TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

10 Ogos 2012

USAHA BELA NASIB PEKEBUN DITERUS

Ledang: Kerajaan akan terus berusaha membela rakyat di negeri ini, termasuk pekebun kecil bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka sejajar dengan matlamat menuju negara maju 2020.

Pendekatan kerajaan membela kepentingan pekebun kecil terbukti menerusi program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB), Tanam Semula Komersial (TSK) dan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di bawah RISDA.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata menerusi program itu, walaupun pekebun kecil tidak mengusahakan kebun secara langsung, mereka tetap memiliki pulangan dividen secara bersama berdasarkan keluasan tanah.

Katanya, RISDA dan anak syarikat nya melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan sebaik mungkin daripada segi tahap produktiviti kebun dan menguruskannya dengan amalan yang baik bagi mendapatkan
pulangan yang tinggi kepada peserta.

“Menerusi program ini, peserta menerima pulangan dalam bentuk dividen tahunan yang dapat meringankan bebanan keluarga bagi menjalani kehidupan harian yang lebih baik,” katanya.

Abdul Ghani berkata, pendekatan menternak lembu secara integrasi di kebun milik pekebun kecil melalui program AET juga mampu menambah pendapatan golongan berkenaan dan mencadangkan ia diperluaskan lagi.

SUMBER: BH JOHOR, 10 OGOS 2012

Tiada ulasan: