PENGUNJUNG SETIA

31 Januari 2009

WANITA MAUT, SUAMI PARAH

TOYOTA Impreza dinaiki suami isteri remuk selepas terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh Raya Utara Selatan, malam kelmarin.

TANGKAK: Seorang wanita maut, manakala suaminya parah apabila Toyota Impreza yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan, dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Lim Su Yin, 30, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira empat jam dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tangkak.

Suaminya yang identitinya belum dikenal pasti dan juga pemandu kereta itu, cedera parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila suami mangsa gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas ke tengah jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk teruk dan mangsa tersepit di tempat duduk.

SUMBER: BERITA HARIAN, 31 JANUARI 2009

2 ulasan:

Unknown berkata...

Selalu berlaku disebabkan terbabas. Sekolah memandu kena masukkan dalam silibus cara mengatasi dan menghadapi masalah ni.

Unknown berkata...

Selalu berlaku disebabkan terbabas. Sekolah memandu kena masukkan dalam silibus cara mengatasi dan menghadapi masalah ni.