PENGUNJUNG SETIA

01 Ogos 2012

PERSATUAN PELAWA PKS SERTAI KARNIVAL RAYA EK!

Ledang: Persatuan Pengusaha Kecil Sederhana Bumiputera (PPKSB) Ledang mempelawa pengusaha dan usahawan industri kecil dan sederhana (PKS) menyertai Karnival Raya Ek!.

Karnival bermula 3 hingga 18 Ogos itu diadakan di pekarangan Pusat Perniagaan Anjung Batu, Tangkak.

Karnival sempena ketibaan Aidilfitri itu memberi peluang kepada usahawan Bumiputera memasarkan produk mereka kepada orang ramai.

Setiausaha penganjur, Nurul Farhana Abdullah, berkata karnival itu anjuran bersama Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Ledang; Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Jabatan Pertanian Daerah Ledang dan Pertubuhan Peladang Kawasan Ledang.

Katanya, karnival itu juga mempromosikan Pusat IKS Ledang kepada penduduk tempatan dan luar, selain membuka peluang perniagaan kepada usahawan sekitar daerah ini.

“Karnival ini adalah antara aktiviti persatuan dalam usaha memperkenalkan produk IKS yang dikeluarkan pengusaha Bumiputera daerah ini kepada orang ramai khususnya penduduk Ledang.

“Ahli kami daripada pengusaha makanan seperti kerepek, kek, biskut dan barangan IKS menjadikan Pusat IKS Ledang ini sebagai pusat sehenti untuk memasarkan produk yang mereka hasilkan,” katanya, di sini.

Katanya, mereka yang ingin mendapatkan ruang niaga boleh menghubungi talian 06-978 4054 atau 010-892 6689 (Hanna) dan 019-607 5913 (Suhaimi).

SUMBER: BH, 01 OGOS 2012

Tiada ulasan: