PENGUNJUNG SETIA

02 November 2009

LABEL MUDAHKAN KESAN BUAH

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

Fama nasihatkan pemborong tampal pelekat pada bekas lebih 30 kilogram

TANGKAK: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengingatkan pemborong dan peniaga di daerah Ledang serta Muar yang membawa muatan buahan mahupun makanan melebihi 30 kilogram supaya menampal label pada siap bekas buahan atau makanan itu.

Pegawai Penguat kuasa Fama Daerah Muar, Nazarrudin Aliah, berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 141 Fama 1965, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

"Label yang perlu dilengkapkan dengan nama atau kod syarikat, alamat atau nombor pendaftaran, jenis barangan dan beratnya perlu ditampal pada setiap bekas mahupun bakul plastik baik untuk dihantar ke pasaran tempatan mahupun dieksport ke luar negara,


"Peniaga mahupun pemborong yang bawa muatan lebih 30 kilogram baik menggunakan lori atau van tetapi perlu menampal label itu ketika proses penghantaran bekalan.

"Contohnya jika sebuah lori membawa 10 bekas setiap satu perlu ditampal label berkenaan... bukannya satu saja label dalam satu kenderaan," katanya.

Katanya, peniaga mahupun pemborong boleh membeli label itu di Pejabat Fama Daerah Muar dengan harga RM10 untuk 100 keping.

Beliau berkata, label itu penting ditampal pada bekas mengisi muatan buah-buahan dan makanan bertujuan mempercepat untuk mengesan jika berlaku kes bekalan yang beracun.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 2 NOVEMBER 2009

Tiada ulasan: