PENGUNJUNG SETIA

07 Ogos 2012

AT-TAQWA SEDIA JADI TUAN RUMAH


LEDANG: Pengurusan Masjid Jamek At-Taqwa, Batu 5, Tanjung Gading, Kesang di sini, bersedia menjadi tuan rumah kepada Program Titipan Kasih Harian Metro 2012 ketiga pada Sabtu ini.

Pengerusi masjid, Jaaffar Mohd Salleh, berkata melalui kerjasama ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pemimpin masyarakat, semua persiapan bagi menjayakan program berjalan lancar.

Jaafar berkata, semua AJK termasuk kariah masjid tidak sabar menjayakan program yang julung kali diadakan di Ledang dan memberi banyak manfaat kepada golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin.

"Sebagai Pengerusi Masjid Jamek At-Taqwa, saya berterima kasih kepada Harian Metro kerana memilih masjid ini sebagai lokasi program dan ia amat bermakna kepada penduduk terutama mereka yang menerima bantuan.

"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa masjid bersama Ahli Jawatan Kuasa Kampung sudah diberi taklimat mengenai peranan masing-masing dan segala persiapan seperti pemasangan khemah dan lain-lain akan dilakukan sebelum Jumaat ini," katanya ketika ditemui meninjau persiapan dijalankan, semalam.

SUMBER: HARIAN METRO, 07 OGOS 2012

Tiada ulasan: