PENGUNJUNG SETIA

15 April 2009

15 CEMERLANG UPSR 2008 DAPAT HADIAH

ADUN Gambir, M Asojan sedang menyampaikan hadiah galakan kepada murid cemerlang UPSR 2008.

LEDANG:
Seramai 15 murid Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) Bukit Gambir, di sini yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu menerima Hadiah Galakan Kecemerlangan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Mereka membabitkan empat murid mendapat 5A, 4A (5) dan 3A (6) menerima hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, teknologi dan Inovasi negeri, M Asojan sempena perasmian Mesyuarat Agung PIBG sekolah itu, kelmarin.

Hadir sama, Yang DiPertua PIBG, Padil Md Amin; Guru Besar, Munah Abd Majid; Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar dan Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.

Padil berkata, hadiah wang tunai itu sebagai penghargaan terhadap kejayaan murid terbabit di samping mendorong murid lain supaya berusaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan masing-masing.

SUMBER: BERITA HARIAN, 15 APRIL 2009

Tiada ulasan: