PENGUNJUNG SETIA

23 April 2009

KELAB JAGUH GAMBIR ANJUR KONVOI JELAJAH JOHOR

Oleh Adi Sabariman

LEDANG: Kelab Jaguh Gambir (KJG) telah berjaya menganjurkan Konvoi Jelajah Johor sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 18 April yang lalu.

Pengerusi KJG, Muhidin Osman berkata, sebanyak 25 buah motor Jaguh milik ahli kelab telah menyertai konvoi tersebut bermula di Jeti Parit Jarum Laut.

Menurutnya, sebelum konvoi tersebut bermula, ahli-ahli kelab telah mengiringi Ahli Parlimen Ledang, YB Ir Haji Hamim Samuri ke Jeti Parit Jarum Laut untuk merasmikan Pertandingan Memancing Udang Galah Piala Datuk Ketua Pengarah Penerangan Malaysia.

"Konvoi tersebut telah dilepaskan oleh YB Hamim menuju ke Pagoh dan singgah di Parit Sulong untuk makan tengah hari sebelum menyambung perjalanan melalui Air Hitam dan Simpang Renggam," katanya kepada iNFOLEDANG.

Muhidin menambah, konvoi tersebut menuju ke Pontian dan singgah di Kukup dan terus ke Tanjung Piai bagi melihat Tanah Di Penghujung Benua Selatan Asia.

Beliau berkata, tujuan konvoi ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada para ahli menunggang motorsikal dengan selamat dan berdisiplin dalam kelompok yang ramai.

Seorang ahli kelab yang ditemui, Jumrie Ahmad menyatakan konvoi ini memberi pengalaman pertama kepada beliau sejak menyertai kelab ini.

1 ulasan:

My Name Is Han berkata...

cayalah encek Jumrie..!!
gua sapot lu beb!!
hahahaha!!