TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

11 Ogos 2012

MyKasih BANTU 3,594 KELUARGA MISKIN

MyKasih bantu 3,594 keluarga miskin
Abd Ghani (dua, kiri) melihat proses pembelian barangan melalui program MyKasih untuk golongan miskin di negeri ini.
 
LEDANG – Kerajaan Negeri memperkenalkan program MyKasih bagi membantu 3,594 keluarga miskin di negeri ini menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil berkata, melalui program tersebut golongan sasar boleh membeli barangan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai tetapi menggunakan MyKad dengan jumlah RM100 sebulan.

Menurutnya, program yang diperkenalkan sejak 2008 itu berjaya membantu kira-kira 10,000 keluarga di negeri ini yang berpendapatan bawah RM1,000.

“Kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan kadar kemiskinan dari semasa ke semasa dengan pelbagai pelaksanaan program sama ada di peringkat Kerajaan Negeri ataupun Pusat.

“Bilangan golongan miskin di negeri ini berjaya dikurangkan kepada 3,594 orang sehingga awal bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program  Bantuan Makanan Kepada Keluarga Miskin Tegar dan Miskin Negeri Johor di Pasaraya Giant, di sini, semalam.

Obet berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 3,192 tergolong sebagai miskin manakala selebihnya adalah dalam kategori miskin tegar.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghanis Othman.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M Asojan; Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri dan Pengerusi Yayasan MyKasih, Dr Ngau Boon Keat.

Katanya, menerusi program itu, penerima hanya perlu menunjukkan MyKad untuk proses pembayaran dan akan menerima bantuan makanan asas selama setahun iaitu RM100 untuk sebulan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 11 OGOS 2012

1 ulasan:

perantau sepi berkata...

Macamana cara memohon projek mykasih?