PENGUNJUNG SETIA

03 Januari 2009

4 KAMPUNG ANJUR MAJLIS KESYUKURAN RAI 2009


TANGKAK: Lebih 400 penduduk empat kampung di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, Ledang, di sini, menyertai Majlis Kesyukuran sempena berakhir 2008, di sini, kelmarin.

Kampung yang terbabit adalah Kampung Seri Menanti, Seri Labis, Seri Cantik dan Seri Melaka.

Pelbagai acara dijalankan pada majlis itu, antaranya, sukan rakyat dan pertandingan bola sepak tujuh sebelah di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang.

Penghulu Mukim Grisek, Abdul Latif Ahmad ketika merasmikan program itu memuji inisiatif yang diadakan JKKK kerana program itu dapat meningkatkan integriti kaum.

Beliau berkata, kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan program pembangunan yang diatur pihak JKKK, membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, kesihatan, pendidikan dan keagamaan.

Hadir sama, Penasihat JKKK, Rosmani Abd Samad; Pengerusi serta Naib Pengerusinya, Sharif Mohammed dan Sukoryoh Minto.

SUMBER: BERITA HARIAN, 3 JANUARI 2009

Tiada ulasan: