PENGUNJUNG SETIA

15 Ogos 2012

MERCUN RM30,000 DIRAMPAS

LEDANG 14 Ogos - Sindiket mercun antara kampung di sini tumpas apabila dua suspek diberkas bersama pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 di Kampung Serom 3 pada 5 Ogos lalu.

Serbuan pukul 4.30 petang itu dibuat kira-kira 11 jam selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Serom 6.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, dalam serbuan kedua itu, polis merampas 14 jenis mercun dan buku-buku resit yang digunakan untuk urusan jual beli.

"Salah seorang suspek yang menyewa di sebuah rumah di kampung itu berumur 22 tahun, berkerja sebagai juruteknik audio dan positif dadah manakala seorang lagi berumur 20 tahun dan berkerja sebagai tukang cat.

"Ketika serbuan, kedua-dua mereka sedang membungkus mercun untuk dijual sekitar pasar malam dan kedai tertentu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini hari ini.

Beliau berkata, mercun jenis 'Short Saturn Missile', 'Golden Dragon Egg', 'Happy Boom' 'Sunshine', 'Rocket', mercun bola dan Vietnam Periuk Api yang dirampas dipercayai diseludup masuk dari China.

Suspek iaitu dua beradik yatim piatu berusia 17 dan 19 tahun ditahan pada hari yang sama. Mereka kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 15 OGOS 2012

Tiada ulasan: