PENGUNJUNG SETIA

01 November 2009

JUMPA MAYAT DALAM LONGKANG

TANGKAK: Mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang di lorong belakang bangunan rumah kedai di Jalan Payamas, di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Muthusamy, 41, itu dipercayai menganggur sejak lima tahun lalu.

Seorang pembantu kedai makanan yang dikenali sebagai Mohd Rafi, 20-an berkata, dia ternampak mayat itu terdampar di dalam longkang ketika berjalan menghala ke tempat kerjanya.

“Selepas meletak kereta di belakang lorong, saya berjalan hendak ke kedai dan terkejut apabila nampak mayat seorang lelaki di dalam longkang.

“Saya terus memaklumkan pada majikan mengenai mayat di dalam longkang itu sebelum dia hubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam kira-kira jam 7 pagi semalam.

SUMBER: HARIAN METRO, 01 NOVEMBER 2009

Tiada ulasan: