berkata, dua tahun lalu barulah syarikatnya mengeluarkan perencah mi bandung, mi rebus, ikan bakar, asam pedas serta set nasi beriani.

‘‘Dari sedikit jadi banyak, sekarang syarikat kami mengeluarkan 13 produk dan paling istimewa adalah perencah mi bandung, soto, tepung ayam goreng dan beriani special.

‘‘Walaupun orang sudah mengenali produk kami, namun setiap kali ada pameran kami tidak lepas peluang untuk menyertai kerana ia adalah sebahagian daripada promosi,” katanya.

Kini syarikat yang dikendalikan oleh sanak saudara itu beroperasi sepenuhnya di Jalan Sultan Ibrahim, Muar dan cawangannya di Taman Sri Amar Majidee, Johor Bahru.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 28 MEI 2009

26 Mei 2009

VILLAGERS GET CASH TO REPAIR DAMAGED HOMES

Chuah Bee Kim

VILLAGERS affected by the recent thunderstorm in Kampung Sepakat, Masai, Johor Baru, have been given financial aid.

 A villager of Kampung Sepakat showing the damage to her house.
A villager of Kampung Sepakat showing the damage to her house.

Permas Jaya assemblyman M.M. Samy said it was fortunate that no lives were lost although 33 houses were severely damaged.

"Half of the houses were not built to withstand strong winds," he said, adding that the victims were given between RM100 and RM300, depending on the damage.

Samy was representing Pasir Gudang member of parliament Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin in giving out aid to the residents of Jalan Puyuh in Kampung Sepakat.

Also present was the Pasir Gudang Umno branch welfare bureau chief Rozlan Abu Bakar.

Rozlan said he will liaise with the authorities to get more funds for the victims.


"The victims are entitled to a special allocation of up to RM5,000 from the Federal Government," Rozlan said.

The thunderstorm also damaged 40 houses in four villages in Tangkak, Muar.

Strong winds swept away roofs and uprooted trees and electrical poles, which caused the electricity supply to be cut off.

Personnel from the Tangkak Fire and Rescue Department and the Civil Defence Department helped to contain the situation and distribute aid to the villagers.

Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, accompanied by Ledang member of parliament Hamim Samuri, Ledang district officer Amran Abdul Rahman and Mukim Serom penghulu Jamaluddin Jamil, visited the villagers.

Ghani said the state will give assistance to a senior citizen in Kampung Serom 8, who was made homeless by the storm.

"For the other victims, the Johor Welfare Department will help in whatever way it can," he said.

Anmain Jais, 53, of Kampung Serom 5, said his son, Mohd Huzairi, 22, was lucky when a piece of wood fell through the roof and landed near his head while he was sleeping.

"It was a miracle that he did not sustain any injuries. My other two children in the dining room were also not hurt. The dining room is just next to Huzairi's bedroom," he said.

Another victim, Hadif Azali, 48, also from the same village, said his house was wrecked by the storm.

Fortunately, his wife and four children were unhurt.

SOURCE: JOHOR STREETS, NST, 26 MAY 2009

25 Mei 2009

72 RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT

Oleh Mohd Zin Ali dan Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Berpuluh pokok, tiang elektrik tumbang memaksa bekalan diputus sementara

TANGKAK: Sebanyak 72 rumah membabitkan 48 rumah di empat kampung di sini dan 24 lagi di Kampung Sepakat, Masai, Johor Bahru mengalami kerosakan apabila bumbung diterbangkan angin dan ditimpa pokok dalam kejadian hujan ribut, kelmarin.

Kejadian jam 3.30 petang itu membabitkan 25 rumah di Kampung Parit Pulai, manakala 12 rumah di Kampung Serom 5, 10 rumah di Kampung Serom 8 dan sebuah rumah di Kampung Serom 6 di sini.

Dalam kejadian itu, berpuluh pokok dan tiang elektrik tumbang sehingga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa diputuskan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja membaik pulih dijalankan.

Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut dihantar ke kampung berkenaan bagi membantu penduduk membersih dan membaiki kawasan yang terjejas. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut melawat tempat kejadian, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman dan Penghulu Mukim Serom, Jamaluddin Jamil.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya akan membantu mendirikan sebuah rumah baru untuk meringankan beban seorang warga emas yang rumahnya ranap dalam kejadian hujan ribut di Kampung Serom 8.

"Untuk mangsa ribut lain, pelbagai agensi kerajaan seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka," katanya.

Tukang kebun, Anmain Jais, 53, dari Kampung Serom 5 berkata anaknya, Mohd Huzairi, 22, yang sedang nyenyak tidur nyaris cedera apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa katilnya.

“Saya bersyukur kerana pokok kelapa dan serpihan kayu terjatuh betul-betul di sebelah anak saya yang sedang tidur menyebabkannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Anmain berkata, dua lagi anaknya, Siti Haniza, 17 dan Mohd Hisham juga terselamat kerana kejadian berlaku ketika mereka sedang makan di ruang tamu yang terletak bersebelahan dengan bilik Mohd Huzairi.

Seorang lagi mangsa, Hadif Azali, 48, berkata rumahnya rosak teruk apabila hampir keseluruhan bumbung rumah dan kedainya yang terletak bersebelahan, diterbangkan angin.

Katanya, kejadian berlaku ketika beliau sedang melayan beberapa pelanggannya.

"Saya hanya terpaku melihat semua bumbung kedai dan bumbung rumah saya diterbangkan secara serentak sehingga menyebabkan air hujan membasahi rumah dan kedai saya," katanya yang bersyukur kerana isteri, Masriza Kaliwoon, 43, dan empat anak mereka terselamat.

Di JOHOR BAHRU, Noraini Abdullah, 47, berkata kejadian ribut yang melanda Kampung Sepakat, Masai berlaku ketika beliau bersama dua anak perempuan bersama seorang cucu lelakinya berusia tujuh tahun sedang sibuk memindahkan barangan ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air setinggi 0.4 meter akibat banjir kilat.

"Sedang kami kelam kabut memindahkan barang akibat banjir kilat itu, tiba-tiba datang satu angin berpusing menerbangkan atap zink rumah. Semua perabot dan barangan elektrik seperti televisyen dan peti ais juga rosak,” kata ibu tunggal itu.

SUMBER: BERITA HARIAN, 25 MEI 2009

42 RUMAH ROSAK DIPUKUL RIBUT

LEDANG 24 Mei - Sebanyak 42 rumah di kawasan Serom di sini mengalami kerosakan apabila bumbungnya diterbangkan ribut semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, ribut yang disertai hujan lebat turut mengakibatkan tiang-tiang elektrik dan puluhan pokok tumbang sehingga ada yang menimpa rumah penduduk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu penduduk membersihkan kawasan yang terjejas.

Kejadian ribut yang mengejutkan itu berlaku selama kira-kira 20 minit dan ia nyata menggemparkan penduduk yang tidak pernah mengalami keadaan sedemikian sebelum ini.

Menurut seorang penduduk di Kampung Serom 5, Agmain Jais, 53, ketika kejadian dia bersama tiga anaknya berada di dalam rumah.

"Memang terkejut betul kerana sebatang pokok kelapa tumbang menghempap bilik tidur anak saya, Mohd. Huzairi.

"Syukur alhamdullillah, dia tidak mengalami kecederaan, namun pucuk pokok kelapa itu memang sudah masuk ke dalam dan menimpa katil tempat dia baring," katanya yang turut memberitahu dua pokok rambutan di halaman rumah juga tumbang.

Menurutnya, selain itu, bumbung bilik tidur anaknya dan bahagian ruang tamu rosak teruk sehingga bahagian dalam rumahnya bergenang dengan air hujan.

"Masa kejadian itu, dua anak saya yang lain sedang makan dan saya cuma dapat perhatikan sahaja semua yang berlaku kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya yang bekerja sebagai seorang tukang kebun.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di kampung yang sama, Hadif Azali memberitahu, bumbung rumah dan kedai makannya berterbangan dalam sekelip mata dalam kejadian itu.

Semasa kejadian itu, dia berada di dalam kedai bersama enam lagi pelanggan dan mereka terpaksa pergi ke bahagian belakang rumah untuk berteduh dan menyelamatkan diri.

"Habis barang-barang saya basah. Saya nampak angin kuat itu yang menggoyangkan pokok-pokok tetapi tidak menyangka ia boleh menerbangkan bumbung rumah dan kedai saya," kata bapa kepada lima orang anak itu.

Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri mengadakan lawatan meninjau keadaan penduduk yang terlibat dalam kejadian itu.

Turut serta ialah Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman dan Penghulu Serom, Jamaludin Jamil bagi meninjau bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 25 MEI 2009

24 Mei 2009

PENUMPANG TEKSI MAUT DIREMPUH TRELER

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Bahagian belakang teksi remuk teruk selepas dirempuh sebuah treler di Jalan Kesang lewat pagi kelmarin.

Tiga lagi cedera, terperangkap dalam kenderaan remuk teruk

TANGKAK: Seorang penumpang sebuah kereta sewa maut, manakala tiga lagi termasuk pemandu kereta berkenaan cedera apabila kenderaan itu dirempuh sebuah treler berhampiran simpang ke Jambatan Kedua, di Jalan Kesang, di sini, awal pagi semalam.

Wanita warga Indonesia berkenaan, Aryani Sabar, 25, pekerja sebuah kilang elektronik di Bangi, Selangor, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk rawatan akibat kecederaan parah dialaminya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu.

Seorang lagi wanita, Vitirah Apriyani, 20, yang juga dipercayai warga Indonesia bersama seorang lagi penumpang serta pemandu kereta itu yang identiti mereka belum dikenal pasti cedera dan kini dirawat di hospital sama.

Kemalangan menyebabkan kereta sewa itu remuk teruk dan keempat-empat mangsa terperangkap di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar.

Jurucakap polis berkata, Aryani dan Vitirah menaiki kereta sewa itu dari Negeri Sembilan ke Muar untuk bertemu rakan mereka, manakala pemandu kereta berkenaan membawa seorang rakan untuk menemaninya.

Seorang wanita daripada tiga yang cedera dihantar ke hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSF) Muar.

“Kereta sewa itu yang berada di lorong laju dipercayai secara tiba-tiba masuk ke laluan kiri ketika tiba berhampiran simpang menuju ke Jambatan Kedua menyebabkan pemandu treler yang berada di laluan kiri tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit,” katanya.

Katanya, pemandu dan kelindan treler itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

SUMBER: BERITA MINGGU, 24 MEI 2009

TUKAR HALUAN BAWA PADAH

TANGKAK: Tindakan seorang pemandu teksi menukar haluan secara mengejut membawa padah apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah treler sehingga menyebabkan seorang penumpang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kesang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia dikenali sebagai Aryani, 22, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Seorang lagi wanita warga Indonesia dipercayai rakan mangsa dan dua lelaki, termasuk pemandu teksi, masih dirawat di HPSF.

Jurucakap polis berkata, kereta sewa yang dinaiki mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menuju ke Muar.

“Mangsa dan rakannya dipercayai datang ke Muar kerana hendak bertemu rakannya yang menetap di daerah ini.

“Pemandu teksi itu itu turut membawa seorang kenalan lelakinya yang duduk di bahagian penumpang depan manakala mangsa yang maut duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri.

“Berdasarkan siasatan awal, teksi dinaiki mangsa dipercayai di laluan kanan tetapi apabila sampai ke laluan menuju ke Jambatan Kedua, pemandunya tiba-tiba menukar laluan ke kiri secara mengejut, menyebabkan treler tidak sempat mengelak sebelum melanggar kenderaan itu,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa masih ada di Rumah Mayat HPSF dan menunggu majikannya untuk membuat tuntutan bagi menguruskan pengkebumiannya.

SUMBER: METRO AHAD, 24 MEI 2009

23 Mei 2009

UMAT ISLAM PERLU BERSATU KEKALKAN PERPADUAN

Pegawai Runding Cara Pejabat Agama Daerah Ledang, Hamizan Sayuti (tengah) sedang mempengerusikan Forum Perdana Ehwal Islam bersama ahli panel Pegawai Tadbir Agama Daerah Ledang, Sulaiman Maidin dan Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Syarifah Haayati Ismail.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri (2 dari kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan serta Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman (2 dari kiri) dan Pentadbir Tanah Daerah Ledang, Ab Han Ramin (kiri) sedang mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam di Dataran Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

Sebahagian umat Islam yang hadir mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Ledang di Dataran Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

Oleh ADI SABARIMAN

LEDANG-
Masyarakat Islam di negeri ini diminta mengekalkan perpaduan yang sedia ada bagi menjamin kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, masyarakat Islam perlu bersatu padu dan mengelakkan segala perpecahan bagi mengekalkan suasana harmoni yang sedang kita nikmati sekarang.

"Kita perlu bersatu atas nama masyarakat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya perpaduan ini sentiasa kita nikmati dan masyarakat luar akan menganggap kita kuat dalam segenap bidang," katanya ketika berucap merasmikan majlis Forum Perdana Ehwal Islam di Dataran Dewan Serbaguna Bukit Gambir, malam tadi.

Forum anjuran bersama Biro Agama UMNO Bahagian Ledang, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Johor dan UMNO Cawangan Bukit Gambir itu mengutarakan tajuk 'Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh' mengetengahkan barisan panel yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, Pensyarah Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Syarifah Haayati Ismail dan Pegawai Runding Cara, Pejabat Agama Daerah Ledang, Hamizan Sayuti selaku pengerusi forum.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir merangkap Exco Kerajaan Negeri, M Asojan, Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman, Pentadbir Tanah Daerah Ledang, Ab Han Ramin, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Dr Gunawan Mahmood, Pengarah JASA Johor, Muhammad Abu Bakar dan Pengerusi Biro Agama, Mohd Fadzli Saat.

Hamim berkata, tekad kita adalah untuk meningkatkan nilai umat Islam di negara ini supaya masyarakat bukan Islam turut menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kejayaan dan kecemerlangan masyarakat Islam yang dapat menjamin kemakmuran negara.

Katanya lagi, kita perlu bijak dan berhati-hati dalam mengurus dan menangani situasi yang boleh membawa kepada perpecahan kerana jika tidak diurus dengan bijak kita akan hilang segala-galanya pada masa akan datang.

Beliau turut memuji usaha Biro Agama UMNO Bahagian Ledang yang mempelbagaikan program keagamaan biro itu melalui pendekatan yang wajar agar lebih relevan dengan keadaan sekarang di samping menarik minat golongan muda mendekati kegiatan keagamaan yang dianjurkan.~iNFOLEDANG



22 Mei 2009

PEKERJA DIBERHENTI DIBANTU

Oleh Jamaludin Husin

PPP tawar 2,928 kekosongan jawatan semua peringkat

MUAR: Belia termasuk mereka yang hilang pekerjaan akibat diberhentikan berikutan kemelut ekonomi dunia sekarang, berpeluang mendapatkan pekerjaan sesuai sempena Program Penempatan Pekerjaan (PPP) anjuran Pejabat Tenaga Kerja, (PTK) Kementerian Sumber Manusia, esok. (23 Mei)

Program yang diadakan di Institut Latihan Kemahiran Perindustrian (ILP) Sagil, Ledang itu terbuka kepada golongan belia semua kaum termasuk dari luar kawasan iaitu Jasin, Melaka dan Segamat selain daerah ini dan Ledang.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Muar, Shafee Mohd Noh, berkata setakat ini 24 majikan sudah menawarkan hampir 3,000 kekosongan jawatan dalam sektor masing-masing termasuk tenaga mahir dan profesional.

Beliau berkata, program yang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu menawarkan 2,928 kekosongan jawatan yang perlu diisi pada semua peringkat pekerjaan bermula daripada pegawai kanan pengurusan dan profesional, juruteknik, perkeranian, perkhidmatan, jurujual dan operator pengeluaran.

"PPP dianjurkan bertujuan memberi peluang majikan mendapatkan pekerja melalui temu duga terbuka di samping menyediakan maklumat kepada orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan dalam sektor mereka.

"Melalui program itu, orang ramai terutama pekerja yang masih berkhidmat berpeluang membuat pertanyaan mengenai permasalahan undang-undang membabitkan bidang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan masing-masing," katanya, di sini, semalam.

Shafee berkata, PPP juga memberi fokus dengan mengutamakan pekerja yang diberhentikan berikutan kegawatan ekonomi bagi menempatkan mereka dalam sektor yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman mereka.

Katanya, program kali ini lanjutan daripada Program Karnival Pekerjaan PTK Muar 2009 yang diadakan di sebuah pasar raya besar di Tanjung Agas, di sini Mac lalu.

Beliau berkata, melalui PPP juga dapat menarik minat pemohon pekerjaan dan majikan mendaftar serta mencari pekerjaan dengan pendaftaran secara online melalui laman web Kementerian Sumber Manusia iaitu www.jobsmalaysia.gov.my.

"Pengunjung dinasihatkan datang awal bagi memastikan mereka dapat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan. Jika datang lewat, mereka mungkin menghadapi masalah kesuntukan masa berikutan kelewatan mendaftar untuk temu duga terbuka.

"Program kali ini dijangka mendapat sambutan lebih menggalakkan kerana diadakan di kawasan yang berdekatan dengan penempatan penduduk berbanding di pasar raya sebelum ini," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 22 MEI 2009

KREATIVITI MENYOLEK MOTOSIKAL ELAK MEREMPIT

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sedang meninjau motosikal yang menyertai pertandingan motosikal cantik dalam Mini Autoshow anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, baru-baru ini.

Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Parit Jarum Darat bergambar bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman selepas menyertai pertandingan motosikal cantik.

Oleh ADI SABARIMAN


LEDANG - Disebabkan minat yang tinggi terhadap sesuatu, seseorang itu sanggup mengeluarkan modal yang banyak semata-mata untuk memenuhi hobi tersebut.

Beberapa orang anak muda di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, di sini menjadikan minat menghias motosikal mereka dengan teknik 'airbrush' sebagai hobi di waktu lapang.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan kampung itu, Rudy Iswandi Mohd Nor, minat untuk menghias motosikal dengan tema-tema yang dipilih oleh mereka sendiri menjadikan kenderaan itu nampak menarik dan kreatif dengan lukisan yang kemas.

"Terdapat lebih 10 buah motosikal milik pemuda kampung ini telah dihias menggunakan teknik 'airbrush' dengan lukisan yang menarik dan mereka menggunakan kepakaran serta kreativiti anak muda kampung ini untuk melakukan kerja-kerja tersebut," katanya ketika ditemui pada Mini Autoshow sempena majlis perasmian Surau dan Balai Raya kampung itu, baru-baru ini.

Menurut Rudy, beberapa buah motosikal tersebut telah menyertai pertandingan motosikal cantik anjuran pelbagai pihak dan memenangi hadiah utama dalam kategori yang dipertandingkan.

Katanya lagi, mereka bukan setakat menyertai beberapa pertandingan di sekitar Johor malah di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

"Di mana sahaja ada pertandingan motosikal cantik kami akan pergi, soal menang atau kalah itu lumrah pertandingan.

"Melalui aktiviti seumpama ini ia dapat mengelakkan daripada gejala tidak sihat seperti lumba haram atau mat rempit walaupun terpaksa mengeluarkan modal lebih," jelas Rudy yang juga mempunyai sebuah motosikal yang telah disolek.

Menurutnya, sempena Mini Autoshow itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman telah diberi penghormatan untuk memilih pemenang pertandingan motosikal cantik tersebut.
~iNFOLEDANG

21 Mei 2009

KNOWLEDGE IS THE WAY TO SELF-RELIANCE, SAYS MB

Datuk Abdul Ghani Othman striking a gong at the opening ceremony of the SJKC Pui Nan multi-purpose hall in Tangkak.

MALAYSIA needs to have a knowledge-based economic model to reduce the country's dependence on foreign workers, especially unskilled labour.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said mastering certain fields could help Malaysia become a developed country and reduce its dependence on foreign labour.

He said people in developed countries usually have a high level of knowledge and skill that would become the countries' economic backbone.

Ghani was speaking after the opening ceremony of the SJKC Pui Nan multi-purpose hall in Tangkak on Sunday.

"The quality and development of the nation will depend on its people.

"Our economy should be based on knowledge, creativity and innovation," he said.

Ghani also said the teaching of mathematics and science in English should be reviewed as students of Chinese schools were also doing well when learning those subjects in Mandarin.

"I believe this was the reason why Chinese schools like SJKC Pui Nan had done better in those subjects in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination compared with national schools last year," he said.

"I hope our Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin would do something about it because Johor had stated its position on this matter."

At the ceremony, Ghani announced that an additional allocation of RM300,000 will be given to enhance the school's infrastructure and amenities.

SOURCE: NST JOHOR STREETS, 21 MAY 2009

KESAN PENDUDUK MISKIN - MB


Abdul Ghani Othman menandatangani buku pelawat selepas merasmikan Surau Al Redha, Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, Muar, baru-baru ini.

MUAR 20 Mei - Penghulu dan ketua kampung di seluruh negeri ini diminta mengesan penduduk di kawasan masing-masing yang masih dibelenggu kemiskinan untuk dilaporkan kepada pihak kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan negeri telah mengamanahkan kepada penghulu dan ketua kampung untuk memantau dan mengesan kes-kes penduduk yang masih hidup dalam kemiskinan bagi membolehkan bantuan disalurkan.

''Apabila membaca laporan dalam media masih terdapat penduduk yang daif dan memerlukan bantuan, kita sepatutnya rasa malu kerana keluarga yang daif itu adalah jiran sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Surau Al Redha dan Balai Raya Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, Ledang di sini kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan; Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd. Rahman dan Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.

Abdul Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Ledang mengharapkan agar ketua-ketua kampung dapat memaklumkan kepada penghulu sekiranya terdapat keluarga miskin di kampung mereka.

Ini, katanya, bagi membolehkan kerajaan membantu mereka dengan segera.

"Dalam masyarakat kita, ada keluarga yang memerlukan perhatian terutama keluarga daif dan jika ada laporan mengenainya, kita akan bantu mereka daripada pelbagai sudut supaya mereka boleh hidup berdikari dan keluar dari belenggu kemiskinan," tambahnya.

Menurutnya, kerajaan Johor berazam untuk menangani dan menyelesaikan kes-kes keluarga miskin ini sehingga 2010 supaya semua rakyat dapat hidup dengan selesa dan harmoni.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 MEI 2009

SUKAN BERBASIKAL DI LUAR BANDAR


Samat Aripin (empat dari kiri) bersama pelumba-pelumba Sirkit Jorak di pekan Pagoh, Muar, baru-baru ini.


MUAR 20 Mei - Penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan Sirkit Jorak di sekitar Muar dan Ledang baru-baru ini berjaya menyemarakkan lagi minat masyarakat luar bandar dalam sukan berbasikal.

Malah itu terbukti mampu menggalakkan lagi penyertaan secara serius masyarakat dalam sukan tersebut.

Kejohanan yang berlangsung pada 9 dan 10 Mei lalu melibatkan kategori lebuh raya serta kriterium yang khusus kepada pelumba-pelumba amatur.

Secara keseluruhannya, sebanyak 169 pelumba dari seluruh negara dan Singapura terlibat dalam sirkit yang kali keempat dianjurkan itu.

Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Johor, Datuk Samat Aripin berkata, matlamat penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk memberi pendedahan terbaik kepada masyarakat luar bandar mengenai sukan lumba basikal.

''Penganjuran sirkit ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kalendar lumba basikal peringkat kebangsaan dan ia melibatkan pelumba-pelumba profesional dan amatur.

''Dengan adanya penganjuran sirkit ini, kita secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat pelumba baru yang dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau lagi, selain dapat membantu mempromosikan aktiviti pelancongan, Sirkit Jorak dapat membentuk kecenderungan masyarakat di Muar dan Ledang untuk terlibat dalam acara sukan itu.

''Memang kami sengaja membuatnya di kawasan luar bandar, sebab di kawasan seperti ini juga banyak peminat-peminat yang mengikutinya," katanya.

Bagi acara lebuh raya yang bermula dan tamat di pekan Pagoh, acara yang dipertandingkan adalah laluan sepanjang 159 kilometer (km), 80km serta 45km yang meliputi pelbagai lokasi mencabar termasuk berbukit.

Sementara itu, dalam acara kriterium, jarak yang ditetapkan adalah sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan perumahan Taman Pagoh Jaya.

Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah pelbagai termasuk lelaki prajunior, lelaki junior, lelaki senior, terbuka wanita, veteran junior serta veteran senior.

Selain itu, acara kriterium turut mengadakan kategori khas bagi pelajar-pelajar lelaki Sekolah Rendah Pagoh dan Sekolah Menengah Pagoh.

Hadir bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah sirkit berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat serta ADUN Jorak, Dr. Shahruddin Md. Salleh.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 MEI 2009

20 Mei 2009

WARUNG RANAP DIHEMPAP POKOK

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my

Keadaan warung milik Aziz yang ranap dihempap pokok kelapa di Kampung Parit Kassim, Bukit Gambir, semalam.

Peniaga dan pembantu hilang mata pencarian dan kerugian RM10,000

MUAR: Seorang peniaga warung, Aziz Komeng, 45, (gambar) dari Kampung Parit Kassim, Bukit Gambir, Ledang, di sini, hilang mata pencarian apabila warungnya ranap dihempap sebatang pokok kelapa, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, pokok kelapa setinggi kira-kira lapan meter di depan warung itu tumbang berikutan angin kencang dan hujan lebat selama kira-kira 10 minit.

Kejadian itu menyebabkan keseluruhan bahagian ruang perniagaan dari depan hingga ke dapur musnah termasuk kerusi meja dan peralatan perniagaan lain.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana ketika itu warung berkenaan ditutup dan pemiliknya membantu kerja gotong-royong mendirikan khemah di sebuah rumah penduduk yang akan mengadakan majlis perkahwinan, semalam.

Aziz berkata jika tidak terbabit acara gotong-royong warungnya dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam setiap hari.

"Saya bernasib baik kerana ketika kejadian warung tidak dibuka, dan jika keadaan sebaliknya, mungkin ada pelanggan yang cedera sama ada dihempap batang kelapa atau mengenai serpihan pelepah dan daun pokok itu.

"Kerosakan yang teruk itu menyebabkan saya mengalami kerugian dan terpaksa menutup perniagaan selama beberapa hari sementara mencari peruntukan memperbaiki kerosakan dan mengganti alat perniagaan yang musnah," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 MEI 2009

BEES ATTACK CLIMBERS IN GUNUNG LEDANG

AN expedition to Gunung Ledang turned into a scary experience for a group of 21 climbers when they were attacked by a swarm of bees recently.

 One of the climbers on a stretcher being taken to the Tangkak Hospital.
One of the climbers on a stretcher being taken to the Tangkak Hospital.
The group were attacked when they were approaching the Padang Batu stop at 2.30pm. They were trapped for about an hour before they could call for help.


"The bees attacked and hovered above my head. At that time, I had to lie down and stay still," said Rosdi Nawi, 45, a Universiti Malaya (UM) staff who was among the climbers.

Rosdi and four other group members, Zaini Abd Aziz, 31, Wan Mohd Fazly Wan Mansor, 20, Zuhaw Kasa, 41, and Shahril Izar, 25, trekked for two hours before they could get help.

They were taken to the Tangkak Hospital.

The remaining 16 climbers, which included students and staff of UM, spent the night in the mountain before continuing with their climb.

Earlier, a National Park ranger, who was on his way to rescue the climbers, was injured when he fell on a tree stump. Azman Ithnin, 47, only suffered minor injuries and received outpatient treatment.

SOURCE: NST JOHOR STREETS, 20 MAY 2009

19 Mei 2009

MISSING BANANAS MAY BE SOLVED WITH MAN'S ARREST

A MAN suspected to be a member of a robbery gang has been arrested in Taman Tangkak Jaya, Tangkak, during Ops Tapis recently.

Known as JM, 34, he is believed to be behind 20 cases of armed robberies, snatch thefts and motorcycle thefts.

He is also believed to be involved in nine cases of banana and scrap rubber thefts in the district.

Ledang police chief Superintendent Harun Idris said JM had been linked to a number of criminal activities in Tangkak, Bukit Gambir, Gersik and Sungai Mati.

He said police were locating the other gang members.

"After arresting two of the gang members, we are confident of solving a number of cases in the district," he said.

He added that the two suspects, both drug addicts, were willing to steal anything to get money.

In the operation, police also arrested a 29-year-old rubber tapper for stealing farm produce and motorcycles.

They also arrested two foreigners aged 19 and 26.

The foreigners were believed to be involved in theft and robbery.

SOURCE: NST JOHOR STREETS, 19 MAY 2009

18 Mei 2009

EKSPEDISI DISERANG LEBAH GUNUNG LEDANG

TANGKAK: “Hampir 30 lebah menyerang dan berpusing-pusing di kepala selama sejam dan ketika itu, saya hanya mampu berdiam diri sambil meniarap di tanah,” kata Rosdi Nawi, 45, seorang daripada 21 pendaki yang diserang lebah ketika mendaki Gunung Ledang di sini, petang kelmarin.

Kakitangan Universiti Malaya (UM) itu antara peserta yang menyertai ekspedisi mendaki gunung berkenaan melalui Asahan, Melaka sejak jam 9 pagi kelmarin.

Mereka diserang sekumpulan lebah perantau yang terbang ketika hampir tiba di hentian Padang Batu, kira-kira jam 2.30 petang dan sejam kemudian baru mereka memaklumkan kejadian itu untuk meminta bantuan.

Lima peserta iaitu Zaini Abd Aziz, 31, Wan Mohd Fazly Wan Mansor, 20, Zuhaw Kasa, 41, Shahril Izar, 25 dan Rosdi terpaksa berjalan kaki selama dua jam sebelum diselamatkan pasukan penyelamat yang menunggu berhampiran Menara Telekom sebelum tiba di Hospital Tangkak (HT) kira-kira jam 11.45 malam kelmarin untuk menerima rawatan lanjut.

Selain itu, 16 peserta lain termasuk penuntut dan kakitangan UM serta kakitangan beberapa syarikat swasta meneruskan ekspedisi bermalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak untuk melihat keindahan alam semula jadi pada waktu Subuh.

Terdahulu kira-kira jam 6 petang, seorang daripada dua pegawai Renjer Taman Negara, Azman Ithnin, 47, yang dalam perjalanan untuk membantu kumpulan itu cedera ringan apabila terjatuh dan tercucuk tunggul kayu sebelum menyelamatkan mangsa dan menerima rawatan pesakit luar di HT kira-kira jam 7.30 malam.

Rosdi berkata, dia diserang kira-kira 30 lebah yang terbang di atas kepala ketika memanjat tali dari Batu Berlumut yang hanya beberapa meter untuk tiba di kawasan Padang Batu.

SUMBER: HARIAN METRO, 18 MEI 2009

RASUAH: PAS TIDAK TERKECUALI

MUAR 17 Mei - Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan parti itu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, gejala berkenaan tidak boleh dikhususkan kepada parti tertentu sahaja dan Pas diyakini akan mengambil strategi untuk tidak menggembar- gemburkan masalah tersebut kepada umum.

"Itu soal mereka dan kita tidak mahu campur tangan dalam urusan Pas tetapi kalau ada laporan tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam yang mengarahkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Husam berkata, sekiranya Mohamed Daud dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Mengenai pemecatan Senator T. Murugiah dalam Parti Progresif Rakyat (PPP), Muhyiddin berkata, ia adalah urusan dalaman parti berkenaan yang tidak perlu parti lain campur tangan.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih molek jika PPP menjelaskan asas dan sebab berhubung langkah tindakan pemecatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 MEI 2009

GERAKAN BESAR-BESARAN MANTAPKAN SEMANGAT JUANG AHLI UMNO

MUAR 17 Mei - UMNO akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk memantapkan semangat juang dan gerak kerja ahli-ahlinya dengan menganjurkan kursus latihan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berkenaan adalah antara perubahan penting bagi memperkukuhkan lagi UMNO untuk menghadapi sebarang cabaran dan sebagai persediaan menempuh pilihan raya umum akan datang.

"Perubahan besar-besaran ini membabitkan peringkat bahagian hingga ke cawangan dengan melibatkan setiap ahli dalam modulmodul latihan yang sesuai bagi menyusun jentera parti, gerak kerja, memulihkan semangat, meningkatkan kerjasama dan hubungan antara ahli dan juga di kalangan parti komponen," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diarahkan untuk mengendalikan latihan tersebut serta merta tanpa perlu menunggu waktu menjelang pilihan raya umum pada 2013.

Muhyiddin berkata, latihan yang turut melibatkan sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri diharapkan dapat mengembalikan sokongan serta keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang seterusnya mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

Menurutnya, ahli-ahli yang menamatkan kursus tersebut bukan sahaja mempunyai jati diri terhadap perjuangan UMNO yang tinggi, tetapi juga mampu menolak dakyah dan tohmahan parti pembangkang terhadap BN.

"Ini kerana perubahan pertama yang perlu dilakukan ialah perubahan dalam diri, kalau ini dapat dilakukan, kita akan mempunyai ahli-ahli yang kuat bekerja, bersungguh-sungguh dan seterusnya membantu parti meraih sokongan rakyat," katanya.

Menurutnya, setiap ahli terutama di peringkat akar umbi perlu menyedari bahawa tempoh tiga tahun sebelum pilihan raya umum akan datang adalah amat kritikal kerana ia bakal menentukan sama ada kekuatan BN untuk terus memimpin kerajaan pada masa depan.

Beliau memberitahu, antara yang perlu diperkukuhkan ialah hubungan ahli-ahli parti dengan masyarakat dan kerjasama antara parti-parti komponen BN.

"Ahli-ahli perlu sedar bahawa kita tidak boleh berasa selesa bahkan tempoh ini perlu diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk' yang menuntut semua ahli bekerja bersungguh-sungguh," jelasnya.

Justeru, Muhyiddin berkata, sikap hanya memberi laporan berhubung perkara yang baik-baik sahaja bagi menyedapkan perasaan pemimpin perlu dikikis kerana ia hanya merugikan dan memakan diri sendiri.

"Hari ini kita mesti memberitahu yang sebenar, jangan bagi tahu yang elok sahaja, tetapi yang tak elok pun kena beritahu kepada pemimpin.

"Jangan asyik yes sir... ok bos sahaja nanti esok rupa-rupanya K.O bos," katanya.

Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu perlu dijadikan iktibar bahawa rakyat pada waktu ini mahukan perubahan dari segi cara berfikir dan bertindak kerana pengundi kini mempunyai kehendak dan harapan yang tinggi untuk dipenuhi.

Pada masa yang sama, katanya lagi, para pemimpin parti pembangkang terus berkempen walaupun pilihan raya telah tamat untuk terus memburukkan serta melemparkan tohmahan dan dakyah terhadap BN.

"Ini menyebabkan rakyat mempercayai pembohongan mereka dan pada pilihan raya lalu, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang," jelasnya.

Menurutnya, UMNO juga perlu mengubah pendekatan dengan mendekati kaum-kaum lain selain daripada kaum Melayu untuk menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO di negeri yang dikuasai pembangkang pula jangan sekali-kali patah semangat, sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk melihat kembali kelemahan dan kesilapan lalu.

Ini, katanya, dapat membina kekuatan termasuk mengatasi isu-isu rakyat yang bukan sahaja berkaitan orang Melayu, tetapi juga kaum lain.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 MEI 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO HAMPIR SIAP

MUAR 17 Mei - Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO yang antaranya membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda dijangka siap dalam tempoh satu atau dua minggu ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rangka draf berkenaan akan dihantar kepada semua badan perhubungan negeri untuk diteliti bagi tujuan penambahbaikan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Kalau ada apa-apa yang dicadang, ditambahbaik serta diperelokkan dan dihantar balik kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Palniappa, Pagoh di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan berkenaan turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri perlu dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Muhyiddin berkata, selepas diproses dalam jawatan kuasa tersebut, pindaan berkenaan akan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas UMNO yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Menurutnya, pindaan perlembagaan berkenaan adalah kesinambungan daripada inisiatif beliau semasa menjadi Naib Presiden parti sebelum ini.

"Ini sudah pun dimulakan oleh Hishammuddin selaku Naib Presiden yang dipertanggungjawabkan membawa pindaan perlembagaan. Sebelum ini saya sudah bincang bersama Perdana Menteri dan telah memberikan beberapa maklumat kepada Hishammuddin tentang bentuk pindaan yang dicadangkan supaya selaras dengan undang-undang parti," jelasnya.

Mengenai perjumpaannya dengan masyarakat India dan Cina, beliau berkata, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC perlu memberi tumpuan kepada soal membantu meringankan beban rakyat.

Katanya, BN perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu sentiasa mementingkan kebajikan rakyat seperti soal menambah pendapatan, pekerjaan dan sara hidup.

"Dalam situasi ekonomi lembap waktu ini rakyat fikir mengenai soal hendak cari makan, jadi kita mesti orientasikan usaha parti untuk membantu rakyat meringankan beban daripada masalah ekonomi atau menambah kegiatan ekonomi, tetapi ini tidak bermakna bidang lain tak penting.

"Jadi saya fikir, kita perlu fokus pada soal kehidupan, pendidikan, pekerjaan, kemudahan dan sebagainya agar kita dilihat parti yang faham dan dapat merasai denyut nadi jantung rakyat," jelasnya.

Dengan cara itu, beliau berkata, rakyat akan dapat merasakan dan mempercayai bahawa BN sentiasa melakukan sesuatu yang mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 MEI 2009

2 PENDAKI PARAH DISENGAT LEBAH

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

ZAINI (terbaring) dan Shahril (kiri) dibawa turun oleh pasukan penyelamat dari Gunung Ledang selepas parah disengat lebah.

Mangsa kena 50 sengatan ketika panjat Gunung Ledang

TANGKAK: Dua daripada 21 pendaki Gunung Ledang, parah selepas diserang lebah selama hampir sejam berhampiran puncak gunung itu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Zaini Abdul Aziz, 24, dan Shahril Izar, 25, yang terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan, terpaksa dibawa turun pasukan penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak di sini, hampir 10 jam kemudian.

Seorang renjer Taman Negara Johor, Azman Ithnin, 47, turut cedera di dada selepas terjatuh ketika dalam perjalanan menyelamatkan mangsa dan terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Kumpulan dari Kuala Lumpur itu dikatakan mendaki gunung itu melalui Asahan, Melaka, mulai kira-kira jam 9 pagi kelmarin dan sepatutnya bermalam di lokasi hentian yang dikenali sebagai Padang Batu sebelum meneruskan pendakian ke puncak keesokannya.

Seorang daripada pendaki itu yang juga kakitangan Universiti Malaya (UM), Rosdi Nawi, 45, berkata, kumpulannya berada berhampiran hentian Padang Batu apabila secara tiba-tiba mereka diserang sekumpulan lebah walaupun mereka tidak menemui sebarang kesan sarangnya.

Katanya, serangan lebah itu menyebabkan semua anggota kumpulan itu melarikan diri termasuk berguling ke tanah dan terjun ke anak sungai berhampiran, namun usaha itu tidak berhasil apabila lebah berkenaan terus menyengat mereka.

"Kepala saya sendiri disengat dengan sekurang-kurangnya 30 sengatan, manakala yang lain ada yang hanya terkena beberapa sengatan, tetapi Zaini dan Shahril terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan," katanya ketika ditemui untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan ramai anggota pendaki itu yang muntah dan cirit birit akibat bisa sengatan dan serangan lebah itu hanya terhenti selepas hampir sejam kemudian.

Rosdi yang kali ketiga menyertai ekspedisi mendaki gunung berkata, pihaknya kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapat bantuan berikutan dua daripada anggota kumpulannya itu cedera parah dan perlu dirawat segera.

Katanya, beliau bersama empat lagi rakannya termasuk dua yang cedera itu, mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di hentian tujuh yang dikenali sebagai Gunung Rundok sebelum diselamatkan oleh pasukan menyelamat.

"Mereka menggunakan laluan jalan berturap ke menara telekomunikasi berhampiran lokasi berkenaan sebelum menghantar kami ke hospital," katanya.

Beliau bersyukur kerana selain dua pendaki itu, semua anggota kumpulannya yang lain hanya cedera ringan dan masih boleh meneruskan perancangan mereka untuk bermalam di gunung itu.

SUMBER: BERITA HARIAN, 18 MEI 2009

UMNO TUNGGU MAKLUM BALAS AHLI

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

MUHYIDDIN memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran ke-62 sebelum merasmikan serentak Persidangan Cawangan Umno Bahagian Pagoh di Muar, semalam.

Rangka draf pindaan perlembagaan hampir siap, akan diedarkan: Muhyiddin

MUAR: Rangka draf pindaan Perlembagaan Umno yang membabitkan perubahan peraturan dalaman, termasuk sistem kuota dan pemilihan parti sudah hampir siap dan akan diedarkan kepada semua badan perhubungan Umno negeri dalam tempoh terdekat.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata edaran kepada badan perhubungan Umno negeri itu dibuat bagi membolehkan mereka memberi maklum balas sebelum ia dibentangkan pada Perhimpunan Agung Umno Khas yang dijadualkan tahun ini.

Beliau berkata, badan perhubungan Umno negeri diminta meneliti dan memberikan maklum balas, cadangan atau penambahbaikan draf itu sebelum ia diserahkan semula untuk dibincangkan pengurusan Umno serta Majlis Tertinggi (MT).

Katanya, perbincangan mengenai pindaan Perlembagaan Umno itu dibuat naib presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beliau sendiri turut memberikan beberapa maklumat, termasuk mengenai bentuk pindaan yang dicadangkan terhadap undang-undang parti.

"Beliau (Hishammuddin) menyediakan rangka draf dan ia dijangka siap dalam masa seminggu dua ini yang kemudian akan dihantar ke semua perhubungan negeri untuk melihat jika ada cadangan atau penambahbaikan yang perlu.

"Kita mahu ia dielokkan lagi sebelum dihantar balik sebelum dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno dan seterusnya MT," katanya selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Palniappa di sini, semalam.

Pindaan Perlembagaan Umno itu dilakukan berikutan saranan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, ketika membuat ucapan sulung sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno, 28 Mac lalu supaya semua urusan lebih lancar.

Antara lain, cadangan meminda Perlembagaan Umno itu dibuat bagi memberi mandat kepada lebih ramai ahli parti memilih kepemimpinan tertinggi yang dibuat secara serentak di 191 bahagian Umno di seluruh negara.

Ia dijangka mampu memberi kesan positif kepada parti berbanding proses pemilihan ketika ini yang dibuat mengikut kuota, dengan kepemimpinan pula dipilih kira-kira 2,000 perwakilan sedangkan Umno dianggotai lebih tiga juta ahli.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, antara cadangan dalam pindaan itu termasuk mengenai sistem pemilihan, kuota (pencalonan) dan perubahan dari segi peraturan Pergerakan Umno, Wanita dan Puteri.

Beliau berkata, turut termasuk dalam cadangan pindaan itu ialah sama ada semua ketua perhubungan Umno negeri akan kekal menjadi ahli MT parti secara automatik atau tidak.

"Apabila semua perkara itu sudah siap, kita akan membawa draf pindaan itu ke Perhimpunan Agung Khas yang dijangka dapat kita adakan tahun ini juga," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 18 MEI 2009

PARTI LAKSANA PROGRAM GERAK KERJA PULIH SOKONGAN

MUAR: Umno akan mengadakan program gerak kerja besar-besaran di seluruh membabitkan kepemimpinan peringkat tinggi hingga ke peringkat cawangan dengan mengikuti modul latihan tertentu bagi mendapatkan kembali sokongan padu rakyat semua kaum kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata BN akan menubuhkan Pusat Khidmat di setiap kawasan Parlimen sesuai dengan pendekatan wakil rakyatnya daripada parti komponen mana sekalipun berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti berkata, program gerak kerja itu akan membabitkan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno yang akan digerakkan ke arah memperkukuhkan semangat juang untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Katanya, beliau sudah mengarahkan semua Naib Presiden Umno menyusun gerak kerja itu dan mengadakan modul latihan yang bersesuaian.

"Modul latihan itu ke arah memulihkan kembali sokongan padu rakyat, usaha bagi mengeratkan lagi hubungan ahli politik dengan rakyat, meningkatkan kerjasama rapat dengan parti komponen BN.

"Dalam tiga tahun ini, Umno mesti mendapatkan kembali sokongan kuat orang Melayu dan bukan Melayu... pucuk pimpinan parti akan bersama-sama melakukannya daripada pemimpin peringkat tertinggi hingga cawangan.

"Dalam tempoh ini, parti menggalas tanggungjawab berat dan mesti lakukan sesuatu untuk meyakinkan bahawa Umno mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," katanya berucap merasmikan serentak mesyuarat cawangan Umno dalam Bahagian Pagoh di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, pemimpin dan ahli Umno mesti mendahului perubahan pendekatan dalam menjalankan tanggungjawab kerana cara pendekatan lama yang dilakukan tidak diterima, seperti yang digambarkan dalam pilihan raya umum lalu.

SUMBER: BERITA HARIAN, 18 MEI 2009

WUJUDKAN MODEL EKONOMI BARU BERTERASKAN ILMU: MB

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my


ABDUL GHANI (tengah) merasmikan dewan serbaguna sempena majlis makan malam di SRJK (C) Pui Nan di Parit Bunga, Ledang, baru-baru ini.

TANGKAK: Malaysia perlu mewujudkan model ekonomi baru yang berteraskan kepada penguasaan ilmu pengetahuan bagi mengelak kebergantungan kepada pekerja asing terutama tenaga kerja bukan mahir.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata melalui penguasaan ilmu pengetahuan dapat memastikan negara mampu menjadi negara maju dan pada masa sama boleh mengurangkan pekerja asing.

Katanya, biasanya negara maju memiliki rakyatnya yang mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi yang menjadi nadi kemajuan sesebuah negara.

"Sehubungan itu, untuk berjaya, kita memerlukan model ekonomi baru yang boleh mengurangkan kebergantungan pekerja asing. Saya berharap satu hari nanti, kita tidak lagi bergantung kepada pekerja asing," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pui Nan, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 bagi melengkapkan lagi kemudahan infrastruktur di sekolah berkenaan.

Abdul Ghani berkata, kemajuan negara juga bergantung kepada kualiti rakyatnya dari segi ilmu, kreativiti dan inovasi yang boleh dijadikan sebagai model ekonomi negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dapat dinilai semula bagi memastikan murid dapat belajar dengan lebih mudah seperti yang diamalkan SJKC yang turut menggunakan bahasa Mandarin dalam pengajaran mata pelajaran berkenaan.

Katanya, penggunaan bahasa Mandarin itu menyebabkan murid SJKC dapat mencatatkan keputusan lebih baik malah keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SJKC Pui Nan pada tahun lalu turut mencatatkan keputusan 100 peratus dalam kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

"Sebaliknya keputusan kedua-dua mata pelajaran itu di sekolah kebangsaan adalah menurun menyebabkan murid bukan saja tidak dapat belajar Sains dan Matematik dengan baik, malah mata pelajaran Bahasa Inggeris turut terjejas.

"Saya harap Menteri Pelajaran yang baru (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dapat meneliti perkara ini kerana kita di Johor sudah lama menyatakan pendirian mengenai perkara itu," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 18 MEI 2009

WARUNG MUSNAH DIHEMPAP POKOK KELAPA

Oleh ADI SABARIMAN


Aziz Komeng berdiri di hadapan warungnya yang musnah dihempap pokok kelapa dalam kejadian ribut di Kampung Parit Kassim, Bukit Gambir, semalam.

LEDANG 18 Mei - Seorang bapa tunggal kehilangan punca pendapatan apabila warungnya musnah dihempap sebatang pokok kelapa dalam kejadian ribut di Kampung Parit Kassim, Bukit Gambir, petang semalam.

Aziz Komeng, 45 berkata, beliau bersyukur kerana ketika kejadian warung itu ditutup kerana dia pergi ke majlis gotong-royong mendirikan balai untuk majlis perkahwinan di rumah jirannya.

Katanya, dalam kejadian jam 4.15 petang itu hujan lebat serta angin kencang turut menerbangkan khemah yang didirikan pada majlis gotong-royong tersebut.

"Alhamdulillah..saya bersyukur kepada Allah kerana masih melindungi saya. Kalau ketika itu saya masih berniaga sudah tentu kejadian buruk pasti menimpa saya serta pekerja dan pelanggan yang sedang minum di warung," katanya kepada
iNFOLEDANG ketika ditemui di tempat kejadian pagi tadi.
.
Aziz berkata, warungnya dibuka setiap hari mulai jam 7 pagi hingga 7 malam dan menjadi persinggahan para pelanggannya untuk sarapan pagi dan minum petang.

"Saya menutup warung jam 3 petang semalam bagi membolehkan saya menyertai gotong-royong malah persiapan untuk membuat roti canai bagi jualan keesokkan hari turut musnah. Bangunan warung dan peralatannya turut musnah dihempap pokok kelapa di belakang warung yang tumbang." katanya lagi.

Dalam kejadian itu, kos kerugian dianggarkan RM10,000 melibatkan bangunan dan peralatan yang musnah.

Menurutnya, kini dia dan empat orang pekerjanya kehilangan mata pencarian akibat kejadian malang itu.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Parit Kassim, Omar Mustari berkata, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa Aziz dan telah berusaha menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk membantu beliau.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan.

Katanya lagi, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Ledang, Othman Abd Kadir telah melawat tempat kejadian pagi tadi dan berusaha membantu Aziz yang kehilangan mata pencarian.



Adakah kelapa itu biji?
Ketahuilah jawapannya di Yahoo! Answers!