TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

12 Ogos 2012

CAPAI MATLAMAT BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN


LEDANG: Penganjuran program Titipan Kasih Harian Metro 2012 di Masjid Jamek At-Taqwa, Batu 5 Mukim Kesang, di sini, semalam, berjaya mencapai matlamat membantu golongan memerlukan di sekitar daerah ini.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata, program dua hari itu mendapat kerjasama menggalakkan masyarakat setempat.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan terharu dengan sambutan penduduk sepanjang program berlangsung.

"Terima kasih atas kerjasama diberikan semua ketua kampung serta jawatankuasa masjid yang membantu melancarkan pelaksanaan program.

"Kita akan teruskan acara Teman Sahur dalam program Titipan Kasih pada masa akan datang kerana mendapat sambutan menggalakkan penduduk," katanya.

Program bertemakan 'Seluhur Budi' selama dua hari bermula kelmarin itu diserikan dengan pelbagai pengisian seperti jelajah Teman Sahur ke 10 rumah keluarga tidak berkemampuan.

SUMBER: METRO AHAD, 12 OGOS 2012

Tiada ulasan: