PENGUNJUNG SETIA

17 Januari 2009

PERAGUT CURI PISANG DICEKUP

MUAR: Seorang lelaki bukan saja terbabit dalam kes pecah rumah, samun dan ragut tetapi turut disyaki terbabit dalam kes kecurian pisang yang dilaporkan hilang di kebun di sekitar Sagil dan Tangkak, sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Tangkak, kira-kira jam 11 malam Jumaat minggu lalu, dan hasil siasatan awal, suspek dipercayai terbabit dalam 17 kes kecurian pisang di kawasan itu.

Beliau berkata, hasil penahanan lelaki berkenaan, polis percaya dapat menyelesaikan kira-kira 22 kes pecah rumah dilaporkan di dua kawasan berkenaan, tetapi ia tidak termasuk sembilan kes samun dan ragut dilaporkan di kawasan sama.

“Penahanan lelaki itu dipercayai dapat menyelesaikan banyak kes samun, ragut, pecah rumah dan curi pisang di dua kawasan berkenaan.

“Kini usaha sedang dijalankan bagi menjejaki seorang rakan lelaki itu yang dipercayai bersekongkol dengannya menjalankan kegiatan jenayah berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.Sementara itu, Mohamad Nasir berkata, penahanan seorang lelaki dipercayai dapat menyelesaikan satu kes curi ikan cencaru dan udang di hadapan Pasar Awam Maharani, di sini, kira-kira jam 9.15 malam kelmarin.


Beliau berkata, lelaki itu mengaku bersalah dan sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak serta dikenakan denda RM100 dan penjara lapan hari.

SUMBER: HARIAN METRO, 17 JANUARI 2009

Tiada ulasan: