PENGUNJUNG SETIA

01 Januari 2010

TANAM MAYAT BAYI DEKAT REBAN AYAM

TANGKAK: Bau busuk dari reban ayam yang dihidu seorang seorang warga emas, membongkar perbuatan terkutuk penuntut kolej swasta yang disyaki menanam mayat bayi perempuannya dekat reban ayam itu di belakang sebuah rumah di Sawah Ring, Gersik di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata mayat bayi dipercayai baru lahir yang ditanam itu terbongkar apabila seorang lelaki berusia 62 tahun, terhidu bau busuk ketika berkebun di belakang rumahnya, kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, warga emas itu memeriksa persekitaran kebunnya dan ternampak kesan tanah baru dikambus seperti ditanam dan bau busuk itu datang dari situ.

Katanya, lelaki itu yang curiga, menggali tanah berkenaan dan terkejut apabila menemui satu mayat bayi perempuan.

Menurutnya, lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Gersik di sini, kira-kira jam 12 tengah hari sama.

“Susulan itu, siasatan lanjut dijalankan dan kami menahan seorang wanita berusia 20 tahun lima jam kemudian.

“Siasatan awal mendapati wanita itu menuntut di sebuah kolej swasta di Muar, dan mendakwa melahirkan bayi perempuan terbabit sendirian di rumahnya yang terletak hanya 20 meter dari lokasi mayat bayi itu ditanam.

“Setakat ini, kita masih belum mengetahui sama ada bayi ditanam hidup-hidup atau selepas kematiannya. Kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bayi itu,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 01 JANUARI 2009

Tiada ulasan: