TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

14 April 2009

RM300,000 WUJUD PUSAT HEMODIALISIS

MUAR: Kerajaan negeri akan membantu Persatuan Pesara daerah ini mewujudkan pusat hemodialisis bagi memudahkan ahlinya dan orang ramai mendapatkan rawatan, sekali gus mengatasi masalah kekurangan kemudahan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan memperuntukkan RM300,000 kepada persatuan itu bagi merealisasikan sebuah pusat haemodialisis.

Katanya, pada masa ini, kemudahan pusat haemodialisis yang diwujudkan di hospital di bandar itu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dapat menampung keperluan orang ramai.

"Kita memerlukan banyak pusat haemodialisis di daerah ini dengan bilangan yang ada ketika ini masih belum mencukupi.

"Ia menyebabkan ada sebaIhagian penduduk daerah ini terpaksa mendapatkan rawatan di Tangkak, daerah berdekatan atau sehingga ke Melaka," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Mesra Persatuan Pesara Daerah Muar di Dewan Sekolah Tinggi Muar, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pada masa ini kerajaan negeri terpaksa membelanjakan lebih RM1.5 juta setahun sebagai kos rawatan haemodialisis kepada kakitangan awam dan bekas kakitangannya yang memerlukan bantuan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 14 APRIL 2009

Tiada ulasan: