PENGUNJUNG SETIA

07 Januari 2010

PENGHARGAAN


NIK OMAR (kanan) bermesra bersama penerima-penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada Majlis Semarak Bakti anjuran JKM Muar, baru-baru ini.

Komitmen berterusan tenaga pengajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daerah Muar dan Ledang yang gigih mendidik golongan orang kurang upaya (OKU) baru-baru ini diberi penghargaan menerusi majlis makan malam Semarak Bakti di sebuah hotel di Muar.

Majlis yang merupakan anjuran Pejabat Kebajikan Daerah Muar dan Ledang itu turut bermatlamat mengeratkan lagi kerjasama para kakitangan di samping menyuntik motivasi untuk melaksanakan pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Pengarah Kebajikan Masyarakat Johor, Nik Omar Nik Abd. Rahman serta Pegawai Kebajikan Daerah Muar, Nazri Hussin.

Dalam majlis berkenaan, para kakitangan PDK dan JKM turut diraikan dengan anugerah cemerlang perkhidmatan di atas jasa bakti pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 07 JANUARI 2010

Tiada ulasan: