TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

13 Mei 2009

PEMUDA SAGIL PARIT 2 ANJUR BOLA SEPAK 9 SEBELAH

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Zaidi Abd Majid (tengah) dan Ketua Kampung Sagil Parit 2, Simin Jasiman (kanan) menyampaikan piala kepada wakil pasukan ILP Sagil.

Oleh ADI SABARIMAN


LEDANG:
Sebanyak sepuluh pasukan bola sepak telah menyertai pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah bagi merebut Piala Tok Simin yang telah diadakan di padang Dataran Bestari, Sagil Parit 3, baru-baru ini.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sagil Parit 2 dalam Bahagian Ledang.

Ketua Pemudanya, Arifudin Wagiman berkata, program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan pemuda dan veteran di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Menurutnya, pasukan yang bertanding terdiri daripada pemuda dan belia di kawasan Sagil dan penyertaan mereka juga dapat mencungkil bakat dalam permainan bola sepak.

"Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Sagil Parit 2, Simin Jasiman yang menaja piala pusingan pertandingan ini manakala hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Zaidi Abd Majid," katanya kepada iNFOLEDANG, di sini.

Pasukan Sagil Parit Satu dan Sagil Konggo bergambar ramai sebelum pertandingan dimulakan.

Dalam pertandingan itu, pasukan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sagil muncul sebagai johan dan membawa pulang piala pusingan Piala Tok Simin, wang tunai RM300 serta sijil penyertaan.

Para pemain pasukan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sagil bersama Piala Tok Simin yang dimenangi dalam pertandingan tersebut.

Naib johan pula disandang pasukan Garang FC Parit 2 (wang tunai RM200, piala dan sijil), ketiga pula pasukan Pilihan Parit 3 (wang tunai RM100, piala dan sijil) manakala tempat keempat dimenangi oleh pasukan Tegelan FC Parit 1 (wang tunai RM50, piala dan sijil). ~iNFOLEDANG

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas..tok ketua(YdH Tok Simin Jasiman)..moga2 piala pusingan menjadi acara tahunan.kalau boleh hadiah tu...(rm)naikan le sikit..baru Grand.Apa2 hal tahniah kpd penganjur,peserta,pengadil,penyokong dan pemenang di kalangan parit-parit jga.majulah sukan untuk bangsa...(sokongan penuh buat pt2)