TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

02 April 2009

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKPK OLEH ADUN GAMBIR

ADUN Gambir, M Asojan sedang menyampaikan Hadiah Kecemerlangan UPSR 2008 kepada Nor Najihah Salleh sambil diperhatikan YDP PIBG, Padil Md Amin. (Foto: Adi Sabariman)

LEDANG: Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Parit Kasan Kali Ke-36 telah disempurnakan oleh ADUN Gambir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Johor, YB M Asojan bertempat di Dewan SK Parit Kasan, Bukit Gambir, Ledang pada 27 Mac lalu.

Turut hadir ialah YDP PIBG SKPK, Padil Md Amin, Naib YDP, Mohd Janis Abu Bakar, Guru Besar SKPK, Munah Abd Majid, Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar dan Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.

YB M Asojan turut menyampaikan Hadiah Galakan Kecemerlangan UPSR 2008 sumbangan PIBG kepada 4 orang pelajar yang mendapat 5A, 5 orang (4A) dan 6 orang (3A).

Dalam ucapannya beliau menyifatkan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung PIBG menunjukkan sifat prihatin terhadap usaha demi memartabatkan pencapaian pendidikan dan pelajaran anak-anak.

Menurutnya, ibu bapa perlu meneruskan perhatian yang lebih terhadap anak-anak terutama di rumah, jika tidak terhadap pelajaran secara terus tetapi boleh memberi tumpuan kepada unsur-unsur yang lain seperti ketika hendak pergi ke sekolah perlu disediakan sarapan pagi untuk mereka supaya anak-anak lebih bertenaga ketika menghadapi pelajaran di kelas.-iNFOLEDANG



Tiada ulasan: