TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

16 Mei 2009

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN SURAU AL REDHA DAN BALAI RAYA PARIT JARUM DARAT OLEH MENTERI BESAR JOHOR




LEDANG (15 Mei) :
Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Abdul Ghani Othman telah menyempurnakan majlis perasmian Surau Al Redha dan Balai Raya Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, petang semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Ledang, YB Ir Haji Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir merangkap Exco Kerajaan Johor, YB M Asojan; ADUN Tangkak, YB Goh Tee Tee; ADUN Bukit Serampang, YB Tahir Md Taat, Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman, Ketua Kampung Parit Haji Idris, Haji Ismail Sitam dan Pengerusi Surau Al Redha, Saad Adnan.

Menteri Besar turut melawat pameran gubahan pengantin, lipatan hantaran pengantin, menyaksikan persembahan zapin dan mengadili pertandingan Mini Autoshow kategori motorsikal cantik dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tiada ulasan: