PENGUNJUNG SETIA

09 Januari 2009

KETUA BIRO UTUSAN PERLIS MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Ketua Biro Utusan Malaysia Perlis, Johari Shawal meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor hari ini akibat penyakit batuk kering (Tibi).

Allahyarham yang berusia 41 tahun dimasukkan ke wad hospital itu sejak Disember lalu.

Sepanjang berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia sejak tahun 1990, Allahyarham Johari pernah bertugas di Meja Jenayah, Permotoran dan Meja Sukan sebelum dilantik sebagai Ketua Biro Perlis sejak tahun 2007.

Beliau meninggalkan isteri, Suhana Mohd. Mottasir, 40, dan empat orang anak berusia antara 4 hingga 13 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakri Batu 6, selepas solat Asar hari ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 JANUARI 2009

Tiada ulasan: