TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

04 Mei 2009

ABAI MAKANAN SEIMBANG PUNCA SAKIT KRONIK

Oleh Jamaludin Husin

MUAR: Akibat tidak mengamalkan makanan seimbang dan pengambilan gula berlebihan terutama dalam minuman, menyebabkan jumlah pengidap penyakit kronik di negara ini meningkat setiap tahun.

Justeru, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, mengingatkan orang ramai supaya mementingkan kesihatan dan berhati-hati ketika menjamu selera dengan memilih makanan yang tidak berlemak serta jangan minum minuman yang terlalu manis.

Beliau juga menyarankan kalangan yang sudah berusia lebih 50 tahun supaya menjalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali atau setiap dua minggu.

"Bagi yang sudah berusia 40 tahun pula, mereka perlu berbuat demikian setiap enam bulan dan wanita pula digalakkan supaya menjalani saringan pemeriksaan payu dara dan rahim.

"Kekerapan menjalani pemeriksaan kesihatan membolehkan pakar perubatan mengesan penyakit di peringkat awal sekali gus mencegahnya daripada merebak sehingga boleh membawa maut kepada pengidap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Gerak Mesra bagi Zon Bukit Kangkar, Sungai Mati dan Serom, di Balai Raya Taman Kangkar Jaya, Bukit Kangkar, Ledang, kelmarin.

Majlis anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Ledang, Majlis Daerah Tangkak, Badan Kebajikan Penduduk Taman Kangkar Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Kangkar dan Syarikat Pengeluar Produk Kesihatan Pharmaniaga Berhad.

Hadir sama, Pengurus Besar Logistik Pharmaniaga, Ramlan Abd Rahman; Pengurus Kanannya, Fahrul Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kangkar Jaya, Mustaffa Ab Rahman.

Hamim berkata, kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan yang cukup kepada rakyat termasuk melengkapkan klinik kesihatan dan klinik desa di luar bandar.

SUMBER: BERITA HARIAN, 4 MEI 2009

Tiada ulasan: