PENGUNJUNG SETIA

11 Mei 2009

ERATKAN PERPADUAN DI KALANGAN AHLI UMNO

foto l hairulabubakar l medkom
Ikhlas...Dato' Abdul Ghani menyampaikan sumbagan kepada Ketua Cawangan UMNO Kampung Belemang, Hamdan Jumaan sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Ledang, Ir.Hamim Samuri.
LEDANG, 11 Mei: Perpaduan di kalangan ahli Umno perlu diambil perhatian untuk meneruskan usaha membela kepentingan dan hak rakyat negara ini.
Ketua Bahagian Umno Ledang, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, pelbagai persepsi diberikan kepada Umno dan sebagai ahli sudah menjadi tanggungjawab untuk menepis tanggapan itu agar parti tidak terus dipandang serong oleh orang luar.

“Umno dilihat sebagai sebuah parti yang membawa kepada pelbagai bentuk masalah,sedangkan, Umno memperjuangkan keadilan bagi kebaikan rakyat.
“Orang memerhati kita dan kesimpulan yang dibuat mengenai Umno berdasarkan beberapa perkara yang berlaku dan perkembangan semasa parti yang akhirnya menyebabkan ramai menolak untuk bersama-sama menyertai perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 2009 Umno Bahagian Ledang di Dewan Jubli Intan, Tangkak.

Abdul Ghani merangkap Menteri Besar berkata, perpaduan juga perlu wujud di kalangan generasi lama dan anak muda bagi memastikan Umno kekal relevan.

“Kita perlu mendekati dan memahami kehendak generasi muda agar kita dapat bergerak seiring dalam usaha membela kepentingan rakyat dan parti.

“Ini kerana Umno tidak mampu untuk menghadapi cabaran masa depan dengan kekurangan semangat perpaduan di kalangan ahli.

“Hanya dengan perpaduan sahaja dapat mengukuhkan kekuatan parti,” katanya.

SUMBER: PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR

Tiada ulasan: