PENGUNJUNG SETIA

18 Mei 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN 2009

LEDANG: Pejabat Tenaga Kerja Muar dan Biro Sumber Manusia, Umno Bahagian Ledang akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan 2009 dan Karnival Kerjaya, Sabtu ini.

Program sehari itu akan diadakan pada 23 Mei ini di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sagil mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada karnival itu pendaftaran secara online melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my, temuduga terbuka, ceramah bimbingan kerjaya, panduan dan tips temuduga serta pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak.

Para peserta yang berminat boleh datang pada hari tersebut dengan membawa sijil-sijil asal berserta salinan, resume dan berpakaian kemas bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Untuk mengetahui keterangan lanjut boleh menghubungi talian 06-9511672.
~iNFOLEDANG

Tiada ulasan: