PENGUNJUNG SETIA

31 Januari 2009

WANITA MAUT, SUAMI PARAH

TOYOTA Impreza dinaiki suami isteri remuk selepas terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh Raya Utara Selatan, malam kelmarin.

TANGKAK: Seorang wanita maut, manakala suaminya parah apabila Toyota Impreza yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan, dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Lim Su Yin, 30, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira empat jam dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tangkak.

Suaminya yang identitinya belum dikenal pasti dan juga pemandu kereta itu, cedera parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila suami mangsa gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas ke tengah jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk teruk dan mangsa tersepit di tempat duduk.

SUMBER: BERITA HARIAN, 31 JANUARI 2009

30 Januari 2009

FOCUS ON UNITY, SAYS TEE KEAT

TANGKAK: MCA leaders have been urged to focus on boosting unity not only within the party but also in society to face the challenges brought about by the global recession.

Party president Datuk Seri Ong Tee Keat said there should not be any personal agenda but only those for the party and nation during these trying times.

Speaking to reporters in Kesang near here yesterday, he said leaders should capitalise on the Chinese New Year celebrations to foster a stronger bond and understanding with the people.

“We see that the Chinese New Year celebrations held here and at other places received tremendous response from the people. This indicates that MCA is very much united and accepted by the people,” he said at Johor MCA Youth chairman Haw Chin Teck’s Chinese New Year open house.

Ong, who was accompanied by Deputy Education Minister Dr Wee Ka Siong, said he was confident the people in Johor still supported the party.

Judging from the large crowd which attended Haw’s open house, he said he was confident a state-level celebration, to be held next month, would attract an even bigger crowd.

To a question on political differences among party leaders, Ong said it was normal for people to have different views but on the whole, Johor MCA was united.

“We believe MCA leaders in the state are very committed in boosting unity within the party and with the people.

“I see that this year, Johor MCA will get stronger and better despite the challenges pose by the global recession,” he added.

SOURCE: THE STAR, Friday January 30, 2009

29 Januari 2009

HOMESTAY JUAL NAMA JOHOR

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my

KOBOI kerbau liar dan barongan mungkin tidak serancak mana atau sekadar tinggal nama jika program homestay tidak memberi ruang untuk kedua-dua acara ini mempamer keunikan masing-masing.

Homestay boleh dikatakan antara produk pelancongan cukup menonjol di Malaysia.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan homestay turut mengangkat sekali gus mempopularkan pelbagai warisan budaya dan tradisi penduduk setempat yang sesetengahnya berkemungkinan pupus.

Ini diakui Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Johor, Jabar Md Tahir yang menyifatkan program homestay nyata mampu menonjolkan pelbagai keunikan budaya masyarakat Darul Takzim termasuk tarian Bugis (popular di Tanjung Piai, Pontian) serta zapin dan kuda kepang yang sudah pun mencipta kepopularannya sendiri.

"Di samping mempamerkan pelbagai ciri kebudayaan setempat, homestay mengetengahkan industri kecil dan sederhana termasuk perusahaan kuih tradisional dan ternakan sebagai sebahagian daripada pakej produk pelancongan negeri ini.

"Sehingga kini, sambutan program amat menggalakkan sama ada daripada kumpulan sasaran iaitu pelancong luar negara mahupun pelancong domestik," katanya ketika ditemui di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Antara homestay yang aktif di Johor termasuk homestay Tanjung Piai, Pontian; Parit Bugis, Muar; Semenchu dan Temenin Baru, Kota Tinggi; Gunung Pulai, Johor Bahru serta Air Papan di Mersing.

Termasuk Batu Pahat, enam daerah mengambil bahagian dalam program homestay di Johor yang mula diperkenalkan sejak 1991.

Pada awalnya, hanya Kampung Perpat Timbul dan Kampung Serkat di Pontian memperkenalkan homestay namun kini, ia membabitkan seramai 451 peserta di enam daerah terbabit.

Sejak 2004 pula, Persatuan Homestay Negeri Johor ditubuhkan yang berfungsi mengendalikan kampung homestay berdaftar di negeri ini.

Jika koboi kerbau liar hutan mengundang minat pengunjung khususnya ketika menjelang raya korban di Kota Tinggi, Air Papan pula menanti pengunjung yang ingin mendekati kaedah penetasan telur penyu dan menyaksikan sendiri kemahiran beruk memetik buah kelapa.

Tarian masyarakat Jawa, barongan, yang memerlukan penarinya mengenakan topeng binatang boleh ditinjau di sekitar Batu Pahat.

Untuk mereka yang gemarkan kuih-muih tradisional sekali gus mendekati kaedah pembuatannya, Parit Bugis antara destinasi menarik.

Dalam tempoh terdekat, usaha ternakan kupang di Johor Bahru juga bakal menggamit kunjungan pelancong apabila ia diwartakan sebagai satu lokasi homestay terkini di negeri ini.

Penyertaan program homestay, menurut Jabar, dilaksanakan secara sukarela oleh kampung berkaitan apatah lagi ia membabitkan kerjasama seluruh penduduk kampung.

"Tiada paksaan untuk menyertai program ini manakala kampung yang berminat harus mengemukakan permohonan. Kerajaan turut menyediakan peruntukan untuk peserta dan wakil rakyat bagi memperbaiki kemudahan prasarana," katanya.

Pemilihan kampung pula antara lain berdasarkan lokasinya yang mudah dikunjungi, tarikan pelancongan serta produk setempat.

Tidak ketinggalan, aspek perpaduan, kerjasama dan keramahan penduduk kampung turut diambil kira.

Sehingga kini, sesetengah kampung yang menyertai program homestay turut meraih pelbagai gelaran termasuk kampung tercantik, Satu Daerah Satu Industri dan Kampung Gerakan Daya Wawasan.

Kehadiran pelancong luar negara rata-rata dari Singapura, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia namun pelancong tempatan tidak ketinggalan memeriahkan lagi program homestay.

Malah adakalanya, menurut Jabar, jumlah pelancong domestik mencatatkan penyertaan lebih tinggi daripada pelancong asing.

Lantaran itu, katanya, program homestay bakal dijadikan produk utama pelancongan negeri ini terutama dengan maklum balas positif serta pertambahan bilangan kampung baru yang ingin berkongsi pertumbuhan pesat program berkenaan.

SUMBER: HARIAN METRO, 29 JANUARI 2009

28 Januari 2009

IBU MENANGIS SEPANJANG JALAN

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

DOA...Setiausaha JKKK Kampung Cherating, Ahmad Nizam Abdul Ghani (kiri) membaca doa buat Allahyarham Juazer Rizal sambil diaminkan ahli Kelab Motokar Parit Raja, semalam.

KUANTAN: Ibu mangsa lemas yang bergegas ke Pantai Cherating berhampiran Kampung Budaya, dekat sini, kelmarin, dikatakan menangis sepanjang perjalanan dari rumahnya di Parit Raja, Gersik, dekat Muar.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Rofiah Alil, 52, ibu kepada Juazer Rizal Shalehuddin, 22, enggan keluar dari kereta walaupun berulang-kali dipujuk anggota keluarga dan rakan arwah anaknya untuk meninjau operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa.

Juazer Rizal, juruteknik sebuah kilang elektronik di Tangkak, Johor, difahamkan menyertai konvoi berkereta anjuran Kelab Motokar Parit Raja dan berkelah satu malam di pantai berkenaan sempena cuti Tahun Baru Cina.

Seramai 70 ahli kelab berkenaan membabitkan 25 kereta berlepas dari Parit Raja, Ahad lalu.

Pelepasan konvoi itu turut diraikan pada majlis yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Mohd Taat di Balai Raya Parit Raja.

Penganjur, Mohamed Azlan Jaafar, berkata konvoi itu tiba di Pantai Cherating kira-kira jam 3 petang, kelmarin, sebelum merancang pelbagai aktiviti sepanjang dua hari satu malam di pantai berkenaan.

“Namun, kami tidak menyangka aktiviti percutian hari keluarga bagi merapatkan hubungan sesama ahli kelab berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa seorang peserta.

“Malah, saya juga kehilangan sahabat karib yang dikenali sejak kecil. Kami bukan saja tinggal sekampung, malah bersekolah sama walaupun arwah lebih muda daripada saya,” katanya yang tidak menyangka kunjungan kali pertama ke Pantai Cherating meninggalkan kenangan pahit apabila seorang peserta lemas.

Sebelum kejadian, dia berkata, arwah sudah dua kali mandi di pantai itu.

Mangsa lemas akibat ditarik ombak besar ketika mandi untuk kali ketiga bersama seorang rakan kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, kedudukan mereka berenang agak jauh daripada kumpulan lain, justeru dia mengarahkan arwah dan rakannya segera ke pantai.

“Sebelum tiba di kawasan berteluk, mereka dipukul ombak besar sebelum ditarik semula ke laut. Rakan arwah dapat berenang kembali ke kawasan cetek dan sempat memegang tangan arwah, namun terlepas dan arwah hanyut,” katanya.

Dia menghubungi ketua kampungnya supaya memaklumkan kejadian itu kepada keluarga Juazer Rizal.

“Arwah anak sulung daripada tiga beradik, tonggak keluarganya berikutan bapanya tidak boleh bekerja kerana sakit. Sebab itu, ibu arwah sedih dengan pemergiannya yang juga anak lelaki tunggal dan satu-satunya tempat keluarga bergantung,” kata Mohamed Azlan.

Dia bersama keluarga arwah dan peserta konvoi menunggu di tepi pantai sepanjang malam, malah menumpang kanopi yang dipinjamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating.

Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Zainal Abidin Mat, melawat tempat kejadian selain menghulurkan sumbangan makanan.

Mayat Juazer Rizal ditemui terdampar jam 8.05 pagi semalam di pantai berhampiran sebuah hotel, kira-kira lima kilometer dari lokasi dihanyutkan ombak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman (HK) untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa lemas di tempat sama adalah murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 13.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.50 petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berkelah bersama keluarganya mandi bersama bapa, Abdul Aziz Sulaiman, 30-an, abang, Mohd Izuddin, 16, dan adik, Mohd Aiman, 10, sebelum mereka hanyut.

SUMBER: HARIAN METRO, 28 JANUARI 2009

27 Januari 2009

PENUNGGANG MOTORSIKAL TERBUNUH, PEMBONCENG PATAH KAKI

Mayat mangsa (ditutup plastik hitam) menunggu pihak polis sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Orang ramai melihat kemalangan tersebut di selekoh Jalan Sagil - Bukit Gambir dekat Kampung Parit Kassan. (Gambar AdiSabariman:iNFOLEDANG)

LEDANG: Seorang penunggang motorsikal terbunuh manakala pemboncengnya patah kaki selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini kira-kira jam 6 petang tadi.

Mangsa (identiti masih tidak diketahui), seorang pemuda India berasal dari Bukit Pasir, Muar, dalam perjalanan pulang dari pusat perkelahan Gunung Ledang bersama tiga lagi rakannya dengan menaiki dua buah motorsikal.

Menurut rakan mangsa, dia terlajak ke jalan Parit Rabu ketika tiba di simpang tiga berhampiran Sekolah Agama Parit Kassan manakala mangsa dan pemboncengnya membelok ke kiri ke arah Bukit Gambir.

Selepas menyedari tersalah jalan, beliau berpatah balik dan apabila tiba di selekoh mendapati dua rakannya terbabit kemalangan.

Motorsikal yang dipandu mangsa tidak dapat dikawal lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera teruk di kepala dan muka.

Beliau cuba diselamatkan oleh penduduk kampung tetapi meninggal dunia di tempat kejadian mankala rakan mangsa yang membonceng motorsikal tersebut patah kaki dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mayat mangsa dihantar ke HPSF untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar menasihati pemandu kenderaan yang melalui Jalan Sagil ke Bukit Gambir terutama berhampiran selekoh tersebut supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka.

Menurutnya, beberapa kemalangan kerap berlaku di selekoh tersebut terutama bagi pemandu yang pertama kali melalui jalan tersebut dari arah Sagil, apabila kenderaan dipandu laju dan tiba di selekoh tersebut tidak dapat mengawalnya lalu terbabas.-iNFOLEDANG

MAYAT MANGSA LEMAS DITEMUI

KUANTAN 27 Jan. _ Seorang anggota konvoi berkereta, Juazer Rizal Shalehudin, 22, yang dilaporkan hilang ketika mandi di Cherating semalam ditemui terdampar di pantai berhampiran Hotel Holiday Villa di sini, pagi ini.

Mayat mangsa ditemui orang ramai kira-kira pukul 7.50 pagi iaitu kurang 24 jam setelah mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama empat rakannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd Yusoff berkata, mayat Juazer Rizal telah dihantar ke Hospital Kemaman (HK) untuk b

``Setelah selesai bedah siasat di HK, mayat mangsa akan dibawa pulang oleh keluarganya ke Muar, Johor,'' katanya di sini hari ini.

Juazer Rizal yang mengikuti konvoi 23 kereta bersama Kelab Motokar Parit Raja dari Gersik, Muar, Johor dilaporkan hilang ketika mandi di pantai Cherating, kira-kira 10 pagi semalam.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JANUARI 2009

26 Januari 2009

GERHANA MATAHARI

MUAR: Pada 26 Januari 2009 ini, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.



Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, Matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada laluan Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

MARI KITA SAMA-SAMA SOLAT SUNAT GERHANA PETANG INI, 26 JANUARI 2009

SUMBER: http://dunsgabong.blogspot.com

23 Januari 2009

TEMBOK PROJEK RUNTUH

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

Sebuah kereta rosak ditimpa tanah merah, namun tiada mangsa cedera

TANGKAK: Ketenangan hidup dua keluarga selama 30 tahun di Kampung Tengah, Jalan Sialang, tergugat apabila mereka dikejutkan dengan kejadian tembok projek perumahan bersebelahan runtuh, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, tembok yang diperbuat daripada batu-bata dan simen setinggi 2.2 meter dan sepanjang 100 meter tiba-tiba runtuh dipercayai akibat tidak mampu menampung tanah merah yang ditambak di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tujuh daripada dua keluarga yang berada di rumah bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di bawah pokok rosak ditimpa tanah merah.

Pemilik rumah, Hussin Ahmad, 57, berkata tembok itu runtuh apabila dipercayai tidak mampu menampung tanah merah ketika kerja menambak tanah sedang rancak dijalankan sejak lebih setahun.

"Saya sedang bekerja di Muar tiba-tiba datang panggilan daripada isteri tembok yang terletak kira-kira 50 meter di depan rumah, runtuh.

"Runtuhan itu menyebabkan jalan masuk ke rumah terputus kerana dihalang batu dan tanah merah, nasib baik syarikat pemaju menjalankan kerja pembersihan pagi tadi (semalam)," kata pemandu bas itu.

Menurutnya, tembok yang dibina tidak kukuh kerana tidak disokong dengan besi cerucuk menyebabkan ianya runtuh apabila banyak tanah merah ditambak di kawasan perumahan itu.

Malah katanya, sistem perparitan yang tidak dibina di bahagian belakang tanah lapang sebaliknya hanya bergantung perparitan di laluan utama memburukkan lagi keadaan.

"Saya sekeluarga bimbang kejadian yang sama berulang seperti di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor.

"Saya dan keluarga adik perempuan yang tinggal bersebelahan tidak mungkin berpindah ke tempat lain kerana kami sudah menetap di sini lebih awal, sejak 30 tahun lalu," katanya yang menyifatkan keluarganya bernasib baik kerana ketika kejadian cucu dan anaknya tidak bermain di luar.

Adik ipar Hussin, Roslan Mahmud, 46, berkata kereta yang diletakkan di bawah pokok dihempap tanah merah menyebabkan kenderaannya calar dan rosak di beberapa bahagian.

Katanya, apabila minta ditukar cat, pemaju perumahan itu hanya memberitahu beliau cuba mengambil kesempatan.

"Saya bukan sengaja menuntut ganti rugi tetapi kereta saya rosak dan calar di beberapa bahagian disebabkan kejadian itu.

"Kehidupan kami juga tidak tenteram selepas berlaku tanah runtuh. Nasib baik tiada sesiapa di luar rumah," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 23 JANUARI 2009

728 KENA BERHENTI KERJA AKIBAT KEMELUT EKONOMI

Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Seramai 728 pekerja di negeri ini sudah diberhentikan kerja sama ada secara pemberhentian tetap atau sukarela oleh majikan masing-masing dalam tempoh kira-kira tiga minggu pertama tahun ini akibat kemelut ekonomi dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi Johor, M Asojan, berkata perangkaan yang dicatatkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dari tempoh 1 Januari hingga Isnin lalu itu membabitkan seramai 13 majikan dengan membabitkan industri pembuatan dan perhotelan.

"Bagaimanapun, daripada angka berkenaan, JTK Johor yang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerjaan dan Penempatan Semula pada pertengahan bulan lalu berjaya mendapatkan semula pekerjaan baru untuk seramai 88 pekerja yang diberhentikan itu," katanya pada sidang akhbar di Wisma Persekutuan di sini, petang semalam.

Asojan berkata, pihaknya mengakui bilangan pekerja yang diberhentikan dalam tempoh 19 hari pertama tahun ini adalah tertinggi sejak krisis kewangan global yang menjejaskan ekonomi dunia bermula pada suku keempat tahun lalu.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bahang yang semakin dirasakan dengan bilangan pekerja yang diberhentikan pada bulan lalu membabitkan seramai 549 orang, termasuk 78 pekerja asing apabila 15 syarikat berhasrat mengurangkan pekerja dan menutup perniagaan.

"Sepanjang tahun lalu, 2,800 pekerja diberhentikan oleh 119 majikan. Krisis ekonomi ini juga menyebabkan sembilan syarikat turut melakukan pengurangan hari bekerja membabitkan 1,572 pekerja manakala sebanyak sembilan syarikat melakukan pengurangan gaji membabitkan seramai 550 pekerja," katanya.

Asojan berkata, walaupun industri pembuatan dan perhotelan terjejas teruk akibat krisis ekonomi dunia, negeri ini yang tidak hanya bergantung kepada kedua-dua industri itu masih mempunyai pelbagai peluang pekerjaan terutama dalam industri pertanian dan pembinaan yang masih mencatatkan kekosongan jawatan.

Beliau berkata, JTK Johor juga membantu orang ramai mendapatkan peluang pekerjaan apabila mengadakan temu duga terbuka untuk 500 jawatan sebagai penjahit di Batu Pahat dan 600 jawatan sebagai penjahit di Kluang pada 5 dan 6 Februari ini.

Asojan berharap pekerja yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi mendapatkan bantuan dengan mendaftarkan diri dengan JTK Johor atau menghubungi talian 07-2275082.

SUMBER: BERITA HARIAN, 23 JANUARI 2009

PENTERNAK AYAM DIKHUATIRI LEMAS

TANGKAK: Seorang penternak ayam dikhuatiri lemas ketika keluar memancing udang sendirian di Sungai Muar berhampiran pangkalan Parit Jarum Laut di sini, petang kelmarin.

Tan Seng Hoo, 34, bapa kepada dua anak mengusahakan ternakan ayam di Kampung Teratai berasal dari Bukit Gambir dipercayai pergi memancing bersendirian awal pagi, kelmarin.

Kaki pancing itu bertolak dari Jeti Sungai Rambai di sini, dikhuatiri lemas berikutan roti, rokok dan alat kelengkapan memancing masih lagi ada di dalam sampan tetapi beliau tidak kelihatan.

Malah, enjin sampan gentian tiruannya itu penuh dengan rumput rampai terapung berhampiran pangkalan berkenaan.

Bapanya, Tan Boo Eee, 67, berkata kebiasaan anaknya pergi memancing udang bersama seorang rakan tetapi kebetulan pada hari kejadian, kawannya mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Katanya, anaknya pergi sendirian dan rakan baik yang menyusul terkejut dan pelik apabila dapati sampan Tan terapung tetapi dia tidak kelihatan kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Menurutnya, dia sekeluarga tidak menyedari anaknya keluar pada jam berapa hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

"Dia memang suka pergi pancing udang selalu pergi berteman tetapi semalam (kelmarin) dia sendirian.

"Sejurus mengetahui anaknya hilang di Sungai Muar terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Gambir, selepas jam 4 petang, kelmarin," katanya.

Sementara itu, seorang nelayan Hussin Aman, 39, berkata beberapa kaki pancing dan nelayan yang turun ke Sungai Muar nampak sampan Tan terapung tanpa pemilik tetapi tidak menyangka kejadian yang buruk.

Katanya, apabila rakannya nampak kira-kira jam 11 pagi, cuba mencarinya kerana khuatiri lemas kerana semua kelengkapan termasuk makanan seperti roti dan rokoknya masih ada di dalam sampannya.

"Beliau kenal Tan malah sudah berjanji akan menghantar udang sebanyak lima kilogram untuk kegunaannya sempena sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak, berkata sejurus menerima maklumar operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sehingga jam 5 petang.

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan turut membabitkan kerjasama Polis Marin, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Bomba Muar dan bot awam.

"Operasi dijalankan berterusan sejak semalam (kelmarin) bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 23 JANUARI 2009

22 Januari 2009

KRISIS EKONOMI: JTK BANTU 728 PEKERJA DIBERHENTIKAN

JOHOR BAHRU 21 Jan. - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu menempatkan semula 728 pekerja yang hilang pekerjaan akibat krisis ekonomi global yang melanda negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi, M. Asojan berkata, ia adalah Jawatankuasa Pemantauan, Pemberhentian dan Penempatan Pekerja yang bertujuan untuk membantu menempatkan semula mereka yang diberhentikan kerja berdasarkan kemahiran serta pengalaman.
Beliau berkata, JTK akan menyalurkan dan memadankan mereka berdasarkan kekosongan kerja dalam jawatan yang sesuai.
''Mereka yang hilang pekerjaan ini hendaklah datang mendaftar di JTK dan kita akan membantu mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat serta kemahiran mereka dan jika mereka tidak mempunyai kemahiran, kita akan tempatkan mereka di bawah satu skim latihan khusus.
''Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membela nasib rakyatnya yang hilang pekerjaan kesan daripada kemelesetan ekonomi sejak kebelakangan ini," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Asojan berkata, melalui jawatankuasa itu, JTK akan mendapatkan maklumat berkaitan pekerja terbabit dan memberi latihan kemahiran yang diselaraskan dengan keperluan peluang pekerjaan yang sedia ada.
''Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukan sebanyak RM170 juta bagi tujuan penyediaan program latihan untuk membantu mengisi kekosongan jawatan mengikut sektor yang memerlukan,'' katanya.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini masih terdapat sejumlah 1,334 peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan pembinaan di Johor.
Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 88 kekosongan telah diisi melalui bantuan jawatankuasa tersebut.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 22 JANUARI 2009

PENGAWAL KESELAMATAN DISYAKI MENCURI

LEDANG: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan kelicikan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di daerah ini yang disyaki mencuri barang di sekolah tersebut.

Kehilangan sejumlah wang di perpustakaan sekolah itu disedari salah seorang guru bertugas apabila mendapati wang yang disimpan di laci dalam perpustakaan tersebut hilang.

Menurut sumber, pihak sekolah telah mengadakan pemeriksaan semua murid di sekolah tersebut tetapi tiada bukti pelajar sekolah yang mengambilnya.

Setelah pemeriksaan selesai, salah seorang guru mendapati, komputer riba di bawah jagaannya telah hilang dan mula mengesyaki bilik guru telah dipecah masuk pencuri.

Pihak pengurusan sekolah telah memanggil pengawal keselamatan yang bertugas dan menjalankan siasatan.

Daripada siasatan yang dijalankan, pihak sekolah mendapati ada keraguan terhadap salah seorang pengawal keselamatan tersebut berdasarkan jawapan yang diberi ketika soal siasat dijalankan.

Setelah pengawal keselamatan tersebut mengaku terbabit dengan kejadian itu, pihak sekolah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -iNFOLEDANG

21 Januari 2009

PELUANG JUMPA DR. FAIZ HARI INI

MUAR – Orang ramai yang ingin bertemu dengan Angkawasan Negara boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Program Jelajah Angkasawan 2009 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Program yang akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari itu antaranya akan turut melibatkan kehadiran angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

“Kehadiran orang ramai terutamanya di kalangan para pelajar adalah amat dialu-alukan dengan pertunjukan sains juga akan diadakan pada program tersebut,” kata satu kenyataan Jabatan Penerangan di sini kelmarin.

Program anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Sains Teknologi dan ICT (USTICT) itu berlangsung selama enam hari dengan menjelajah di setiap daerah di negeri ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 JANUARI 2009

19 Januari 2009

JUITA BUKA PUSAT JAGAAN ANAK

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

Program selepas waktu sekolah diperkenalkan di JB dan Gelang Patah

TANGKAK: Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita) akan membuka dua pusat jagaan anak selepas waktu persekolahan bagi memudahkan ibu bapa berpendapatan rendah yang bekerja menempatkan anak mereka.

Yang Dipertuanya, Prof Datin Paduka Dr Jamilah Ariffin, berkata program itu dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini, di Jalan Petri di Johor Bahru dan Gelang Patah.

Beliau yang juga isteri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pembukaan dua pusat jagaan itu diharap dapat membantu ibu bapa yang kedua-duanya bekerja, sekali gus mengelak kejadian culik atau hilang apabila anak mereka terpaksa tinggal bersendirian di rumah selepas waktu persekolahan.

"Pembukaan pusat jagaan itu adalah program terbaru Juita untuk membantu ibu bapa berpendapatan rendah menempatkan anak mereka selepas waktu persekolahan iaitu antara jam 1.30 petang hingga 6.30 petang," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Juita Sempena Tahun Baru Cina dan Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Daerah Ledang, di Dewan Jubli Intan, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Abdul Ghani; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee dan Adun Gambir, M Asojan.

Pada majlis itu, seramai 100 orang masyarakat Cina dan 228 keluarga mangsa banjir menerima sumbangan wang tunai keseluruhan berjumlah RM42,000 serta hamper.

Dr Jamilah berkata, pada masa ini, kerja mengubah suai sebuah kuarters kerajaan di Jalan Petri sedang giat dijalankan dan pihaknya menjangkakan ia dapat memuatkan kira-kira 40 kanak-kanak yang dikenal pasti di sekitar Johor Bahru.

Katanya, mengikut perancangan, semua kanak-kanak ditempatkan di pusat jagaan itu secara percuma yang turut menyediakan makan tengah hari dan akan memastikan murid menyiapkan kerja sekolah selain menjalankan kegiatan riadah.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mendapat sumbangan sebuah van daripada sebuah syarikat pemaju hartanah bagi mengambil kanak-kanak terbabit di sekolah masing-masing.

Jamilah berharap langkah Juita menyediakan pusat jagaan berkenaan dicontohi pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengambil langkah sama bagi menyediakan kemudahan yang diperlukan masyarakat setempat.

SUMBER: BERITA HARIAN, 19 JANUARI 2009

18 Januari 2009

JUITA BINA DUA PUSAT JAGAAN ANAK MISKIN


JAMILAH dan Abdul Ghani bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis sumbangan Juita sempena Tahun Baru Cina di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak, Muar semalam.

MUAR 17 Jan. - Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Johor (Juita) akan membina dua buah pusat jagaan selepas waktu sekolah di Johor Bahru bagi menjaga keselamatan anak-anak keluarga miskin semasa ibu bapa mereka bekerja.

Yang Dipertua Juita, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin berkata, rumah jagaan yang akan dibina di Jalan Petrie, Johor Bahru dan di Gelang Patah itu, kini dalam proses pengubahsuaian dan dijangka akan dibuka pada pertengahan tahun ini.

''Kalau kita melihat di kawasan bandar raya Johor Bahru yang mana ibu bapa bekerja di Singapura, anak-anak mereka ini perlukan penjagaan.

'''Rumah jagaan ini akan ditumpukan kepada golongan miskin dan kami akan mendapat senarai nama daripada pihak sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sumbangan Juita sempena Tahun Baru Cina di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak, di sini semalam.

Hadir sama suami beliau yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee dan ADUN, Bukit Gambir, M. Asojan.

Menurut Jamilah, projek rumah jagaan dari pukul 1.30 tengah hari hingga 6 petang itu merupakan program perintis dan ia diharap dapat diperluaskan di kawasan lain di seluruh Johor.

''Pihak majlis perbandaran dan daerah di kawasan lain memang boleh mencontohi inisiatif perkara ini sekiranya wujudnya keperluan kepada masyarakat,'' katanya.

Sementara itu, sebanyak RM20,000 disalurkan kepada 100 penerima yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya pada majlis itu.

Selain itu, Juita dan Menteri Besar turut bantuan kewangan berjumlah RM22,800 kepada 228 keluarga di daerah Ledang yang terlibat dalam banjir pada Disember lalu.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 18 JANUARI 2009

17 Januari 2009

GET CHILD-STABBER QUICK, MB TELLS COPS

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

TANGKAK: Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman wants the state police to track down the man who stabbed three children in Muar on Monday.

Speaking to reporters here on Friday, he said the criminal should be arrested for targeting children below 10 and causing injuries to them.

He said the public too should go all out in helping the police track down the criminal who was reported to be wearing a colourful full-face helmet when riding his motorcycle.

“I was told by the police that they have deployed additional manpower from Johor Baru to Muar to help track the criminal,” he said after accompanying his wife Datin Paduka Prof Jamilah Ariffin to present Chinese New Year gifts to poor and special people.

Three children aged between five and nine were stabbed at Jalan Bakariah and Jalan Sakeh in Muar recently.

In one incident T. Kuhan, aged nine, from Jalan Bakariah, was stabbed on the back by a motorcyclist while walking home at about 6.50pm. About 10 minutes later the motorcyclist went to Jalan Sakeh and stabbed five-year-old Lee Kang Long and nine-year-old Toh Khar Hui near a kindergarten.

Abdul Ghani said it was vital for police to detain the criminal as soon as possible and also to determine whether the man had mental problem.

SOURCE: THE STAR, 17 JANUARY 2009

PERAGUT CURI PISANG DICEKUP

MUAR: Seorang lelaki bukan saja terbabit dalam kes pecah rumah, samun dan ragut tetapi turut disyaki terbabit dalam kes kecurian pisang yang dilaporkan hilang di kebun di sekitar Sagil dan Tangkak, sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Tangkak, kira-kira jam 11 malam Jumaat minggu lalu, dan hasil siasatan awal, suspek dipercayai terbabit dalam 17 kes kecurian pisang di kawasan itu.

Beliau berkata, hasil penahanan lelaki berkenaan, polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 22 kes pecah rumah dilaporkan di dua kawasan berkenaan, tetapi ia tidak termasuk sembilan kes samun dan ragut dilaporkan di kawasan sama.

“Penahanan lelaki itu dipercayai dapat menyelesaikan banyak kes samun, ragut, pecah rumah dan curi pisang di dua kawasan berkenaan.

“Kini usaha sedang dijalankan bagi menjejaki seorang rakan lelaki itu yang dipercayai bersekongkol dengannya menjalankan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.Sementara itu, Mohamad Nasir berkata, penahanan seorang lelaki dipercayai dapat menyelesaikan satu kes curi ikan cencaru dan udang di hadapan Pasar Awam Maharani, di sini, kira-kira jam 9.15 malam kelmarin.


Beliau berkata, lelaki itu mengaku bersalah dan sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak serta dikenakan denda RM100 dan penjara lapan hari.

SUMBER: HARIAN METRO, 17 JANUARI 2009

14 Januari 2009

PENANG GETS 10 FREE LAWYERS TO DEFEND SUIT ON MULTI-LINGUAL ROADSIGNS

Himanshu Bhatt

GEORGE TOWN (Jan 14, 2009) : The Penang government has appointed 10 lawyers, headed by Karpal Singh, to defend it against a legal attempt by a Pahang-based accountant to stop it from placing road signs in various languages besides Malay.

Chief Minister Lim Guan Eng said the state had obtained the attorney-general’s approval to enlist its own lawyers, all of whom will be serving pro bono, for the case.

The other lawyers are Yeo Yang Poh, Azahar Harun, Malek Imtiaz, Harris Ibrahim, Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Mureli Navaratnam, Cecil Rajendra and Bernard Kok Yin Fook.

All the lawyers will volunteer their services to the state, Lim said today. Incidentally, the state’s lead counsel, Karpal, is also Bukit Gelugor MP and DAP national chairman.

The first mention of the injunction application, which seeks to prevent state authorities from installing road signs in various languages in George Town, is scheduled to be heard at the Penang High Court tomorrow.

Nik Rizman Sapian, 33, from Kuala Lipis, had filed for the injunction at the Penang High Court on Nov 4, naming the Penang Island Municipal Council (MPPP) and the Penang government as first and second defendants respectively.

In his writ of summons, Rizwan also sought a declaration that the state government’s move to approve the MPPP’s application to install the road signs was at odds with article 152 of the Federal Constitution which states that the country‘s national language is Malay.

Rizwan had identified himself to the press as pro-tem committee member of the Confederation of Young Malay Graduates (Gabungan Graduan Melayu Muda).

He said in his writ, filed through Muar-based lawyer Sahrihan Jani, that the Penang government had, at its state executive council meeting on Oct 24, approved the MPPP’s application to install the road signs within the George Town heritage site.

He said he felt “highly disturbed and insulted” at the state’s move, adding that his right as a citizen to accept Malay as the official language had been violated.

On another matter, Lim said several controversial decisions made by the Kedah government, headed by Mentri Besar and Kedah PAS commissioner Azizan Abdul Razak, were done without discussions with the DAP.

The decisions were therefore not the policies of the Pakatan Rakyat (PR), as the DAP had not been informed.

In recent months the Kedah government has imposed high quotas for bumiputra buyers on new housing projects and approved controversial logging activities in water catchment areas.

SOURCE: THE SUN, 14 JANUARY 2009

MOHD JANIS SDN BHD MENANG ANUGERAH MPOB

Gambar oleh: Hai Rozzaman Jalal (iNFOLEDANG)

LEDANG-Syarikat Mohd Janis Sdn Bhd, pembeli kelapa sawit di daerah Ledang, Johor telah mendapat pengiktirafan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) apabila memenangi Anugerah Industri Sawit 2007 bagi kategori Peniaga Buah Seluruh Malaysia.

Pengarah Urusannya, Haji Mohd Janis Abu Bakar telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A Kohilan Pillay pada majlis penyampaian Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2007 yang diadakan di Magellan Sutera Kota Kinabalu, pada 15 Disember 2008.

Majlis itu diadakan sempena perasmian Seminar Kebangsaan Pengilangan, Teknologi Penapisan, Kualiti dan Alam Sekitar 2008 anjuran MPOB turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Dr Ewon Ebin dan Ketua Pengarah MPOB, Dato’ Dr Mohd Basri Wahid.-iNFOLEDANG

13 Januari 2009

LEDANG AUTOSHOW TARIK 2,000 PENGUNJUNG

MUAR 12 Jan. - Pameran Ledang Autoshow 2009 yang julung kali diadakan baru-baru ini berjaya menarik kehadiran hampir 2,000 pengunjung .

Bertempat di Kompleks Pasar Tani Bukit Gambir, program anjuran Faceless Motor Club (FMC) itu dirasmikan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Abd. Rahman Ahmad yang mewakili Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tersebut, Zaidi Abd. Majid.

Menurut Abd. Rahman, beliau berbangga melihat kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum ke pameran yang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang itu untuk menyaksikan pelbagai jenis kereta dan motosikal yang diubahsuai.

"Para peserta telah 'mengorbankan' banyak wang ringgit semata-mata kerana hobi dan minat yang mendalam terhadap hiasan permotoran.

"Namun saya juga ingin mengingatkan, kita juga perlu sentiasa membimbing rakan-rakan agar mengekalkan disiplin diri terutama ketika memandu di jalan raya," katanya.

Menurutnya, inisiatif penganjuran program yang pertama kali diadakan itu perlu dipuji dan diharap dapat diteruskan sebagai ruangan terbaik untuk berinteraksi sesama masyarakat.

"Selain program seumpama ini, sesebuah kelab juga boleh menganjurkan pelbagai program berbentuk pendidikan serta kebajikan dan kita boleh bergabung dengan agensi kerajaan dan swasta," katanya.

Sementara itu, Pengerusi FMC, Razali Yaacob berkata, tujuan program itu diadakan adalah untuk mengisi aktiviti kelab di samping memberi peluang kepada penduduk sekitar Bukit Gambir dan Daerah Ledang melihat pelbagai jenis kereta dan motosikal yang dihias kemas.

"Para peserta pameran ini bukan sahaja datang dari sekitar Bukit Gambir tetapi dari merata tempat seperti Muar, Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Pasir Gudang, Melaka, Selangor dan Perak," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan daripada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Muar dan MN Fourty Five Sdn. Bhd. pada pameran itu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 JANUARI 2009

11 Januari 2009

PEMILIK JAM TANGAN DICARI

Mohd Fabli Sitam sedang menunjukkan jam tangan yang tertinggal di Surau Al-Khairiah, Serom 6, baru-baru ini.

LEDANG: Jawatankuasa Surau Al-Khairiah, Serom 6, di sini sedang berusaha mencari pemilik jam tangan yang tertinggal ketika singgah menunaikan solat di surau itu, baru-baru ini.

Imam surau itu, Mohd Fabli Sitam berkata, seorang jemaah surau itu menemui sebuah jam tangan jenama Seiko tertinggal di tempat mengambil wuduk pada malam 1 Muharam yang lalu.

"Seorang jemaah surau telah menemui jam tangan tersebut di tempat mengambil wuduk selepas selesai solat Maghrib dan bertanyakan kepada jemaah lain sama ada mereka tertinggal jam tangan tetapi jemaah yang lain tidak mempunyai jam jenama tersebut," katanya kepada iNFO LEDANG, di sini.

Mohd Fabli berkata, pada hari itu terdapat dua orang jemaah luar singgah di surau itu untuk solat Maghrib dan selepas selesai bersalaman, jemaah itu terus keluar.

Katanya, jam tersebut kemungkinan milik jemaah itu yang tertinggal ketika mengambil wuduk memandangkan jemaah surau itu tidak memiliki jam jenama tersebut.

"Pengurusan surau telah menampal notis pemberitahuan pada papan kenyataan surau memberitahu sesiapa yang ada kehilangan jam tangan agar menemui pihak pengurusan kerana jam tangan itu masih ada disimpan dengan baik," tambah beliau lagi.

Mohd Fabli merayu kepada pemilik jam tersebut supaya menghubunginya di talian 013-6504131 bagi mendapatkannya kerana sehingga ini masih belum ada yang menuntut jam tersebut.

10 Januari 2009

PEKIDA TANGKAK KECAM KEGANASAN REJIM ZIONIS

TANGKAK: Pencabulan dan keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dibantah masyarakat di daerah ini yang mengadakan perhimpunan aman dan solat hajat, semalam.

Kira-kira 100 penduduk termasuk kanak-kanak yang digerakkan oleh pertubuhan kebajikan, Pekida cawangan Tangkak bertakbir sambil berarak dan membawa sepanduk kira-kira 100 meter dari Masjid Jamek Tangkak menuju ke Dataran Tangkak, selepas menunaikan solat Jumaat dan solat hajat.

SUMBER: HARIAN METRO, 10 JANUARI 2009

BERIBU-RIBU RAKYAT MALAYSIA BANTAH ISRAEL

demotangkak.jpg

MUAR 9 Jan 2009: SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang menyertai demonstrasi mengecam tindakan Yahudi Zionis menyerang bumi Palestin di Dataran Ledang, Tangkak, Muar. Gambar dan Teks : Kamil Maslih Utusan Malaysia Muar.

demotangkak2.jpg

MUAR 9 Jan 2009: SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menyertai demonstrasi mengecam tindakan Yahudi Zionis menyerang bumi Palestin di Dataran Ledang, Tangkak, Muar.

demotangkak3.jpg

MUAR 9 Jan 2009: SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menyertai demonstrasi mengecam tindakan Yahudi Zionis menyerang bumi Palestin di Dataran Ledang, Tangkak, Muar.

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ribuan rakyat negara ini tanpa mengira agama berhimpun secara aman selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini bagi membantah serangan rejim Zionis Israel terhadap bumi Palestin.

Selain mengutuk keras serangan ganas itu, mereka turut melakukan solat hajat meminta kesejahteraan bagi rakyat Palestin dan melakukan kutipan derma untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin.

Di Kuala Lumpur, demonstrasi diadakan di lima lokasi iaitu di hadapan Masjid Negara, Masjid Jamek Kampung Baru, Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kedutaan Mesir dan Masjid Kementerian Pertahanan.

Kira-kira 500 orang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz yang juga Penyelaras Aman Malaysia dan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO berhimpun secara aman di Masjid Negara bagi menyatakan bantahan.

Di hadapan Kedutaan AS, kira-kira 5,000 ahli daripada 127 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perarakan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel yang menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Mereka turut membakar bendera Israel sebagai tanda marah kepada keganasan dan kezaliman yang dilakukan.

Perarakan itu juga bertujuan menghantar memorandum setebal tiga muka surat kepada Kedutaan AS yang diwakili oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Menentang Kezaliman ke atas Rakyat Palestin (Complete), Adnan Mohd. Tahir dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Sementara itu, kira-kira 2,500 orang menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah di sini bagi memohon kesejahteraan untuk penduduk Palestin yang kini diserang oleh Israel.

Di PULAU PINANG, hampir 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi secara aman dengan membawa sepanduk dan kain rentang mengecam Israel.

Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Citizens International (CI), S. M. Mohamed Idris itu turut mengajak rakyat Malaysia memboikot barangan buatan Yahudi dan AS.

Sementara itu, lebih 1,000 pelajar dan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) turut menyertai perhimpunan secara aman di pekarangan Masjid Al-Malik Khalid, USM kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pengerusi Sekretariat Sukarelawan Rakan Muda USM, Mohd. Khairul Azhar Awam berkata, kutipan derma turut dijalankan dan pihaknya menyasarkan kutipan RM50,000 untuk disampaikan kepada Timbalan Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebelum diserahkan kepada Wisma Putra.

Di MUAR, JOHOR, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) cawangan Tangkak telah menghimpunkan hampir 100 orang di Dataran Ledang.

Menurut penganjurnya, Yazid Atan, demonstrasi yang diadakan itu merupakan sokongan moral bagi warga Palestin yang dianiaya.

Di BEAUFORT, SABAH, 500 penduduk tempatan menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Biro Penerangan dan Biro Keagamaan UMNO Bahagian Beaufort di perkarangan Masjid Daerah Beaufort selepas solat Jumaat.

Di KOTA BHARU, KELANTAN, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetuai lebih 5,000 orang untuk berdemonstrasi secara aman.

Nik Aziz turut membakar dua patung yang memaparkan gambar Presiden Israel, Ehud Olmert dan Presiden AS, George W. Bush.

Malah, Sekretariat Misi Cakna Palestin meletakkan poster besar yang memaparkan gambar Bush dan Olmert di atas jalan pintu masuk beberapa buah masjid untuk dipijak sebagai tanda protes terhadap kezaliman rejim Zionis.

Ketika berucap, Nik Abdul Aziz menyeru semua rakyat menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memboikot produk keluaran Israel dan AS.

Di Kuantan, seramai 4,000 pelajar dua buah institusi pengajian tinggi awam di sini turut mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel di Palestin.

Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan itu mengadakan perhimpunan berkenaan di perkarangan masjid universiti masing-masing selepas solat Jumaat.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 10 JANUARI 2009

PARENTS GET IBU BAPA MITHALI AWARD FROM THE JOHOR STATE GOVERNMENT

JOHOR BARU: For religious teacher Md Noh Ma’ruf, 67, and his wife Fatimah Emran, 59, religion plays an important role in educating their children.

The couple, who has been married for 43 years, insisted that all their children must complete their khatam al-Quran because they believed that a strong religious foundation would lead to their success and happiness.

PROUD MOMENT: Fatimah and Md Noh showing the Ibu Bapa Mithali certicficate.

The couple were awarded the Ibu Bapa Mithali award 2008 by the Johor state government recently.

Their children include an optometrist, a doctor and a teacher. Their eldest son Othman Md. Nor is now teaching at SMK Tun Mamat, Tangkak

while the youngest child is pursing higher studies.

Othman said his father was a person who did not speak much but was strict to all of his children.

“My father taught us many skills especially when we were helping him on the farm,” he said.

Johor state executive councillor in charge of religious affairs Datuk Zainal Abidin Osman presented the couple with RM10,000 cash, clothing, a trophy, a bunch of Bunga Kasim and certificates for their award.

SOURCE: THE STAR, Saturday January 10, 2009

09 Januari 2009

KETUA BIRO UTUSAN PERLIS MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Ketua Biro Utusan Malaysia Perlis, Johari Shawal meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor hari ini akibat penyakit batuk kering (Tibi).

Allahyarham yang berusia 41 tahun dimasukkan ke wad hospital itu sejak Disember lalu.

Sepanjang berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia sejak tahun 1990, Allahyarham Johari pernah bertugas di Meja Jenayah, Permotoran dan Meja Sukan sebelum dilantik sebagai Ketua Biro Perlis sejak tahun 2007.

Beliau meninggalkan isteri, Suhana Mohd. Mottasir, 40, dan empat orang anak berusia antara 4 hingga 13 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakri Batu 6, selepas solat Asar hari ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 JANUARI 2009

07 Januari 2009

COBRA MATING CLIP MAKING THE ROUNDS

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

MUAR: A video recording from a mobile phone of two king cobras mating has become the talk of the district over the past two days.

The video, believed to have been shot by an Indonesian worker in a plantation near Bukit Gambir, has been distributed to many people here.

The Star office here also received a copy of the clip showing the two snakes, measuring more than 2m each, mating on a plantation road.

The 10-minute video clip does not show the end of the mating as the reptiles disappear into some bushes along the dirt road.

A resident who passed the video clip to The Star here said a tow-truck driver received the shot from an Indonesian worker in Bukit Gambir on Saturday.

The resident, who wished to be known only as Chin, said many people in Bukit Gambir and here had seen the clip and it had become a hot topic among the people.

The Indonesian worker who shot the video could not be located.

SOURCE: THE STAR, Wednesday January 7, 2009

PENEROKA TERKEJUT DIMINTA BAYAR TUNGGAKAN BAJA

MUAR 6 Jan. - Lebih 200 peneroka Felda Sri Jaya, Bukit Serampang terkejut apabila mendapati mereka terpaksa membayar tunggakan pembayaran baja berjumlah antara RM1,000 hingga RM3,000 sedangkan tidak pernah mendapat penjelasan mengenai perkara tersebut.

Bayaran tunggakan yang dikenakan pihak pengurusan Felda itu dikatakan tunggakan terkumpul sejak tahun 1998, namun ia tidak pernah tertera dalam penyata bulanan yang diterima mereka sebelum ini.

Menurut wakil peneroka, Md. Yassin Sidin, pihaknya meragui kesahihan tunggakan tersebut kerana tiada penjelasan konkrit diberikan mengenainya.

"Mengapa selama ini tidak pernah tunggakan tersebut wujud dalam penyata bulanan kami sejak tahun 1998.

"Hanya selepas 10 tahun timbul perkara ini sedangkan para peneroka kini terpaksa menghadapi penurunan harga getah dan kelapa sawit yang teruk serta keadaan ekonomi gawat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, walaupun telah ada perjumpaan dibuat dengan pihak pengurusan Felda Sri Jaya, namun tidak semua peneroka dijemput hadir malah penjelasan pun tidak lengkap.

"Malah difahamkan, data-data pengeluaran dan penerimaan baja peneroka-peneroka sebelum tahun 2003 tidak ada dalam simpanan pengurusan," dakwanya yang juga peneroka asal kawasan rancangan tersebut pada tahun 1962.

Katanya, disebabkan masalah tersebut, dia sendiri kini dikenakan potongan sebanyak RM30 sebulan bagi melunaskan jumlah keseluruhan tunggakan sebanyak RM1,287.

"Kami para peneroka amat tertekan dengan keadaan ini, malah ada peneroka yang dikenakan tunggakan sehingga RM3,000," katanya.

Justeru, beliau berharap pihak Ibu Pejabat Felda menyiasat masalah tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah berkenaan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 JANUARI 2009

05 Januari 2009

LEDANG AUTOSHOW 2009 MERIAH

Abd Rahman Ahmad (4 dari kanan) sedang melawat pameran kereta peserta pertandingan Ledang Autoshow 2009 di Kompleks Pasar Tani Bukit Gambir, semalam. (Foto: AdiSabarimanKreatif)

Abd Rahman sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Ledang Autoshow 2009 sambil diperhatikan Pengerusi FMC, Razali Yacob (2 dari kiri) selepas merasmikannya. (Foto: AdiSabarimanKreatif)

Oleh Hai Rozzaman Jalal

LEDANG (5 Jan): Program Ledang Autoshow 2009 anjuran bersama Faceless Motor Club (FMC) dan FAMA Daerah Muar, Ahad lalu mendapat sambutan meriah.

Program yang julung-julung kali dianjurkan itu berlangsung di Kompleks Pasar Tani Bukit Gambir dan telah dirasmikan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Abd Rahman Ahmad yang mewakili Ketua Pemudanya, Zaidi Abd Majid.

Dalam ucapan perasmian, Abd Rahman berkata, program yang dianjurkan ini merupakan tapak permulaan dan boleh dijadikan acara tahunan di kompleks ini bagi menarik pengunjung.

"Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini yang dapat menarik peminat kereta berkunjung ke kompleks ini," katanya.

Abd Rahman mengingatkan kepada para peserta supaya tidak mengenepikan keperluan keluarga, semata-mata memenuhi hobi atau minat terhadap permotoran.

Menurut beliau, seseorang boleh menggunakan 20 - 30% daripada pendapatan mereka untuk hobi dan selebihnya adalah untuk memenuhi keperluan keluarga.

Tambah beliau lagi, penganjuran program seumpama ini memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi dan setiap kelemahan yang terdapat dalam program tersebut perlu dijadikan panduan untuk penambahbaikan program akan datang.

Sementara itu, Pengerusi FMC, Razali Yacob pula berkata, penganjuran program ini mendapat kerjasama pihak FAMA Daerah Muar yang menyediakan tempat untuk mengadakan program ini.

Katanya, sambutan yang diberikan oleh peserta pertandingan yang datang dari beberapa tempat seperti Johor Bahru, Pasir Gudang, Kluang, Batu Pahat, Muar, Melaka, Sepang, Selangor dan Perak memberikan semangat kepada penganjur untuk mengadakan lagi pada masa akan datang.

(Foto sekitar Ledang Autoshow 2009 boleh dilihat di Album Ledang Autoshow 2009)

04 Januari 2009

JOHOR SEDIA PERTIMBANG

MUAR: Kerajaan Johor mempertimbangkan cadangan pelaburan bernilai RM17 bilion oleh syarikat antarabangsa bagi pembinaan loji penapisan minyak di Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan negeri akan mengkaji kesan kehadiran projek raksasa itu terhadap kehidupan nelayan dan pusat pelancongan di kawasan itu sebelum meluluskannya.

Beliau dimaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu melalui surat dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) tiga hari lalu.

“Kerajaan negeri memang tiada masalah dalam menyediakan tapak untuk tujuan itu kerana kita masih mempunyai kawasan seluas 1,200 hektar untuk sektor industri di Teluk Ramunia,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan ketua Umno cawangan zon Kesang di Dewan Orang Ramai Taman Saujana, Kesang Batu 7 di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, kajian kesan industri perlu dijalankan kerana ia membabitkan penapisan minyak yang boleh menggugat pendapatan nelayan dan industri pelancongan jika berlaku pencemaran.

Abdul Ghani juga berkata, Johor masih menjadi pilihan pelabur asing walaupun dunia sekarang menghadapi kelembapan ekonomi berikutan krisis kewangan Amerika Syarikat.

Katanya, statistik menunjukkan 28 peratus atau hampir satu pertiga daripada nilai keseluruhan pelaburan terus ke negara ini bertumpu ke negeri ini.

Beliau juga berharap kerajaan pusat memberi perhatian terhadap projek- kecil dalam pakej peruntukan tambahan kedua bagi merangsang ekonomi yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak lama lagi.

Projek kecil itu penting untuk membolehkan kontraktor kelas F mendapat kerja, sekali gus dapat menggerakkan kegiatan ekonomi hiliran di peringkat akar umbi sebagaimana pernah dilaksanakan ketika Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998. — Bernama

SUMBER: METRO AHAD, 4 JANUARI 2009

GURU MAUT

Oleh ZALIFAH MOHD YATIM
zalifah@hmetro.com.my

REMUK... keadaan Perodua Kelisa yang dirempuh sebuah pacuan empat roda menyebabkan kematian seorang guru di Batu 11½, Jalan Muar — Tangkak, kelmarin.

TANGKAK: Seorang guru muda yang dalam perjalanan untuk bercuti hujung minggu di kampungnya di Serom 3, dekat sini, maut selepas Perodua Kelisa yang dipandu teman lelakinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan di Batu 11 ½, Jalan Muar — Tangkak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di kawasan laluan yang sedang dinaik taraf itu, Kek Chiang Lian, 24, guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Connaught 2, Cheras, Selangor, maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut menyebabkan teman lelaki Kek yang dikenali sebagai Ngan Zhen Hai, 21, dan penunggang motosikal, Rosli Ismail, 40, kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), cedera parah.

Saksi, Ibrahim Muda, 50, berkata sebelum kejadian beliau memandu Mitsubishi Storm dan anak saudara yang memandu Mitsubishi Triton berkonvoi dari Batu Pahat untuk balik ke kampung di Terengganu.

Katanya, sebaik tiba di satu kawasan yang sedang dinaik taraf, dia nampak kon penanda di laluan bersebelahan dilanggar kereta Kelisa yang datang dari arah Tangkak sebelum terbabas masuk ke laluan yang dibaik pulih.

“Sebaik terbabas, saya lihat kereta itu cuba masuk semula ke laluan asalnya, tetapi terlajak dan masuk ke laluan bertentangan.

“Berikutan itu, anak saudara saya yang memandu Mitsubishi Triton di depan saya tidak sempat mengelak dan merempuh kereta Kelisa berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Ibrahim, sebuah motosikal yang ada di belakang Perodua Kelisa itu turut terbabit dalam kemalangan itu, menyebabkan penunggangnya cedera parah.

Mayat Kek dihantar ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut warisnya, semalam, manakala penunggang motosikal yang dirawat di HPSF dan kini stabil.

SUMBER: METRO AHAD, 4 JANUARI 2009

JOHOR KAJI BINA LOJI MINYAK DI TELUK RAMUNIA

MUAR 3 Jan. — Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbangkan cadangan pelaburan bernilai RM17 bilion oleh sebuah syarikat antarabangsa bagi pembinaan loji penapisan minyak di Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata kerajaan negeri akan mengkaji kesan kehadiran projek raksasa itu terhadap kehidupan nelayan dan pusat-pusat pelancongan di kawasan tersebut sebelum meluluskannya.

Beliau dimaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu melalui surat dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) tiga hari lepas.

“Kerajaan negeri memang tidak ada masalah dalam menyediakan tapak untuk tujuan tersebut kerana kita masih mempunyai kawasan seluas 1,200 hektar untuk sektor industri di Teluk Ramunia,” katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan ketua-ketua UMNO cawangan zon Kesang di Dewan Orang Ramai Taman Saujana, Kesang Batu 7 di sini lewat petang semalam.

Bagaimana pun katanya, kajian kesan industri perlu dijalankan kerana ianya melibatkan penapisan minyak yang boleh menggugat pendapatan nelayan dan industri pelancongan sekiranya berlaku pencemaran.

Abdul Ghani juga berkata, Johor masih menjadi pilihan pelabur asing walau pun dunia menghadapi kelembapan ekonomi berikutan krisis kewangan Amerika Syarikat.

Katanya statistik menunjukkan 28 peratus atau hampir satu pertiga daripada nilai keseluruhan pelaburan terus ke negara ini bertumpu ke negeri ini.

Beliau juga berharap kerajaan pusat memberikan perhatian terhadap projek-projek kecil dalam pakej peruntukan tambahan kedua bagi merangsang ekonomi yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Projek-projek kecil itu penting untuk membolehkan kontraktor kelas F mendapat kerja dan sekaligus ia dapat menggerakkan kegiatan ekonomi hiliran di peringkat akar umbi sebagaimana yang pernah dilaksanakan semasa Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998 dahulu.

— BERNAMA

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 4 JANUARI 2009

TEACHER KILLED IN CRASH


The car after the accident along Jalan Muar-Tangkak.
The car after the accident along Jalan Muar-Tangkak.

MUAR: A 24-year-old teacher was killed and two men badly injured in a three-vehicle accident at Km7 of Jalan Muar-Tangkak here on Friday.

Kek Cheng Lian, a teacher at SJK (C) Connaught 2 in Cheras, Kuala Lumpur, died on the spot when her Perodua Kelisa went out of control while negotiating a section of the road under repair.

The car swerved into the opposite lane and slammed into a Mitsubishi Triton before hitting a motorcycle.

Motorcyclist Rosli Ismail, 40, and Kek's boyfriend Ngan Zhen Hai, 21, were seriously injured.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, 4 JANUARY 2009

RM17bil REFINERY PROPOSED

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

TANGKAK: The Johor state government has received a RM17bil proposal to set up a petroleum refinery.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said an international company planned to set up the plant in Teluk Ramunia in Kota Tinggi.

He added that the matter had been referred to the Malaysian Indus­trial Development Authority (Mida).

He said the state needed to study the proposal as the project involved petroleum and could impact the envi­ronment in the surrounding areas.

“I was informed by Mida three days ago on the proposal but we need to undertake detailed studies of the project first,” he said during a meeting with Umno branch leaders in Kesang on Friday evening.

“We want to determine the effects it will have on the ecological system as well as on the local fishermen and tourism industry in the area.”

Abdul Ghani said the state had no problem regarding land as it had about 1,200ha in Teluk Ramunia, which could house industries, including heavy industry.

He also said the state continued to attract investments despite the global economic meltdown and attracted about one-third of the total investment in the country.

He said Johor also focused on developing small-scale projects to provide F-Class contractors with jobs to generate downstream economic activities for the people.

He said the Government adopted a similar move when Mala

ysia was hit by the economic recession in 1997 and he felt it was vital for the state to provide more small-scale projects.

“We also hope the current economic recession would be resolved soon with fund injections by the United States, Japan and the Euro­pean nations,” he added.

SOURCE: THE STAR, Sunday January 4, 2009

03 Januari 2009

PEJABAT BARU MAJLIS DAERAH TANGKAK MULA OPERASI

MUAR 2 Jan. - Pembukaan pejabat Majlis Daerah Tangkak (MDT) di Pusat Perdagangan Maharani Rivera, Tanjung Agas, dekat sini diyakini dapat memberi kemudahan lebih efisien kepada para penduduk setempat di kawasan sekitar Mukim Kesang.

Dengan adanya pejabat berkenaan, para penduduk di kawasan tersebut kini tidak perlu lagi ke bandar Muar atau Tangkak untuk membuat urusan dan membayar cukai taksiran.

Majlis perasmian pejabat tersebut disempurnakan semalam oleh Pegawai Daerah Ledang yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak, Asmail Abdul Kadir.

Menurut Asmail, pembukaan pejabat tersebut dapat membantu para penduduk setempat membayar cukai taksiran dengan lebih mudah.

"Berdasarkan statistik, kawasan Kesang ini menempatkan sebanyak 4,881 pembayar cukai harta dan sebanyak 436 pembayar cukai perniagaan.

"Secara keseluruhannya, hasil yang dikutip bagi kawasan Kesang adalah sebanyak RM2.6 juta," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pejabat tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk, Besah Ilyas, 53, berharap perkhidmatan yang lebih baik akan diberikan kepada orang ramai dengan pembukaan pejabat tersebut.

"Memang bagus pejabat itu dibuka di sini dan penduduk tempatan tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk ke bandar Muar,'' katanya yang turut mengambil kesempatan untuk membayar cukai perniagaan di pejabat baru itu.

Katanya, pejabat baru MDT itu juga dijangka membantu mengurangkan masalah kesesakan yang sering berlaku di pejabat majlis daerah.

Seorang lagi penduduk, Zainah Mahmud, 59, gembira dengan kemudahan baru itu kerana ia memudahkan urusan mereka dengan MDT.

"Bila saya dapat tahu pejabat baru itu dibuka, memang saya terus datang ke sini untuk membayar cukai pintu rumah saya,'' katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 3 JANUARI 2009

4 KAMPUNG ANJUR MAJLIS KESYUKURAN RAI 2009


TANGKAK: Lebih 400 penduduk empat kampung di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, Ledang, di sini, menyertai Majlis Kesyukuran sempena berakhir 2008, di sini, kelmarin.

Kampung yang terbabit adalah Kampung Seri Menanti, Seri Labis, Seri Cantik dan Seri Melaka.

Pelbagai acara dijalankan pada majlis itu, antaranya, sukan rakyat dan pertandingan bola sepak tujuh sebelah di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang.

Penghulu Mukim Grisek, Abdul Latif Ahmad ketika merasmikan program itu memuji inisiatif yang diadakan JKKK kerana program itu dapat meningkatkan integriti kaum.

Beliau berkata, kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan program pembangunan yang diatur pihak JKKK, membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, kesihatan, pendidikan dan keagamaan.

Hadir sama, Penasihat JKKK, Rosmani Abd Samad; Pengerusi serta Naib Pengerusinya, Sharif Mohammed dan Sukoryoh Minto.

SUMBER: BERITA HARIAN, 3 JANUARI 2009

02 Januari 2009

KOMA DIPUKUL 10 LELAKI

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my


TANGKAK: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) koma selepas dipercayai dipukul sekumpulan lelaki dengan topi keledar dan ditendang dalam kejadian berhampiran kedai makan di Taman Mega, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, tindakan mangsa, Norhafiszal Othman, 22, menegur dua remaja lelaki yang membunyikan enjin motosikal dengan kuat dipercayai menjadi punca menyebabkan dia dibelasah kira-kira 10 lelaki.

Mangsa berasal dari Kampung Paya Kepong, dekat sini, bertugas di TLDM Lumut, Perak tetapi berulang-alik ke kampungnya kerana menjalani kursus di Melaka selama sebulan sejak 26 Disember lalu.

Norhafiszal yang parah di bahagian kepala dan organ dalaman dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan selanjutnya dan dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) HPSF.

Susulan daripada kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu siasatan kes itu dan usaha giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi rakannya yang berusia 19 tahun.

Bapa mangsa, Othman Padri, 52, kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar makan ketika meninggalkan rumah kira-kira jam 9 malam kelmarin.

“Saya terkejut apabila dihubungi pihak hospital yang memaklumkan anak saya yang menjadi anggota TLDM di bahagian tukang masak sejak dua tahun lalu itu koma dan dimasukkan ke wad, kira-kira jam 11 malam.

“Pada mulanya, dia bercadang keluar ke bandar untuk membeli kasut adiknya tetapi membatalkan hasratnya sebelum keluar makan sendirian selepas solat Isyak.

“Saya tidak menyangka anak saya dipukul dengan teruk menggunakan topi keledar sehingga koma dan doktor memaklumkan anak saya parah di kepala dan dalaman,” katanya ketika ditemui di HPSF.

Othman berkata, dia dimaklumkan kejadian itu berlaku ketika anaknya berada di kedai makan berhampiran Taman Mega apabila berlaku pergaduhan dengan dua lelaki yang turut disaksikan sekumpulan lebih 10 orang.

Menurutnya, dia mengenali dua lelaki yang memukul anaknya kerana tinggal di kampung yang sama termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang bekerja di Kuala Lumpur dan dikatakan baru pulang ke kampung untuk bercuti.

SUMBER: HARIAN METRO, 2 JANUARI 2009