PENGUNJUNG SETIA

08 April 2009

WARGA FINLAND MAUT BALIK TONTON F1

TANGKAK: Seorang warga Finland yang baru balik menonton Grand Prix FI Malaysia di Sepang, Ahad lalu, maut apabila motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya terbabas masuk dalam parit di Kilometer 146.6, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Mikko Kristian Nikura, 33, mengetuai konvoi bersama enam penunggang motosikal besar lain, dipercayai dalam perjalanan balik ke Singapura selepas mengikut perlumbaan Grand Prix FI Malaysia.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata mangsa tinggal di Singapura mengetuai konvoi enam rakan lain yang menunggang motosikal besar tetapi dia berada pada kedudukan paling akhir.

Katanya, ketika di tempat kejadian, seorang rakan yang berada di hadapannya menyedari motosikal mangsa tiada di kedudukannya.

Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal menyebabkan terbabas masuk ke dalam parit di bahagian kiri jalan dan melanggar pokok jati sebelum motosikal terpelanting dan terseret beberapa meter ke jalan raya.

“Mayatnya dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut abangnya yang datang dari Yogjakarta, Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hairul Nizam Rambli.

SUMBER: HARIAN METRO, 8 APRIL 2009

Tiada ulasan: