PENGUNJUNG SETIA

18 Mei 2009

KETUA KAMPUNG PERLU MAKLUMKAN KELUARGA DAIF


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sedang menandatangani buku pelawat selepas merasmikan Surau Al Redha, Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir.


Oleh ADI SABARIMAN


LEDANG: Penghulu dan Ketua Kampung diminta mengesan penduduk di kawasan mereka yang masih dibelenggu kemiskinan untuk dilaporkan kepada pihak kerajaan.


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan negeri telah mengamanahkan kepada Penghulu dan Ketua Kampung untuk memantau dan mengesan kes-kes penduduk yang masih hidup dalam kemiskinan.


“Apabila kita membaca laporan dalam media masih terdapat penduduk yang daif dan memerlukan bantuan, kita sepatutnya rasa malu kerana keluarga yang daif itu adalah jiran kita sendiri,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian Surau Al Redha dan Balai Raya Parit Jarum Darat, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.


Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan, Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman dan Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.


Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Ledang mengharapkan agar Ketua Kampung dapat memaklumkan kepada Penghulu sekiranya terdapat keluarga miskin di kampung mereka supaya kerajaan tidak terlepas pandang untuk membantu mereka.


“Dalam masyarakat kita, ada keluarga yang memerlukan perhatian terutama keluarga daif dan jika ada laporan mengenainya kita akan bantu mereka daripada pelbagai sudut supaya mereka boleh hidup berdikari dan keluar dari belenggu kemiskinan,” tambahnya lagi.


Menurutnya, Kerajaan Johor berazam untuk menangani dan menyelesaikan kes-kes keluarga miskin ini dalam tahun 2010 supaya semua rakyat dapat hidup dengan selesa dan harmoni.

~iNFOLEDANG

1 ulasan:

Sr Gustavo Mendes berkata...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini