PENGUNJUNG SETIA

08 Januari 2010

PENGHARGAAN UPSR


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan anugerah cemerlang kepada Muhammad Amirun Su'eb pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2009 dan Penyampaian Plak Pembinaan Dewan Sekolah-Sekolah Parlimen Pagoh di SK Bukit Rahmat, Gersik dekat Ledang, Johor, semalam.– utusan/Ishak Rahmad

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pembinaan empat buah dewan tertutup dan 11 dewan terbuka bagi sekolah-sekolah terpilih di kawasan Pagoh.

Pembinaan yang melibatkan kos RM25 juta itu bertujuan mempertingkatkan bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah terbabit serta untuk kegunaan aktiviti sekolah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan demikian pada majlis meraikan 120 murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka yang diraikan terdiri terdiri daripada murid-murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan Parlimen Pagoh.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang, Tahir Mohd. Taat.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 JANUARI 2010

Tiada ulasan: